Sunday, October 31, 2010

datanglah.... aku seru kau, datanglah!!!!

chacha tak tahu kenapa. sejak beberapa hari ni, keinginan nak menulis tu tiada, zero. sebab test mungkin atau secara tiba-tiba berat jari ni nak meluahkan apa yang berlaku, atau memang tak ada ape pun yang seronok dengan life sepanjang beberapa hari ni.

cuma sekarang tengah macam serabut tambah risau di atas beberapa sebab yang tidak dapat diceritakan di sini. hehe. mungkin kesilapan sendiri menyebabkan masalah ini timbul, sekarang sedang cuba bermuhasabah diri dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

final tinggal 10 hari. T.T. harus bagaimana untuk menghadapi? wahhh~~ rasa macam baru hari tu masuk sem 5 ni. pejam celik dah nak abes dah. >.<  walaupun tak sabar nak abeskan sem ni tapi sem depan lagi mencabar kott. nak menyediakan ayat2 manis untuk proposal FYP. barang sesiapa yang bermulut manis tu, hulur2 lah barang sebaris dua ayat. haha. moga dapat membantu chacha. berdebar jantung fikir pasal FYP nih. harap semua berjalan lancar. hwaiting!!

Monday, October 25, 2010

kahwin paksa. . .

pernah tak tengok cerita Little Bride or Sweet 18.   *nak tunjuk gambar, tapi belog ada masalah tak boleh nak upload* kalau mana2 yang tak pernah tengok dan teringin nak tengok boleh lah klik sini

bila tengok cerita ini, rasa seronok. perkahwinan yang dirancang keluarga, mula mengenali satu sama lain dan bercinta selepas kahwin. macam sweet sangat, walaupun macam2 dugaan dan rintangan tapi dorang sabar dalam menempuhi semua masalah tu. satu lagi, walaupun jarak umur yang jauh antara dorang, tapi tu bukan masalah untuk saling memahami antara satu sama lain.

teringat kata2 Jung Sook dalam drama tu. "saya dapat melihat dunia dari sudut yang lain bila bersama awak, cuma saya rasa sedih sebab tak akan dapat tahu macam mana 10tahun pertama hidup awak. tapi tak mengapa sebab masa kita bersama masih panjang." terase macam ohh2~~ bahagia nya mereka. ^_^

hati ada sedikit cemburu, bila melihat kemesraan suami isteri itu. kadang2 bertanya jugak akan datang dapat atau tidak pasangan yang memahami sebegitu? harapan setinggi gunung, seluas langit, doa tanpa putus berharap agar dipertemukan dengan suami yang memahami dan menerima diri seadanya. insya'allah. tapi perjalanan masih lagi jauh, sangat jauh. tapi berangan tak salah kan. hihik. ^__^

tolong!!!

kenape tibe2 saya tidak bole mengupload gambar di belog ini? sedih ni... sedih ni... huhuhu~~~

Sunday, October 24, 2010

kau ingat aku jin?

pernah tak korang2 makan asap masa tengah bawak motor kat tengah jalan? pernah tak? pernah tak? chacha sebagai minah rempit yang bergaya penunggang motor berhemah yang motor merupakan tunggangan harian untuk kemana-mana. kadang-kadang bile kat atas jalan ada sesetengah pemilik motor atau kenderaan lain yang entah dah berapa lama tak servis kenderaan entah. asap keluar dari ekzos macam asap nak sembur nyamuk tu haa. berkepul2. kadang2 sampai chacha ingat ada kebakaran ke ape kat depan. tengok2 asap motor rupenye. fuhh~~ sesak nafas woii!!!

musykil jugak, orang lain punye motor tak adelah pulak nak berasap sampai mcam tu sekali. kalau lah asap tu wangi tidaklah mengapa. ini.... terasa sia2 bile pakai perfume sebab hujung2 bila sampai kelas bau asap.=.=''
susah sangat ke nak hantar motor pergi servis? susah ke? susah ke? kedai motor berlambak kott. ishhh~~

kehadapan mereka2 yang mempunyai kenderaan yang sedemikian rupa. tolonglah... tolonglah... hantar servis motor/kereta/van or whatsoever kenderaan yang korang ada. kami2 ni bukan JIN okeh. makan asap semua. kami ni manusia. makan nasi. tolong yea. =)


notakakiku: berdasarkan pengalaman semasa menuju ke Bukit Besar weekend lepas. berselisih dengan satu motor ni harap motor je cantik tapi asap~~ subhanallah. berkepul2. sesak nafas chacha tahu!!

Saturday, October 23, 2010

ehh.. bukit ape tuh?

kredit gambar: google




sape2 yang duduk area kuala terengganu or orang terengganu mesti kenal kan.. kan.. dengan sign nih. hehehe. kalau tak kenal... ishhh... tak patut... tak patut... kene buang negeri la jawab nye. haha.  cepat sape tau ini kat mane?? sape dapat bagi tau chacha bagi upah doposen. haaa... cepat2....


kredit gambar: google



ini adalah situasi yang chacha hadapi pagi tadi. menghabiskan cuti hujung minggu dengan kawan sekelas dan jugak serumah. sangat seronok. walaupun bukit itu tidak tinggi tetapi agak mencabar bagi yang 'sangat rajin' bersenam seperti diriku ini. haha. semput wohh. sangat salute sama orang2 yang mampu berlari naik dan turun bukit ni berkali2. kalau chacha naik kali kedua tuh rase nye dah merangkak dah kot. lepastu turun pulak dah berguling macam Himawari adik SinChan tu haa =.='' maklumlah stamina chacha kan saaaaangat tinggi. muahaha. kalau nak tahu (pada sape yang tak tahu la kan) track jogging kat bukit ini. semua curam macam nih

~

 ~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~
 
~

~

kredit gambar: google

pheww~~ letih mak tau. haha. last week naek setelah sekian lama tak naek, sampai2 atas, kawan2 semua tegur, muka pucat. menunjukkan chacha sangat tidak fit. =.='' haihhh. bile ntah nak rajin jogging. tapi hari ini dah tak. muke merah saja. haha. sudah ada improvement sudah. suka2. =) walaupun ada la berhenti amek nafas dalam 5 ke 6 kali. haha. *blushing*




kredit gambar google
 ini pulak view yang dapat di lihat kalau dah sampai puncak. boleh laa nak tengok area yang dekat situ. Masjid Kristal pun boleh nampak jugak dari atas ni. cantik dari jauh. shiny-shiny. hehe. lepastu rasa fresh sangat kat atas tuh. kalau boleh nak jadikan acara mingguan. seronok tahu. walaupun penat. lepas dah puas berehat kat atas, camwhoring sume. bersiap untuk turun. tapi di sebabkan track yang curam once dah start berlari tak boleh berhenti. haha. time nak turun ni lah masing2 menunjuk konon2 macam fit sebab boleh berlari turun. haha. walhal masa naik rasa macam nak putus nafas. lepas dah sampai bawah, dekat taman rekreasi depan bukit tuh ada aerobik maka kami pun menjoinkan dirilah seronok, menari2 bagai, buat step sendiri. haha. kesian mak cik instructor kat depan tuh. =p 

lepas tuh ramai2 pergi makan roti canai sama teh tarik. baru bakar kalori dah tambah balik. haha. mesti korang cakap macam tu kan2... haa... mengaku je... tak baik tipu tau. =p

lepas tu kami pun pulang lah ke rumah. itu saja untuk hari ini. sekian. terima kasih. =))


natakakiku: bukit yang di maksudkan adalah Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Tuesday, October 19, 2010

free button 'state blogger'



sile lihat di atas itu kan ada button 'johor blogger' cantik kan2.
haaaa~~ nak tak?? chacha tau korang sume mesti nak kan...
xbaek tipu... dose wohh... haha...
nak tahu tak chacha ambik kat mane?
kalau nak kene bagi doposen dulu baru chacha bagi tau.
dua puluh sen... dua puluh sen... errr....
ok2.... maen2 saje... tapi kalau nak bagi betol pon bole jugak. haha.
pada sesiapa yang mahu juga button seperti di atas boleh lah ambik kat blog bighandesign ni.
percume saje, yea di ulangi PERCUMA!!! chacha tahu orang M'sia ni mmg suke benda2 free kan2.
semua negeri pon ade. silelah singgah blog bighandesign tuh.
oklah, mahu sambung tengok CHINTA. tata. =))

mood swing

mood itu apakah? berdasarkan wikipedia mood swing itu adalah:

sile klik sini. malas mahu tulis panjang2 haha.

sebulan sekali mesti akan mood swing. bukan salah chacha, hormon yang salah. haha.
time2 begini, emosi sangatlah terganggu.
rasa berapi saje. sikit2 pun mahu marah. banyak2 apetah lagi.
inilah akibat PMS  huhuhihihehe.

adess... sekejap2 ok. sekejap lagi angin. kadang2 tu tengok mike certain orang pun tak boleh. macam nak marah je kalau tengok muke2 itu. kenape, mengape dan bagaimana jadi begitu chacha pun begitu. tapi untuk certain orang sajelah. bukan semua. jangan pulak kamu2 semua larik bile jumpe chacha okeh.
chacha sorang yang ada rase macam ni ke semua pon ada rasa macam ni?? acu cube terai test cite sket. *bahasa apakah itu wahai chacha??* ahh... xkisahlah, tapi kalau time mood swing ni. memang sedaya upaya chacha akan menahan diri dari memarahi mereka2 yang tak bersalah. haaa.... baek tak.. baek tak?? it just sometine tak dapat jugak nak control. sorry lah ye. huuu~~~ esok xbuat dah tapi luse buat lagi. hihik.
oklah, malam sudah, and chacha mahu tidur sudah, konon2 nak rehatkan otak yg baru lepas test before prepare untuk next paper FINAL EXAM yeh kawan2. this friday, wosh me luck. nite2.

Saturday, October 16, 2010

siapa suka senja?


bila lihat sang mentari semakin hilang disebalik sana,
apa yang kamu semua fikirkan?
sehari yang telah berlalu,
esok yang bakal tiba,
umur yang semakin bertambah,
maut yang semakin dekat,
apapun,
semoga esok yang datang,
lebih baik dari hari ini.
insya'allah.

Thursday, October 14, 2010

mee+siput+ikan

tadi pagi after kelas pergi berjumpa dengan dr. yusnita. niat nak mintak consultation pasal tajuk FYP yang macam chacha cerita entry lepas. tapi kurang persediaan. senang cakap. memang tak sedia langsung. ralit buat kerja malam tuh, tak sempat buat research dengan lebih tentang produk. *tak bagus jangan tiru okeh kawan2 semua*
bila dr. tanya, kenapa nak buat itu? kenapa begitu? kenapa begini? apa parameter kamu? apa justification kamu? nahh... silekan menjawap. dengan suara yang menggeletar, eye contact tak constant, dok pandang kawan sebelah mintak belas ihsan. *tolong jawapkan bagi pihak aku*
apa yang aku tahu aku jawap. dan dr. ada bagi guide tentang dari sudut apa aku patut kaji, apa parameter yang sesuai. dan bermacam2 lagi. *terima kasih dr.* saya menghargai bantuan dr.
lepas sesi soal jawap. chacha tidak menaruh apa2 harapan sebab dari cara Dr. macam tak berapa yakin, *macam mana dia nak yakin sedangkan kau sendiri tak yakin chacha*. tapi tiba-tiba,

dr. : awak yakin awak boleh buat produk ni?
chacha: insya'allah dr.
dr: awak betul ke nak buat dengan saya ni:
chacha: haaa? kalau dr sudi terima saya, saya berbesar hati.
dr: tapi kalau tak jadi jangan salahkan saya. sebab saya tak pernah buat mee siput.
chacha: ehh, xpe2. terima kasih dr.

feeling dalam hati masa tu, sangat lega. terasa macam lepas satu beban dan kerisauan. tapi sudah di warning awal2 oleh dr.yus. "dengan saya, saya tak suka suap pelajar2, you need to show your effort." baeklah dr. akan ku berusaha sesungguhnya.

sesungguhnya pertarungan baru bermula. doakan chacha supaya berjaya hingga ke akhirnya.
terima kasih.=)

Wednesday, October 13, 2010

final year project (FYP) or projer ilmiah tahun akhir (PITA)

okay sekarang mood FYP sudah mari. masing2 pening nak mencari ilham... tajuk... yang sesuai dengan jiwa dan raga masing2. errr... camtu pun bole ke?  masing2 juga sudah mula misi 'supervisor hunting'. chacha?? masih berfikir2 apekah tajuk yang sesuai. produk ape yang boleh di tambah baik, lepas berfikir secara 'intensive' bersungguh-sungguh. lalala~~ masuk bakul angkat sendiri datanglah beberapa tajuk yang macam menarik untuk dijalankan.

kamu pernah dengar tentang mee siput? (bukan siput yang di proses jadi mee okeh) atau mee sanggul yang terkenal diangkasa raya di JOHOR especially di hometown chacha MUAR. sebab rasenye other part of johor pon xde mee siput ni. mee siput nih sejenis makanan ringan. sedap kalau di cicah dengan sambal tumis atau pun sambal kicap.
ini rupa sebelum digoreng.

ini pulak rupe lepas goreng.

see, menarik kan. soo untuk chacha punye fyp nih rasa macam nak buat sikit improvement.

1. nak buat mee siput ikan yang mana bahan utama guna daging ikan. atau
2. mee siput dari udang or ketam or sotong seafood punya atau
3. mee siput yang berperisa, bukan buah-buahan tapi something spicy sebab chacha suke pedas. hehe.

tapi yang mee siput ikan tu dah ada orang buat dan komersialkan. harap2 masih bole digunakan lah tajuk tu. yang seafood tuh pulak macam pernah jumpa dulu tapi sekarang tak tahu ada lagi ke tak. rasa2 kalau chacha buat salah satu dari tajuk diatas dan kalau betul lah bole jadi produk tu, (harap2 nye boleh dan korang kena doakan supaya boleh. haha) korang2 semua nak rasa tak?

All I Need - Alyssa Bernal Original







notakakiku: ahh~~ hati yang pelik. sila bersabar, jangan kau terlalu mengharap. kerana segalanya masih belum pasti. selagi dia masih belum sah menjadi hak, selagi itu jangan kau letakkan harapan semuanya, jangan kau curah kasih semuanya, jangan kau letak percaya sepenuhnya. jangan, kelak berlaku apa2 kau yang kecewa. ingat tu chacha, pesanan dari aku untuk diri aku.

hati itu pelik.



hati itu pelik, walau terluka masih setia.

hati itu pelik, walau terguris masih menanti,

hati itu pelik, sayang yang ada hilang tiba-tiba,

hati memang pelik, susah betul nak mendengar kata,

bila dipesan lupakan, ehh tidak, itulah yang di ingat,

bile dipesan jauhkan, ehh tidak, itulah yang kau kejarkan,

kenapa hati pelik?

dengan hati lah kita menyayangi, dengan hati juga kita membenci,

sudah lah... aku tak mahu fikir lagi.

yang penting. hati memang pelik.

Saturday, October 9, 2010

cube teka sape saya?



haaa~~ wo shi sui?? *siapa saya?*

alhamdulillah.

"wo jiao VAMPIRE. wo zhu zai US. wo yi qing bian gui wu nian le. wo yu ce huo shi de"


dah selesai dengan drama mandarin kami.
and the best part is...... kami dapat no 3 !!!!
yeay!!!
xsangka la jugak. sebab saingan dari bahasa lain semua hebat2.
xsia2 usaha kami2, ubah skrip, berlatih sampai jauh malam.
and mule2 macam kecewa sebab dapat turn yg ke 9 dari 11 kumpulan.
but in the end it wort it. =)
1 more thing all three groups in chacha's class dapat nombor. =)
the other group dapat no 6 and 9. haaaa...
tempat ke 3, 6, and 9. teeeheee~~ =)
cantik je susunan tu kan. tp yg penting group chacha no 3 lah. =p
for the first and second place jatuh pada group japanese.
tapi persembahan dorang memang mantap lahhh... terbaekk... memang patut pun menang. =)
seronok jugak bile ramai yang nak amek gambar dengan group-mate chacha.
sebab.... kami berlakon sebagai 'gui'=hantu.
agak menakutkan bile tengok muke sendiri. teeeheee~~
walaupun chacha ade laa lupe skrip tadi.
muke maintain yakin. tuh yg dapat no 3 tuh agaknye. haha.
oklah... chacha mahu mandi. mahu buang ini hantu punye make-up.
sekian. terima kasih. tata.

Friday, October 8, 2010

hao jiu bu jian. ni hao ma?

wahh2~~ terasa begitu lama sekali tidak menulis entry terbaru dalam ini belog. phewww~~ akhirnya hari ni berjaya jugak mencari masa untuk menulis. haha. ke-poyo-an sungguh kau chacha. walaupun hampir 24jam masa dihabiskan didepan laptop tetapi sesungguhnye tidaklah sempat untuk mencoret barang seayat dua di sini. dan sudah lame tidak berbelog walking. mesti traffic pon dah xde.T___T

ape mahu buat kan, assignment datang bertimpa-timpa. test pulak berderet-deret. terase macam separuh gila. tapi alhamdulillah, berjaya di selesaikan hehe. next week pon begitu juga. 2 assignment yang perlu dihantar dan 2 lagi test menanti. tak lupa jugak 1 PAPER  FINAL yang di awalkan kerana lecturer chacha mahu menunaikan ibadah haji. alhamdulillah. =)

ohh~~ pasal entry untuk barang yg chacha beli secara online tuh, mintak tangguh ye. hehe. xsempat mahu men-snap gambar. sorry ye. =p

ohh ya. esok chacha punye pertandingan drama, khas untuk mereka2 yang ambil subjek bahasa asing, perancis, arab, jepun n mandarin. untuk pengetahuan sape2 yang tak tahu. chacha amik mandarin. hehehe. doakan kejayaan kami semua esok ye. =) harap2 semuanya berjalan dengan lancar. insya'allah. satu lagik... tolong lah doakan chacha dapat turn yang awal2 yep. pleaseeee~~ *mate bintang2*

okeh. sekian untuk kali ni.
tata. =)

Wednesday, October 6, 2010

doakan dia.

tadi baru dapat berita. sepupu chacha kemalangan jumaat lepas. semasa perjalanan pulang ke rumah lepas solat jumaat.
agak teruk.
patah tangan, satu jari tapi tak pasti jari mana.
bibir berjahit. gigi pun patah jugak.
baru semalam operate masuk besi kat tangan yang patah tu.
kamu semua tolong doakan dia cepat sembuh ye.
terima kasih. =)

Sunday, October 3, 2010

shopping!!!!

mood shopping online sudah kembali ye kawan2.
semalam baru lepas order pashmina and inner syria dekat satu blogshop nih.
sangat2 cantik2 wohh design yg ada kat sane.
nanti2 kalau dah selamat dalam tangan itu barang akan ku tayang pada kamu semua. haha.

lepastu kan nak tengah nak cari dress yang labuh untuk santai2 tepi pantai.
di manakah mahu cari ya? any idea?