Wednesday, March 30, 2011

entry pendek yang menyatakan sebab kenapa chacha tak update belog.

okay, berhabuk sudah ini laman belog. seminggu berpuasa dari internet baru hari ni dapat update itu pun sebab chacha berada di library untuk cari bahan buat lab report.

punca keputusan bekalan internet di rumah adalah disebabkan modem wifi dirumah meletop pomm!!! disambar petir last week. kalau ada yang perasan Gong Badak ada masuk berita sebab banjir dan pada masa yang sama lah modem rumah chacha meletop nasib baek saje rumah tak banjir.

ini adalah short update supaya kamu-kamu-kamu di luar sana tidak rindu pada chacha. muehehehe.

minggu ini adalah sangat hectic gila. tak sabar nak cuti.

jumaat ini chacha present proposal fyp, harap semua berjalan lancar. doakan kami semua yeh.

sangattttttttttt baaaaaanyakkkkkkkkk (okay hiperbola sikit mintak maaf) tapi serius banyak cerita nak chacha kongsi dengan kamu semua tapi kena tunggu pakcik kontraktor TM dtg bagi modem baru, yang katanya akan dipasang dalam masa 3 hari, bermakna esok, kalau esok mereka tak datang maknanya merekaTIPU chacha.

sekian untuk hari ini. bai.


notakiku: dah gian nak main cityville, dekat library cityville kene blok... wuwuwu~~ =(

Tuesday, March 22, 2011

tolong doakan kami semua, semoga dipermudahkan segala urusan. =)

diri ini perlukan kekuatan,
perlukan kecekalan,
perlukan ketabahan,
perlukan semua sokongan yang dapat diperoleh dari semua kawan-kawan.

doakan kejayaan kami semua, Pelajar Food Technology tahun 3 untuk menghadapi pembentangan proposal Projek Ilmiah Tahun Akhir kami pada 1 April 2011 nanti.

Sunday, March 20, 2011

pilih kasih. (bukan rancangan encik rosyam nor tu tau)

bukan pilih kasih yang ini tahu. =)


okay, pernah tak jumpa orang yang pilih kasih, berat sebelah, bias atau apa-apa lah perkataan yang sewaktu dengannya? sangat gembira kan (mata pandang ke atas, tangan di bahu) kalau jumpa orang yang macam tu. kita aje lah yang salah dan kesayangan dia sajelah yang betul. haihh. tak baik tau buat perangai macam tu.

hidup kanak-kanak yang suci.rindu.


masa kecik-kecik dulu, waktu masih berhingus belum faham apa-apa rasa macam ringan je kepala, nak besar cepat-cepat seronok tengok orang dewasa. nah, sekarang dah dewasa rasa macam nak balik ke zaman kanak-kanak. *dasar manusia tak pernah bersyukur* bukan lah aku tak bersyukur yang usia aku ni dipanjangkan Tuhan sampai ke sekarang, cuma bila dah semakin bertambah usia ni semakin bertambah perkara yang perlu dihadap setiap hari, macam-macam keputusan yang nak diambil, lagi-lagi bila bercampur dengan orang-orang ramai begini. macam-macam perangai.

bila cari gambar taip 'bias' ini yang keluar.


kadang-kadang tu, terasa macam dianak tirikan ada jugak, yelah kita ni buat apa semua salah. ehh, yang itu tak boleh. ehh, yang tu bukan awak punya. ehhh, awak kemas tak bersih. *sigh* tapi bila yang lain tu, elok saja, cantik saja dimata dia. tak pelah, kami ni semua penyabar, jadi kami sabar, mungkin dulu kami ada buat silap tapi sekarang kami dah berubah. tak mengapa kalau masih lagi nak memandang masa lalu. kami tetap akan terus ke depan.

walaupun kadang-kadang sedih bila dilayan begitu tapi kami kuat, kami ada masing-masing. awak ada kawan-kawan macam kami? mesti tak ada kan, seronok ke pilih kasih ni? tak takut ke nanti orang-orang keliling doakan yang kurang baik? kalau seorang mungkin tak apa, tapi kalau ramai? lepas tu hari-hari doa perkara yang sama. tak takut ke? orang kata doa orang yang teraniaya ni makbul tahu. tak takut?

eh, sedahlah. bercakap pasal perkara ni memang menyakitkan hati. jadi sedaya-upaya bertahan. lagi pun tak lame dah. =) walau apa pun harap-harap kamu dan kamu dan kamu akan berubah suatu hari nanti. insya'allah.


senyum itu sedekah. =)


notakakiku: nak tanya sikitlah kat awak2 ni semua. susah ke nak senyum eh? chacha rasa tak, senyum itu guna lebih sedikit otot dari masam muka kan. tapi kenapa still ada orang yang susah sangat nak senyum? mahal sangat senyuman dia. masam saja selalu. tak elok tau suka kerut-kerut muka. nanti cepat kedut. =p

this is our life.

ini sahabat2 saya: pelajar food tech tahun 3 semasa berada didalam makmal confectionery. sementara menunggu kentang beku. kita pose sikittt... saya sayang mereka walaupun kadang-kadang ada tercuit, tersentap, terasa dan bermacam-macam ter lagi but still i love them. oh ya, the future of food is depending on them, (including me) you know. so, pray for our success in our study and future. semoga semua akan jadi food technologist yang berpegang pada etika yang betul. =)


ini adalah hasil lab kami, ikan salai walaupun tak berapa jadi sebab silap tempat ikat so in the end semua ikan jatuh bertaburan dalam smoke house. ada beberapa ekor je yang selamat tergantung, yang laen as you can see, tinggal kepala. macam hidup ni jugak. masa muda, masa sihat semua pun ok, kawan-kawan pun ramai, nanti bila dah tua satu-satu hilang. (macam tak de kena mengena. heheh)

itu saja untuk kali ni. bai.

notakakiku: ini adalah short update selepas sekian lama senyap.
notakakiku2: serabut buat proposal fyp. =.='' ini lah hasilnya. =p
notakakiku3: doakan semoga perjalanan chacha dalam membuat FYP semuanya lancar yeh. =)

Tuesday, March 15, 2011

kami jumpa HERO, kau ada?

okay, bila baca tajuk kat atas apa yang kamu dan kamu dan kamu semua fikir? baeklah, xpayah fikir, biar chacha cerita. chacha tahu kamu semua mesti malas nak fikir kan, mesti cakap "kalau nak cerita, cerita ajelah, tak payah nak pusing2." ye2, nak cerita lah nih, haihh... nak bergurau pun tak boleh. =p

cerita bermula begini, disuatu petang yang damai... waktu tu hujan renyai2. chacha dan beberapa kawan nak balik rumah sebab dah habis kelas, oleh kerana harini kami ke kampus dengan menumpang kereta seorang awek ni sebab pagi tadi hujan lebatgilanakmatisampaitaknampakjalan. si awek ni pun kate nak pegi amek kereta dan mintak kami menunggu dekat depan bangunan bawah bumbung sebab nak elak dari terkena hujan. (hujan asid wohh, bahaya untuk kesihatan!)

tunggu punya tunggu punya tunggu tak jugak sampai, walhal parking keta depan tu jaa, tak sampai pun 50m. so, kami pun menuju lah ke kereta, RUPA-RUPANYA kereta tak mau hidup. sudahh... cemane pulak nih, si awek tu dah call ayah dia, tengok-tengok bateri memang mati sudah, nak cas 'jumper' pulak tak de, lepas tu ayah dia suruh tolak kereta tuh, jadi kami apa lagi ramai-ramai lah pakat tolak lah kerta si awek ni. dengan berbaju kurung dan ayu-ayu gitu. tak mau hidup jugak, cemane nih?

ayah si awek ni kate nak datang, dalam masa kami nak menunggu si ayah ni datang tibe-tibe ada seorang mamat ni dok pandang dari jauh, jadi kami pun panggil lah abang tuh. dia pun datang dan tanye kenapa, cakaplah kereta tak hidup sume2, lalu abang tu pun bawak lah kereta dia datang dan teruslah mengeluarkan mulut buaya a.k.a jumper dan mulakanlah proses mengecas bateri kereta si awek nih.  berikut adalah kroologi peristiwa petang tadi.

aktiviti tolak menolak sedang berlaku disini. =p






kereta si awek vs kereta abang penyelamat






proses mengepit jumper ke bateri kereta




abang botak hero kami. hoho. =)

setelah beberapa lama kereta si awek ni pun berjaya lah hidup dan kami boleh pulang kerumah dengan selamat.  THE END.


notakakiku: selepas ini sila pastikan semua suis lampu kereta mati sebelum keluar dari kereta jika tak mahu kejadian sama berlaku pada  kamu kamu semua. =p

Sunday, March 13, 2011

hachomm!!!

tudia!! bersawang dah ini belog. memang terbaik lah chacha. nak kata busy, memang busy pon. *sigh* nak buat cemane kate budak sekolah haruslah kau banyak kerja kan. dan sekarang sudah mula bersin-bersin. yeay!! orang lain dah nak baik selsema kau baru nak dapat kan. (T___T)
don't really like this feel. kerja banyak wehh. janganlah sakit sekarang. pleaseee....


dah tu aje nak cakap. bai


p/s: sori update tah pape tah. =((

Sunday, March 6, 2011

testing 1, 2, 3...






sila tengok atas. header baru yeayy!!! selalu jealous bila tengok header blogger2 laen yang comel dan cantik menarik lagi da bomb. so, malam ini chacha membuat percubaan pertama menggunakan 'paint' saje sebab terlalu 'hebat' nak guna photoshop atau ape2 yang sewaktu dengan nya. dan simple saje sebab tak tau nak buat design macam mane. hoho. lepas tu dah buang jugak layout back to basic all white terase putih suci gitu... awww... sila jangan menyampah dengan chacha peliss... =p

okai dah tu je nak cakap, babai. =)



notakakiku: sila cakap header saye comel kalau tak nanti tumbuh jerawat dekat hidung *sakit wohh!*

Saturday, March 5, 2011

factory visit part 1. =)

okay setelah 2 hari melarikan diri dari kuala terengganu dan berlari-lari anak (naik bas ekceli. hehe) di sekitar negeri selangor, apgi tadi jam 2 pagi telah selamat sampai ke kuala terengganu semula. 2 hari yang di penuhi dengan aktiviti melawat MARDI, Serdang, kemudian Deligateux Sdn.Bhd. dan semalam menuju pula ke kilang HI5 dan jugak MM VITAOIL semuanya terletak di sekitar Shah Alam.

oleh kerana kami ini pelajar food technology dan melawat pula ke perusahaan makanan maka aktiviti utama juga seharusnya makan lah kan. semua tempat yang dilawati memang tak lokek untuk menyediakan kudap-kudapan untuk kami semua dan sempat juga kami-kami ni membeli stok-stok makanan yang sedap-sedap semua wohh...

DELIGATEAUX sebuah syarikat bumiputra yang mengeluarkan produk pastri mostly cake yang best2. more than 50 recipes kau. silalah cari dekat kedai runcit cik limah sebelah rumah uolls tuh. haha. kalau cik limah tak de jual boleh lah cari dekat mane cawangan TESCO, GIANT, dan yang sewaktu dengan nya yeh. masa kami ke sana sempat lah merasa masuk dalam blast chiller diorang yang besarrrr dengan suhu -20 darjah celsius. fufu~~ beku kejap...  chacha ada beli brownies keluaran diorang Mississipi Brownies dengan jenama D'GATEAUX. memang sedapppp sangat... promo sikit. mane tau nanti boleh intern sana. =p walaupun factory diorang ni tak lah besar sangat tapi memang boleh dipercayai lah segala macam produk mereka sebab ada sijil HALAL, HACCP dan jugak GMP so in terms of quality and cleanliness no need to worry lah yeh. =)

penulis di depan kilang hi5. =p




bread town.=)



lepas tu kilang HI5 pulak. sape lah yang tak pernah makan kan roti HI5 ni kilang mereka super besar lepas tu jugak pelawat memang boleh masuk tapi bukan dalam production area lah cuma disediakan satu laluan khas kat bahagian atas macam jejantas untuk pelawat masuk dan tengok dan jugak diorang ada sediakan macam mini muzium untuk roti lah atau nama glemernya BREAD TOWN. memang sangat interactive dan seronok untuk dilawati. back to the production thingy, area production adalah very the hott kau sape rase nak kurus dan selim boleh lah kerja dekat kilang roti sebab dalam tu suhu adalah antara 38-40 darjah celcius tu dia aihh... sebab suhu tu jadi panas adalah oven yang digunakan untuk membakar roti tu adalah bersuhu 180-200 darjah celsius dan oven tu haruslah panjang kan boleh muat plus minus dalam 2000 bread in one batch. haa... besar tak besar fikir sendiri nak tunjuk gambar tak ade sebab xboleh ambil gambar kat dalam tu. hehe. 

waahhh~~ panjang nye cerita... emmm... lagi ape yehh... hehehe... itu je kot yang menarik... nanti2 akan ditambah lagi. =p dah penattt menuliss... hehehe...

Wednesday, March 2, 2011

doakan saya.

malam ni chacha dan 67 lagi classmate chacha akan bertolak ke Kuala Lumpur. bukan untuk berfoya-foya yeh kawan-kawan semua, tetapi untuk lawatan subjek Prinsip Pembungkusan Makanan dan jugak Jaminan Kualiti Makanan. kami semua akan bertolak jam 9 malam ni.

tempat-tempat yang akan dilawati adalah:
1. kilang roti hi5
2. kilang yakult
3. kilang vita oil
4. MARDI 


lepas balik dari lawatan, report pulak menanti. aigoo2~~

notakakiku: doakan keselamatan saya dan kawan-kawan yeh. semoga kami selamat pergi dan selamat kembali. aminn. =)

Tuesday, March 1, 2011

masa itu emas

or masa itu lab report. sebab masa chacha asek dihabiskan dengan buat lab report saje semenjak dua menjak ni. hehehe. lepastu esok chacha nak pergi KL lagi. ade lawatan ke kilang-kilang pulak. lepastu kene buat report pulak. yess. memang terbaik lah food tech... sibukkkkkkk sangat rasa sem nih. fufu~~ =.=''

kesian dengan blog nih, naek berhabuk haa... so, ini adalah short update dari chacha. hehehe.

sekarang nak tido petang pukul 3 ada kelas pulak. ok. bai. =))



notakakiku: tajuk tak ade kene mengena dengan cerita. heheh.