Wednesday, April 7, 2010

nota MKN 3114 ~hiks~

penyembelihan- menurut hukum syarak, perbuatan menyembelih hendaklah dengan memutuskan saluran pernafasan (halkum), saluran makan (ma'rih) dan kedua-dua urat darah karotid dan jugular (wadajain) untuk mempercepatkan pengaliran darah dan kematian haiwan.

SUMBER MAKANAN HALAL


  >>HAIWAN DARAT - semua haiwan darat boleh dimakan kecuali: 
  • haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
  • babi, anjing serta keturunan dari kedua-duanya.
  • haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh mangsa (harimau, gajah, kucing, monyet, dll)
  • burung berkuku pencakar atau berparuh tajam atau burung pemangsa (burung yang menyambar, macam helang)
  • haiwan perosak macam tikus, lipas dll.
  • haiwan yang TIDAK DIBENARKAN dibunuh oleh ISLAM seperti lebah (annahlu), burung belatuk (hud2) dan sebagainya.
  • haiwan yang dianggap menjijikkan dan kotor seperti lalat dan kutu.

 >> HAIWAN AKUATIK<<
  • haiwan yang hanya hidup dalam air (ikan, sotong dll), tidak termasuk haiwan 2 alam (penyu, katak, buaya dll)
  • semua haiwan akuatik adalah halal dimakan mengikut hukum syarak kecuali yang beracun, memabukkan, dan memudaratkan kesihatan. 
  • 1 tips, macam mana nak bezakan ketam yang kite boleh makan dengan yang kita xboleh makan. kalau kita pergi pasar, tengok ketan tuh kaki belakang nya PIPIH, maknanya kaki tuh die gune untuk berenang dan menunjukkan itu adalah ketam laut dan ia adalah HALAL. tapi kalau kita tengok kaki belakang ketam tu TAJAM, itu bermakna kaki tu di gune untuk berjalan dan itu menunjukkan ketam tu, ketam darat dan ia adalah HARAM. 

 >>TUMBUHAN - semua tumbuhan adalah halal dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan              memudaratkan kesihatan. 

 >> CENDAWAN & MIKROORGANISMA - semua cendawan dan mikroorganisma adalah halal dimakan mengikut hukum syarak, kecuali yang beracun, memabukkan, dan memudaratkan kesihatan.

 >>MINERAL SEMULAJADI & BAHAN KIMIA - semua mineral semulajadi dan bahan kimia adalah halal dimakan mengikut hukum syarak kecuali yang beracun, membukkan dan memudaratkan kesihatan.

 >>MAKANAN TERUBAHSUAI GENETIK (GMO) SEMUA makanan terubahsuai genetik yang diperbuat daripada bahan genetik HALAL adalah TIDAK HALAL.


p/s: sekadar berkongsi apa yang aku belajar kat uni untuk sem nih. *walhal malas nak setadi... alasan semata* hik2~~ haaa... 1 lagi. hari tu lecturer aku ade bagitahu sekarang nih, logo HALAL yang VALID adalah logo halal JAKIM sahaja ye. di ulangi... JAKIM !!!  sooo, kalau korang2 nak beli makanan tuh, tgk2 dulu logo halal yang ade. jangan main ambik je....

2 comments:

enyheartsdiamond said...

isu makanan ni susah jugak sebenarnya.. kat tempat i ni, baru2 ni..ada je dgr kes2 yg kurang sedap..

makcik goreng pisang tinggal dgn cina lah.. tp tak kawen..

jumpa nandek dlm roti canai lah..

haish!

chacha said...

eny: tulahh... macam2 kes skrg... nk makan pun kene tgk betol2 dulu... haihh~~