Monday, January 31, 2011

hujan dan kampung kombinasi yang perghh...

okay masuk hari ni dah 2hari chacha ada dihometown tercinta iaitu bukit gambir, muar, johor. walaupun begitu (tudia ayat macam karangan bahasa melayu) kadar kerajinan untuk menyiapkan kerja-kerja yang banyak berkadar terus dengan keadaan cuaca di sini. (hujan sepanjang hari dan sejuk melampau sampai kat rumah pun rasa macam nak pakai sweater bulus-bulus kasi panas badan. heh.) faham-faham lah (nada adibah noor dalam iklan tuh) bila dah hujan sepanjang hari, (serius tak tipu 2 hari kat kampung tak pernah nampak lagi sang matahari bagi salam sambut kepulangan daku ini.) feel nak siapkan kerja pun secara auto nya bukan manual yeh menurun dengan drastik ditambah kat rumah memang tiada line internet dan kalau nak berinternet haruslah keluar ke pekan menuju ke restoran yang menyediakan wireless free di mana chacha akan berinternet sambil mengisi perut (nak elak ngantok. =p). tapi hari ini dengan semangat waja terpaksa jugak keluar meredah hujan renyai demi untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak ehh tertangguh. dah alang-alang menyeluk pekasam nih marilah kita update blog sekali. takot nanti ada pulak yang rindu dengan chacha. sila angguk kepala yeh, kalau nak muntah pegi jaoh2 sikett. =p jadi cukuplah untuk hari ni. marilah kita sambung buat kerja pulak.

sekian. babaii.

Friday, January 28, 2011

menusuk tepat ke jantung wohh!

okay tadi ada tengok iklan petronas untuk this becoming chinese new year.
tiba-tiba kan hati ada sikit tersentuh.
macam ehh2 nanti kalau mak dgn abah dah tak larat nanti mampu tak aku nak jaga dorang.
macam bila kite tue nanti anak-anak kita jaga kita dengan ikhlas tak.
teringat jugak dekat atok dan nenek kat kampung yang kurang sehat,
tapi anak-anak susah sangat nak datang jenguk.
macam sibuk sangat je. *sigh*

nak tengok video tuh? klik SINI.

i'm officially alone.

okay, baru kejap tadi housemate chacha bertolak balek ke penang dengan kawan beliau.
and now i am officially alone in this house.
senyap sunyi.
cuma ada kucing je.
nasib baik dah biasa duduk rumah sorang-sorang.
itu saja untuk kali ni.
babai.

Thursday, January 27, 2011

kenapa semua orang balik hari ni dan tinggalkan saya?

sepi seorang perantau


okay, mood sekarang rasa macam nak nyanyi lagu akon, lonely tuh. sumpah tak tipu.
sebab budak-budak rumah i semua dah balek meninggalkan i dan seorang lagi penghuni dalam rumah ini.
lepas hantar mereka kat depan rumah (sebab mereka naek van ramai2 pegi bustand) da siap muahh2 bagai. masuk rumah rasa macam ehh2. senyap nya rumah aku. =.=''

yang makhluk tuhan seorang lagi ni pulak esok pagi beliau balek. maka tinggallah saya keseorangan sehingga jam 6.00petang. sila kasihan pada saya. T___T

malam ni berazam untuk menyiapkan sebanyak mana kerja yang mampu before balek malam esok. untuk mengurangkan beban kerja dirumah. ehehehe. sesungguhnya ada 6lab report yg perlu disiapkan plus chapter 1 untuk FYP. weehuuu~~ cuti lah sangat kannn...

sekian, terima kasih. bye.


notakakiku: penggunaan kata ganti nama yang berubah-ubah melambangkan perasaan chacha sekarang. haha.

Wednesday, January 26, 2011

thank you and the same time sorry.

terima kasih atas masa yang kamu luangkan di blog ini


terima kasih kepada semua follower-follower chacha sebab sudi follow blog chacha ni. walaupun blog ni cume sekadar coretan peribadi yang kadang-kadang entah hape-hape tapi still ada juga yang sudi singgah dan baca dan follow.

maafkan chacha atas kekurangan kemampuan untuk membalas kunjungan kalian.


dalam masa yang sama sorry sebab sekarang chacha macam kurang sedikit masa untuk ber-belogwalking atau membalas kunjungan-kunjungan kalian yang sudi meninggalkan jejak di blog chacha ni. bila ada masa lapang nanti, insya'allah chacha akan balas kunjungan kalian semua.


kredit image: google

bahagia milik siapa?

sang kekasih yang sanggup melindungi kekasihnya. manis kan. =)




lepas baca satu entry blog dari seorang kekasih yang ditujukan khas buat sang kekasihnya. 
tulisan yang ringkas, padat tapi manis sangat macam gula-gula kapas.
kalau chacha yang baca pun boleh cair.
pada sang kekasih yang membaca mahu terus meleleh agaknya.


manis macam aiskrim gula-gula kapas ni. 




lepas baca terus ingat dekat incek buah hati chacha.
walaupun dia tak lah semanis gula-gula kapas,
tapi dia boleh faham chacha,
bila chacha perlukan dia,
alhamdulillah dia boleh memberi sedikit waktunya untuk chacha,
lagipun dia je yang boleh kawal chacha yang sedikit degil ni. (kadang-kadang lah =p)
dan dia yang chacha rasa boleh bimbing chacha. =)




bila baca entry si kekasih itu tadi terasa kebahagiaan mereka.
chacha doakan kebahagiaan kamu berdua dan kamu semua yang membaca blog chacha ni.
kamu semua pun doakanlah kebahagiaan chacha ya. =)


chacha kirim doa untuk kamu semua. kamu juga ya. =)

Tuesday, January 25, 2011

cerita pendek

short update untuk hari ini...


siapa ada ubat penyakit MALAS??
kalau ada nak bagi hadiah.
tapi dengan syarat hadiah tu tak lebih RM1. muehehehehe~~


cepat-cepat sebelum terlambat.

Sunday, January 23, 2011

best ke bercinta nih?

kredit gambar uncle GooGle




okay, chacha nak tanya kamu, dan kamu dan kamu dan kamu semua.
best ke bercinta nih? or korang panggil kapel ke hape2 pun lah kan.

bagi chacha lah kan bercinta ni memang bahagia bila kita rasa semua nya berjalan dengan lancar, lancar yang macam mana? yang macam kita rasa semua sifat yang ada pada pasangan kita itu adalah sifat2 yang memang ada dalam fikiran kita. atau sifat yang ada pada pasangan itu adalah kontra dengan sifat bekas kekasih lama kita yang menyakitkan hati. lancar yg bila family semua merestui perhubungan tersebut.

tapi mana ada kan hubungan yang tenang tanpa gelora, tanpa halangan mahupun dugaan. kadang-kadang bila bermasalah haruslah terasa macam ehh single lagi seronok. kecewa pulak bila hubungan yang dah terjalin lama tiba-tiba di halang oleh orang tua. atau tiba-tiba kekasih hati yang telah di beri kepercayaan sepenuh hati beralih arah atau berubah wajah. 

kadang-kadang sedikit cemburu bila melihat mereka-mereka yang bahagia diluar sana bersama dengan pasangan masing-masing, dengan masa depan yang orang kata memang hampir pasti akan terus bersama. sekiranya di izinkan tuhan yang pasti. =)
tapi macam yang orang selalu kata, rezeki manusia berbeza. mungkin rezeki mereka disitu dan rezeki chacha ditempat lain kan. jadi pada mereka-mereka diluar sana yang rasa jeles bila tengok kapel-kapel lain tuh, doakan saja mereka akan terus bahagia sampai ke akhirnya. semoga kita pun akan dapat kebahagiaan yang sama. insya'allah.








notakakiku: orang tua-tua selalu pesan kalau kita sayang seseorang jangan sayang sepenuh hati, tinggalkan sedikit untuk diri sendiri supaya tidak terlalu kecewa sekiranya terjadi apa-apa. dan kalau percaya juga janganlah percaya sepenuhnya tinggalkan sedikit was-was dalam hati. =)

Saturday, January 22, 2011

kehadiran

hari ini chacha menerima kehadiran sesuatu yang istimewa. =)
my new baby.
nak tengok tak?
sila scroll ke bawah ye. =)























 
inilah dia my new baby, nama dia Cloud. 
hensem tak? mestilah kacak bergaya kan, baby chacha kann...
diharap dengan kehadiran baby baru ini akan memudahkan kerja-kerja yang tertangguh selama seminggu ini.
harap-harap cloud akan bersama mummy untuk selama-lamanya okeh sayang. =) 

Thursday, January 20, 2011

menangis bukan beerti lemah tahu!

bila sedih apa kamu-kamu buat? pernah tak tiba-tiba rasa macam sayu je? bila tiba-tiba banyak benda yang nak difikir, dan masalah datang bertimpa-timpa. bila macam tu kalau chacha mesti rasa macam nak menangis. hehe. tapi menangis diam-diam je dalam bilik. malu wohh. tengok luar macam tough tapi hati macam tisu. heheh.

tapi serius, bila dalam keadaan stress sangat then rasa macam nak menangis just cry. then you will feel a lot lighter inside your heart. tak percaya? cubalah. hehe.

macam yang chacha cakap before nih (tulis sebenarnya >.<) chacha kadang-kadang susah nak cerita masalah dengan orang sebab rasa nanti macam menyusahkan dorang or rasa macam bukan dorang boleh tolong selesaikan. suka pendam saja, jadi bila dah nangis tu rasa macam lega sikit. lapang je dada yang sesak tu.

kalau tak pun just back to basic, bila tak boleh mengadu dengan manusia mengadulah dengan Dia sebab Dia sentiasa ada untuk hambaNya. kita tak perlu malu, tak perlu segan luahkan semua dengan Dia. InsyaAllah masalah kita akan menjadi ringan.


p/s: baru lepas menangis semalam sepuas hati bila hati rasa macam nak pecah dengan masalah-masalah yang datang bertimpa. >.<

Wednesday, January 19, 2011

kata hati saya.

hati saya lembut macam tisu.
tapi untuk hal-hal tertentu sahaja.

tapi walaupun macam tisu lembutnya,
tapi masih teguh macam besi.

sebab, walaupun hati dah rasa macam tunggang terbalik
tapi saya masih boleh senyum.

walau apa pun yang terjadi, senyumlah.
tiada masalah yang tak dapat di selesaikan.

tapi kadang-kadang rasa macam dah penat.
penat nak pura-pura senyum,
penat nak pura-pura happy,
penat nak berharap,
penat tahu tak penat?

tapi hati, jangan lah berhenti berharap,
bibir jangan berhenti senyum,
selagi ada waktu,
selagi ada daya,
saya akan berusaha,
saa tidak akan berhenti berharap.
insya'allah.
semoga kita akan kuat menghadapi semua dugaan ini.

Tuesday, January 18, 2011

terima kasih.

tiada kata yang aku mampu ungkap kan.
selain dari terima kasih, dan terima kasih, dan terima kasih.
terlalu banyak  yang kau telah curahkan, kau limpahkan, kau berikan padaku.
terlalu banyak hingga tak terbalas rasanya.
terlalu banyak cuma Allah saja yang aku biarkan membalasnya.

setiap hari aku cuma berdoa semoga perhubungan ini akan terus kekal,
kasih-sayang ini sentiasa terpelihara,
hati ini sentiasa tetap pada dirimu.
semoga segala apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Insya-Allah.

sesungguhnya ketahuilah bahawasanya aku pernah, masih dan akan terus menyayangi dirimu.

banyak banyak laptop. jenama pa yang best?

semalam telah pun comfirm bahawasanya memang skrin laptop chacha yang rosak. -.-''
masa pekedai tu call rasa macam. redha jelah. dah tak de rezeki aku nak buat macam mana kan.
tapi masa pekedai tu call tanya sama ada nak repair ke tak, chacha kata k.i.v dulu. nanti chacha call bagi tau balek.
lepas fikir. timbang, tara semua dan tanya pada pihak-pihak bertanggungjawab chacha buat keputusan untuk beli je laptop baru. sebab kalau baiki pun dah separuh harga untuk laptop baru kan.
mula-mula ingat nak beli di kuala terengganu ni je. tapi bila survey tengok-tengok macam tak de yang berkenan la pulak. lepas tuh buat survey kat internet tengok-tengok rasa macam berkenan dekat satu model HP nih dan jugak satu model Dell nih.

tapi still tak tau nak pilih yang mana. boleh tak tolong chacha pilihkan. ehehehe. mana yang lebih sesuai dan berbaloi.

ni model HP Pavillion G42-362tx
   
Dell Inspiron 14R
kalau nak tau spec untuk Dell Inspiron 14R sila klik sini.
kalau nak tau spec untuk HP Pavillion G42-362tx sila klik sini.

sekian sampai disini. terima kasih.
kredit gambar GooGle uncle. =p

Monday, January 17, 2011

mim.nun.wau.lam.ya.sin. bunyi nya apa murid-murid?

menulis dan menulis...
kenapa chacha suka menulis belog? mula-mula ada belog sebab kena paksa buat untuk salah satu subjek teras uni. lepas tuh, terasa macam seronok pulak bila ber-belog. lama-lama rasa macam dah tak boleh nak tinggal kan belog. walaupun chacha bukanlah blogger tegar. ehehehe.

suka tulis dekat belog sebab boleh cerita apa-apa aje dengan orang. sebab kalau bab perasaan ni kadang-kadang chacha susah nak luahkan dekat orang. sebab chacha meman jenis suka diam dan pendam. so, dalam bentuk tulisan macam ni lah boleh lepas geram. boleh luah perasaan. walaupun tak semua benda boleh di luah atau di cerita. tapi at least kuranglah sikit kan bebanan yang di tanggung itu. ececehh~~ ayat kau. haha.

soo, chacha ingin mengajak mereka-mereka diluar sana yang mencari tempat mengadu tapi tak tau nak cari kat mana, boleh lah buat belog anda sendiri. *bukan luah pada chacha yeh, tapi kalau nak luah jugak apelah salahnya*. orang kata chacha nih 'good listener' jugak tau. =p

Saturday, January 15, 2011

hilang, terbang, melayang

semalam di saat chacha seronok mengonlinekan diri,
sedang seronok menaip menyelesaikan assignment,
sedang seronok mencari bahan,
TIBA-TIBA
pandangan menjadi semakin kabur,
semakin lama semakin hilang,
KEMUDIAN
puff!! putih.
skrin lappy chacha hilang separuh.
mula-mula try OFF then ON balek.
OK at first lama-lama jadi balik.

hari ni,
dengan berat hati terpaksa ber[isah dengan cik lappy kesayangan,
pagi2 bergerak ke MM a.k.a Mydin Mall mencari 'hospital' terbaik untuk cik lappy.

hospital 1:
chacha: skrin dia problem, tibe-tibe separuh jadi putih.
pekedai: ohh, ni masalah skrin nih.
chacha: kalau nak baiki biasa berapa?
pekedai: RM680
chacha: 'senyum penuh makna'
           : bila boleh siap?
pekedai: dalam 2 minggu.
chacha: tak pelah. bagi saya fikir dulu. 'senyum lagi'

hospital 2:
chacha: sini boleh baiki skrin rosak?
pekedai: model ape?
chacha: acer 2920.
pekedai: boleh.
chacha: berapa harga kalau nak baiki?
pekedai: antara RM500-600.
chacha: bila agak2 boleh siap?
pekedai: depends pada barang. kalau ada barang cepatlah. kalau tak da lambat. dalam 2-4 minggu macam tu.
chacha: *what the? duhh macam mana nak buat kerja macam ni*  senyum lagi. tak pelah. time kaseh ye.

hospital 3: 
chacha: kat sini boleh baiki skrin laptop rosak? 
pekedai: boleh. tengok model apa guna.
chacha: ni haa, *sambil menunjuk cik laptop pada pekedai*
pekedai: ooh.  kalau ni RM500-600.
chacha: bila boleh siap?
pekedai: tak tau lagi depends pada stok.
chacha: *adeh, ingat aku tak de keje ke nak buat dengan laptop tu?* *sigh*

hospital 4:
chacha: abang, kat sini boleh baiki laptop tak?
abang kedai: boleh. kenapa dengan laptop?
chacha: skrin dia mula-mula okay. lama-lama tinggal separuh.
abang kedai: terus ambik laptop dan ape ntah yang dia buat. lepastu dia mengeluarkan kata-kata yang berbunyi seperti di bawah.
abang kedai: ni bukan masalah skrin ni. ni maybe masalah RAM je. skrin ok je ni.
chacha: ha? RAM? berapa ehh kalau nak ganti? 
abang kedai: RAM  tak mahal, dalam RM100+ je. 
chacha: senyum lebar-lebar sampai telinga.
abang kedai: tapi nak kena chek dulu betul ke cuma RAM atau masalah skrin.
chacha: okay, kalau masalah RAM abang ganti jelah. tapi kalau skrin, abang call dulu ehh.
abang kedai: okay. nanti kalau dah siap abang call.
chacha: time kaseh. =)

apakah kesimpulan yang dapat di buat dari cara customer service keempat-empat kedai di atas?
nasib baek lah chacha tak terus tinggal laptop di kedai yang first tadi. kalau tak, mungkin akan mengalami kerugian besar ohh. naseb baek lah kawan-kawan yang survey dengan chacha tadi  kata kita cari tempat laen dulu. lagi satu. tengok cara layanan keempat2 kedai, walaupun nampak lebih kurang. tapi effort yang kedai last kitorang pergi nampak lebih. sebab tuh kami pilih kedai yang last tu. =)




p/s: please doakan cuma RAM yang perlu diganti. T____T

Thursday, January 13, 2011

what?!! hilang!!!

harini penuh cerita dengan cerita.
tak lah penuh sangat sebenarnye, tapi...
haihh~~ tak tahu nak cakap macam mane lah.
tadi angkat kain kat ampaian.
then perasan my 'ampai bulat' (yg guna untuk jemur 'anak2' tuh) HILANG!!!!
hambek kau tanda seru sampai 4 haa.
okay chacha cool, housemate kau angkat kot.
masuk dalam rumah cari-cari dalam bilik tidur, TAK DE.
dalam bilik baju, TAK DE jugak.
ehh, tanye2 housemate pun tak de nampak jugak.
WHAT THE ....
mane pulak dah ampai aku nih.
dengan ampai-ampai sekali hilang.
khazanah dekat ampai tu pun lesap la jugak.
guwa memang tak faham dengan orang macam nih.
agak-agak lah kan. 1 ampai terus kau curi.
sengaja nak menambah masalah aku kan. *sigh*


p/s: kalau ada sesiapa baca Harian Metro hari ni. ada mayat lelaki misteri pakai coli jatuh bangunan. kalau nak tengok video boleh klik sini.

Sunday, January 9, 2011

dia dah kawen...

sad but a lot more happy at the same time. because one of my best friend have already walking through her next phase in her life which is being someone's wife!!!

honestly i can't really believe that she has married. sebab rasa macam baru hari tu kita orang sekolah darjah enam sama-sama. lepastu amek result PMR sama-sama lepastu dapat PLKN pulak. then, last friday she's already someone else wife.

by the way tahniah diucapkan untuk pasangan bahagia NAQIA dan FAIZAL atas perkahwinan kamu berdua semoga akan kekal sampai syurga.

p//s: maaf sebab lama tak menulis entry baru. and for the bride and groom picture akan di tunjuk kemudian. eheheh.

Tuesday, January 4, 2011

i'm back bebeh!!

i'm officially back at terengganu yesterday.

officially started my class yesterday.

officially got my first assignment also yesterday.

officially got my result for my last exam also yesterday.

the point is, I'M BACK BEBEH!!


p/s: really miss this blog and all you reader. do you miss me?