Friday, February 25, 2011

penyelamat nyawa dan bumi kita. CLOTH PAD. ehehehe.

okay, sekarang ni kan banyak dengar cakap-cakap orang pasal isu penggunaan tuala wanita atau lebih dikenali sebagai pad kan bahasa ringkasnya. ada yang kata boleh sebabkan pelbagai barah. hurmm~~ meh sini chacha nak cite sikett sejarah sanitary napkin or pad ni.

pad ni dah mula digunakan sejak abad 4AD lagi oleh orang-orang dari Suda dan Hypatia. saniatry pad ni dikatakan berkembang daripada ciptaan Benjamin Franklin yang digunakan untuk menyelamatkan askar yang luka akibat tembakan dan pertama kali diiklankan secara komersial adalah pada tahun 1888 oleh Southall's Pad. sejak dari itu pad ni pun terus berkembang. pad zaman moden ni diperbuat dari pulpa kayu yang dilunturkan dengan menggunakan klorin dan ditambah juga dengan gel polyacrylate superabsorbent yang terhasil dari  petroleum. plastic yang digunakan untuk mengelakkan leakage tu pulak adalah polyethylene. one from many bad side of this pakai buang punye pad ni adalah selain dari makan masa yang lama untuk dispose proses pembuatan nya jugak menghasilkan gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida dan juga karbon dioksida yang menyebabkan penipisan lapisan ozon selain dari menjadi punca kanser dan menyebabkan 'birth defect' selain dari menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan acidification pada pokok.
(sumber: wikipedia)

see, banyak jugak lah keburukan yang disebabkan oleh pad pakai buang ni. sekarang ni washable pad atau cloth menstrual pad dah mula dapat sambutan balik sejak tahun 1970-an lagi sebab biasanya diperbuat dari kain jenis cotton or flannel dan disebabkan oleh cloth pad ni dihasilkan tanpa pewangi dan campuran bahan kimia yang lain jadi ia lebih selamat dan juga dapat mengelakkan dari berlakunya redang pada kulit. (tudia ayat ada macam doktor tak? heheh) cuma sayang nye kat Malaysia ni susah nak jumpa orang yang jual clth pad ni laen macam kat oversea banyak kedai-kedai online yang jual macam-macam design pulak. comell2 tau..


contoh cloth pad. see, very the comell right.

oh ya, disebabkan cloth pad ni adalah washable jadi untuk jangka masa panjang adalah sangat jimat dan berbaloi even the price its quite high la. 



heheh. macam design boleh jumpe tau, plus biasanya corak dan color akan dibuat mengikut tempahan kita, sooo, boleh pilih sendiri design yang comel-comel. chacha adalah try meng-google untuk cari penjual cloth pad ni kat malaysia dan ada berjumpa dengan beberapa blogshop yang menjualnya:

1. mum7kids
2. NiceClothDiaper ---> also jual cloth diapers jugak.
3. TinyTapir


check out those blogs if you all nak convert dari pad pakai buang yang maybe dangerous untuk health korang to this cute cloth pad yang also reusable and environmentally friendly. =))


p/s: sedang berkira-kira untuk membeli jugak dari salah satu online shops diatas. =)

Monday, February 21, 2011

the faceblog.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH



Edit 


hohoho~~ dah masuk dah faceblog... pinky uollsss... chacha sukeee. hehehe.
nak tahu lagi sila klik SINI.

Monday, February 14, 2011

stay? break off? sabar? tinggal?

assalamualaikum ditujukan kepada pembaca yang budiman semua. wahh kau, ayat macam nak berucap. bila tengok tajuk enrty kat atas apa yang korang semua fikir? ok lah tak payah nak susah-susah fikir, biar chacha ke cerita okay. =) dengar ehh baca elok-elok lepas tu boleh bagi pandangan or pendapat masing-masing. =)

cerita bermula begini, ada sepasang kekasih ni yang dah lama bercinta, its like more than a years and dalam masa mereka bercinta ni macam-macam dah mereka lalui, break off then reconcile balik than break off balik for almost a year lepas tu sambung balik sampai lah sekarang, the main reason for their on and off relationship tu adalah disebabkan masalah family, kekangan dari salah seorang punya family, because his father dah ada calon lain for him, walaupun ayah itu tak pernah melarang dengan siapa anaknya bercinta tetapi still sebenarnya dia dah ada seseorang yang ingin dijodohkan dengan anak lelaki dia.

and for the boy, he is one good boy, believing that kebahagiaan hanya akan ada dengan restu family so, walau apa pun keputusan parents dia akan terima walaupun dia kecewa. and he keep telling the girl if the girl ada calon lain or ada other guy yang nak kat girl tu just go for it and jangan tunggu dia sebab dia tak nak nanti girl tu kecewa dengan dia.  end of story.

so, korang faham tak apa yang chacha tulis ni? ke tak faham? tapi buat-buat faham lah ehh. hehehe. dan sekarang ni apa pendapat kamu, kamu dan kamu diluar sana. patut ke girl tu terus stay dengan his boyfriend? or tinggal je lah... or jangan putus asa harapan masih ada or cemane? cube bagi pandangan sikit.... =))

Sunday, February 13, 2011

kenapa saya suka tengok oppa2 dan unnie2 dalam cerita korea.


okay disini chacha ada menyenaraikan sebab-sebab sebanyak yang mungkin kenapa chacha suka tengok cerita korea:

see, comel kan. aigoo2~~ =.=''


1. first thing first lah kan, sebab hero kacak nak mati tambah dengan heroin yang supercute. heheh. ditambah dengan kejelesan kulit mereka yang memang flawless. T.T



2. cerita yang menarik tapi ringkas saje, paling2 pun dalam 20 episod. bukan yang panjang berjela tapi mengarut tah pape. arini gaduh esok sayang-sayang balik, lepas tu gaduh lagi. bwekkk~~ dah boleh hafal dah kalau cerita indonesia or mexico or pape jelah yang sampai tahap ratus2 episod tuh. kesimpulannya kalau cerita macam tuh cukup dengan tengok episod first and last. same je kot jalan cerita. =p


simple and nice

shin hye unnie. =)


3. kalau cerita korea nampak sangat natural, makeup pun nipis saje, tapi maintain cantik sangat pelakon, tak perlu nak tempek bedak tebal, siap dengan eye shadow bagai walhal tu scene bangun tido atau scene lepas lari-lari dalam hutan. biasa drama melayu lah yang macam tu, bangun tidur tapi make up mapan. heheh.






4. the feelings yang pelakon korea bawak semua sampai pada penonton, when they sad chacha also feeling sad, plus all the romantik scenes. aigoo2~~ make me want to get married a.s.a.p. heheh. >.<

5. the camera shoots or angle or ape-ape jelah terms yang sesuai, i means the cinematography are also superb. kalau tempat tuh biase saje pun boleh jadi sangat cantik bila dah difilemkan or didramakan (eh ade ke? =p)

6. lagi ape ehh... oh ya, mereka sangat  bangga dengan budaya dan warisan mereka jadi sedikit sebanyak drama dan filem akan jadi medium untuk mereka mempromosi budaya dan warisan mereka. walaupun chacha tak pernah pergi Korea at least tahu jugak adat dan budaya mereka based on drama and movies yang chacha dah tengok. so, why dont we do the same? tak payah la asyik nak menonjolkan kejahatan anak derhaka or kekorupan ahli perniagaan. bosanlah. =)

7. err... lagi sebab memang chacha suka, nak buat cemane kan. hehe. sebab2 lain korang fikir lah sendiri kalau tak pun nanti bila dah ada ilham lain chacha tambah naa... =p


notakakiku:
1. sedang dalam usaha untuk menghabiskan siri My Girlfriend is a Gumiho dan jugak Secret Garden. =)
2. sumber gambar google.

Saturday, February 12, 2011

wanita dan epal. =)





 Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?

                  Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?

                 Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

                  Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.

                  Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….

“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”



Allah berfirman:

“Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

 “aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya. aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”


Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yang anda kenali…. Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik…

credited: mr google...rosemerahdancoklat .....fisri....cikdayah

Wednesday, February 9, 2011

terbang bebas.

 


mimpi, impian dan harapan
kadang-kadang itu saja yang memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan,
memberi semangat untuk meneruskan hari-hari yang mendatang,

lepas dan bebas
cuma jangan melampau,
tetapkan kaki dan hati pada tanah yang dipijak,
supaya nanti apabila terjatuh tidak terlalu sakitnya,

hidup ini bukan hanya hitam dan putih,
jadi jangan mudah menyerah,
banyak lagi warna yang boleh di pilih,
cuma pastikan warna itu sesuai,
supaya tidak janggal bila dipandang.

apa sahaja yang dilakukan ingatlah,
nasib kita, kita yang tentukan,
kalau ada kesilapan,
masih ada esok untuk kita perbetulkan,
kalau ada kekecewaan,
impian dan harapan jangan ditinggalkan.
semoga kita semua akan memperoleh kebahagiaan. 



notakakiku: sekadar coretan yang terlintas dalam fikiran. =)


Monday, February 7, 2011

entry tanpa motif.

saya nak mengupdate blog, tapi saya tak tahu apa nak cerita cuma hidup saya penuh dengan lab report sejak akhir-akhir ini. macam pagi tadi sengaja stay up sampai 3.30 pagi rekod wehh, setelah lame tak buat kerja-kerja begitu. penangan lab report packaging yang memang mantopp lah nak buat disscussion.

lepas ni ada 4 lagi lab report nak kena settle plus 1 assignment nak kena submit. itu dia, time-time macam ni mula lah rasa yang 24jam sehari tak cukup. aigoo3~~ FYP lagi jangan dilupa yeh, chapter 2 yeh, jurnal reading yeh. macam nilah baru student food tech, tak food tech la kalau tak busy. T___T

ehh2~~ ape lagi chacha, marilah kita membuat kerja. hey ho, lets go!!!


notakakiku: kan dah cakap tak de motif. saje nak merepek je kat sini. btw blog chacha kan, chacha punye sukelah. ehehehe. =p

Sunday, February 6, 2011

bila kampung naik air...

ini adalah sedikit gambar di sekitar rumah sewaktu banjir dan masih lagi banjir pada masa entry ini ditulis. harap-harap cepatlah surut.