Tuesday, August 31, 2010

countdown



3hari lagik. cepat2 lah masa berlalu. walaupun esok aku ade test ye. diulangi TEST. adehhh. guwa punye hati sudah sampai kampung la der... cemane nih. T___T

Monday, August 30, 2010

saya kenal sayang saya.

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”


rasanya kamu, kamu dan kamu... haaa.. kamulah tu... semua mesti tahu kan lagu yg tengah meletup-letup pop pop macam popcorn nih. sangat lah menarik hati jantung dan limpa bait2 liriknya. ewahhh... haha. simple and the meaning is easily understand. xpayah nak kerut2 dahi bila dengar lagu semata2 nak fahamkan apa yang cube disampaikan. betul tak?? kalau setuju angkat jari!!! teeeeheee.
mule2 dengar ini lagu macam "ehhh2 kenape terase macam ade kene mengene je neh??" so, secara automatiknya cikchacha pun sudah terjatuh hati sama ini lagu. hari2 wajib dengar kalau tak dengar terasa hidupku ini tiada artinya lagi. *bwekksss. poyo2. -.-''*



sudahlah, nak cakap tu je. hehe.
tata.

ehh2... nombor i naek lah.

woot2~~ hepi pulak bile nombor fevret aku naek harini. (bukan nombor ekor ke lumbe kude ke hape okeh) trk follower aku dah 88. my feveret number tuh. teeeheee~~ terima kasih kepada semua bloggers yg sudi menjadi follower kepada blog saya yang simple ini. teeeheee~~

klik gambar untuk tumbesaran okeh.

Saturday, August 28, 2010

terharunye saya.

terima kasih untuk semua sahabat2 yang mengucapkan selamat dan mendoakan saya sepanjang hari ini. semoga TUHAN saja yang membalas doa2 kalian. dan yang paling2 tak disangka ada seorang blogger yang membuat entry untuk aku diblog beliau.*terharunye.... terasa diriku begitu berharga. ahaks*

terima kasihlah wahai che armster atas kesudian anda untuk me-wish-kan hari kelahiran saya. teeeheee~~
siap dapat kek ikan lagik. xiexie ni. =))

today is da day.

selamat hari lahir yang ke-22 untuk diri saya sendiri.
mengharapkan yang terbaek untuk masa sekarang dan masa hadapan.
good luck and all the best for me.

Friday, August 27, 2010

cara mandi wajib yang betol.

kredit pak cik gugel



Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan 
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

diambil dengan izin dari blog sis munna. :)

Thursday, August 26, 2010

handmade sosej. baek punye!!!

basuh dulu casing untuk sosej. casing=usus kambing.
ni la rupe usus yang dah di basuh dan di bilas
bahan2 yang diguna. kalau pandai cuba teka. hehe.
ini mesin nama dia bowl chopper. kasi masuk sume bahan2
nilah rupe daging sosej lepas dah mix.
daging sosej dimasukkan dalam casing dgn menggunakan 'sausage stuffer'
inilah rupe sosej yg dah siap. nampak sedap kan3. teeheee~~
lepas tuh kene rebus dlm suhu 75C untuk 25 minit.

haaa~~ inilah hasil dari lab pemprosesan hari ini. sosej ayam bersarungkan usus kambing. mula2 bau usus kambing tuh memang perghhh laa... bak kate lecturer aku macam perfume channel no.9. nasib baik xlekat kat tangan bau usus kambing tuh. sarung atau casing sosej ni ada banyak jenis. untuk lab hari ni kami guna usus kambing dan cellulosa.
ni adalah rupe casing cellulose.
ni lah lebih krg rupe natural casing yg aku guna tadi cume aku guna yg kering ini mcm basah sikit.


casing usus kambing ni biasa diguna untuk premium sausage yg agak mahal sebab handmade kan, and cellulose casing ni pulak diguna dalam industri sebab mudah dan murah, waktu rebus sosej adalah sangat penting untuk kita jaga suhu air rebusan untuk elak sosej dari pecah. *mcm group aku tapi tak nak letak gambar sebab malu. teeeheee. ^__^* dan membuat sosej dibulan puasa ini adalah sangat menggoncang iman. lagi2 time kena buat sensory evaluation, kena goreng lepas tuh rasa kan. bau nya aduhhaiii... sabar jelah. hehe.

haaa~~ tapi part paling best bila boleh bawak balek sosej buatan sendiri dan makan kat rumah. tak sabar nak tunggu  buka. fuhhh~~

ok lah. 
nak cite tu je.
tata.

Wednesday, August 25, 2010

gempar!!!!

pernah tak korang merasa keterkejutan yang teramat? 
yang buat rasa terkejut lepas tuh rasa macam nak gelak?
kami dah kena semalam
semua gara2
~

 ~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

gambar di atas adalah dua bil air yang kami dapat.
tengok yg sebelah kanan tuh
rm96,897.10

mahu tak terkejut beruk kami,
ingat kitorang ni ade bukak water theme park ke ape kat umah sewa nih. -.-''

then housemate aku call SATU
die kate abaikan saje, coz silap.
ceiittt.
bikin orang debor je. *terus terpikir time tuh, cemane nak bayar bil yg ribu-riban tuh*
then dorg jumpe the other bil kat pagar
yang sebelah kanan tuh
RM4.70 je
haihh lega.

sekian tu je nak cite. haha.
tata.

nurul...nurul....nuuuruuuuullllllll.....

dengar sayup2 suara mak aku panggil.... 
uwaaa....
yg sebenarnya hati aku dah ade kat rumah saat nih...
walaupun ade 10 hari lagi nak kena endure...
2 test...
dan lab report!!!!!
aaaaaargggghhhh~~
xmo2....
mahu pulang ke rumah ....
duit dalam bank tinggal ciput je...
nak bayar baju lah, buku lah, buka puasa lah, bil api air dan lain2 lagik...
botak kepala pikir wohh.
sudah2~~
kepala sudah weng.
mahu tidur lah.
tata.

Tuesday, August 24, 2010

award lagik~~ dari sis izah. =)


award lagi. yeay!! my second award selama lebih kurang setahun aku berbelog nih. terima kasih sis izah, kerana mengingati diriku ini. acecehh~~ *macam dapat award ABP pulak rasenye*
award ini agak sukar untuk de fahami ye pada mulanya. tapi setelah diperhati dan diteliti serta diperhalusi, akhirnya aku berjaya jugak. teeeheeee~~

oleh kerana award ini adalah award berantai, so perkara pertama yang perlu aku buat adalah ambil list di bawah dari blog sis izah:

    a. Makbed
    b. Lulu
    c. Hanis Azla
    d. Norshiema
    e. Cik Izah.
 
motif list di atas adalah kerana aku dapat award ni dari sis izah.

then aku kene pas award nih kat 5 orang blogger yang lain. sooo... bersedialah kamu.

    3. cik safina
    5. azizah suhaimi
 
soo, apekah yang harus kamu lakukan?
1. kena buat satu entry pasal award ni,
2. buat list macam kat bawah ni.
    
      a. Lulu
      b. Hanis Azla
      c. Norshiema
      d. Cik Izah.
      e. cik chacha
3. kena cari lagi 5 orang blogger untuk ambil award ni.

p/s:  sebab award ni adalah award berantai, semasa korang buat list blogger tu, remove nama blogger yang atas sekali, then anjak letak nama korang kat tempat ke-5 tuh. ada paham?

Saturday, August 21, 2010

22 thn yang lalu.

kredit image: google
22 tahun yang lalu telah lahir seorang budak perempuan yang comel.
tapi saya cume dapat kenal die 4tahun yang lepas,
dan terus jadi kawan saya.
dan saya harap saya akan terus jadi kawan dia.
di sini saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-22
untuk kamu wahai CIK IZA FASIHA *saya suka nama kamu. :)*
semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
semoga segala apa yang kamu hajatkan akan tercapai.
insya'allah.


p/s: seminggu lagi turn saya pulak. hihik.

hati-->tak sihat

*ini entry jiwa kacau, sila abaikan selepas membaca*


kebelakangan ni, aku tak tahu la kenapa... senang sangat nak terasa hati, pantang silap, nak kecik ati je keje. pastuh kalau tengok sesuatu yang menyentuh hati macam video nih mule la, macam nak mengalir je air mata. walhal bukan lah sedih sangat ke ape kan.

tapi hati aku nih, macam semakin ngade2 pulak, sikit2 nak 'touching' penat wohh. menahan rasa, sakit tawu. nak kata tak happy, happy je bila dengan kawan2. cume kadang2 rasa macam kosong, walaupun kawan2 ramai tetap rasa kosong. terasa macam tak de tempat aku nak bercerita, tak de tempat aku nak mengadu. kawan2 aku semua baik-baik, tapi still tak semua benda kite boleh cerita dengan diorang kan.

semakin hari rasa semakin berat hati ni kat dia, kalau lah si dia membaca tulisan aku ni, aku cuma nak cakap aku sayang kau sangat2. dari dulu sampai sekarang. walaupun macam2 perkara dah berlaku, aku tetap sayang kau.

subhannallah

pagi2 macam biasa lah, on fb *buka2 makte je fb* =p
tapi pagi ni ada dua video yg buat aku rasa sangat malu,
malu dengan Allah, malu sangat,
bila haiwan yg terkenal dengan keganasan dan kekuatan,
boleh menjaga anak dari hasil buruannye. faham x?
*leopard --> buru babun bunting --> leopard seret mayat babun --> ade baby babun keluar --> leopard jaga*
see, haiwan pun ade rasa bersalah bila dah buat kesalahan, manusia??
lebih teruk dari haiwan, bile mereka sesuka hati buang anak yg mereka kandung, macam buang sampah, langsung tak de harga nyawa tuh. sangat tersentuh hati ni bila tengok. =(
if kamu semua nak tengok video tuh boleh klik link kat bawah:

1. video 1

2. video 2

Friday, August 20, 2010

Pendidikan Seks dan Cara Menggunakan Kondom



salah satu percubaan yang berani dari seorang pemuda yang prihatin tentang masalah negara. saudara afiq nih sangat direct tanpa selindung lagi, berbincang tentang perkara yang orang2 lain malu atau segan nak cakap. harap2 ramai lagi yang boleh mencontohi dia.

sape nak kenal afiq nih boleh lah klik kat sini.

Thursday, August 19, 2010

chacha nak balik lah.

makin dikira, makin dihitung, makin lambat, makin jauh rasanya.
hati ini sudah tidak tertahan lagi,
rindu sudah semakin membuak,
melimpah,
bilakan dapat berjumpa,
mak dan abah di kampung,
juga si dia... (ehh2.. ade kah?? =p)

Tuesday, August 17, 2010

uwaaaa!!!! urang gilak!!!!



sekarang aku adela macam gambar diatas. sem nih sangat la terase sibuknye. hari2 dok ingat lab report, test lagik berderet2. abes je test ingat lab report lagik. lalalala~~ tapi alhamdulillah. masih lagi waras, tak sampai tahap gilak lagik. haha.



dahla.
nak cari bahan buat lab report yang tak jumpe2 lagik nih. 
tata.

mood tacing ohhh~~

jeles bile tengok mereka berdue,
jeles bile tengok mereka ada yang mengambil berat,
jeles bile tengok mereka ada teman ketika suke dan duke,
jeles bile tengok mereka senyum bahagia,

tapi

tak mengapa,
mungkin masa belum tiba,
bak kata seorang sahabat,
bila kita dah jumpa si dia,
kita akan tahu,
bahawa dialah orangnya,
yang telah Tuhan tentukan untuk kita,
sejak dari luf mahfuz lagi,

jadi

hati, sila bersabar,
doakan saja kegembiraan mereka,
doakan saja agar mereka terus berdua,
doakan saja agar mereka terus saling mengabil berat,
doakan saja agar mereka terus bersama tika susah dan senang,
doakan saja agar mereka terus bahagia,
satu hari nanti kau juga akan bahagia seperti mereka.

kredit to google

Monday, August 16, 2010

ramadhan

diam tak diam dah 6hari kita puasa, semakin dekat dengan perpisahan. adakah kita telah menggunakan kesempatan di bulan mulia ini sebaiknya? atau masih juga alpa? kadang2 duduk berseorangan lalu terfikir, adakah sempat untuk aku menghabiskan ramadhan ini? berjumpakah lagi aku dengan ramadhan akan datang. sesungguhnya, kita harus menggunakan setiap kesempatan dengan baik kerana apa yang ada di depan sana hanya tuhan yang tahu.

Friday, August 13, 2010

zero

petang nih tibe2 rase kosong.
~
~
~
~
empty
~
~
~
~
buat ape pon xkena
~
~
~
~
hate this feeling
~
~
~
PMS kott... =p
~
~
~
~
pantang ade orang silap sikit, nak marah je rase. so friends, beware!!

melayan jiwa yg berkarat.


baru lepas menonton P.S I Love You. sambil meleleh air mata. tsk2~~ sangat sweet, sangat romantik... sangat pedih rase kehilangan orang yang kita sayang... T___T. terase sangat rindu kat seseorang. 

Thursday, August 12, 2010

nak nangislah. :'(

handphone rosak lagik.... =(
warranty ada lagi, tapi xsempat nak balek before warranty habes.
sangat sayang handphone tu, sangat banyak sentimental value.
tsk2~~ T_____T
sedihnye.

hantaran guwa dah turun!!!

huhu~~ semalam kan semasa guwa menggoreng ayam untuk dijadikan juadah berbuka guwa dengan housemate2 guwa. tiba2 ayam itu meletop-letop lalu terperciklah minyak yg panas ke udara dan malangnya terkena kat MUKA guwa!!! ini ayam bikin wa panas seyh.... sipi2 lagi nak kena mate. nasib baik lah kat tepi. yang paling best time nak mandi pagi tadi tibe2 rase pedih kat tempat itu tengok2 gelembong suda pecah. tsk2~~ pedih woohh. tapi nanti balek hometown bole tunjuk same mak guwa yang guwa adela jugak masuk dapo time kat sini. hihik.

Wednesday, August 11, 2010

lang tengah is sangat syiokk!!!

apekah ayat tajuk aku itu?? hah. abaikan. aku cume nak bagitawu yang PULAU LANG TENGAH adalah SANGAT, AMAT, TERLALU dan yang sewaktu dengannye CANTIK. siyesly, jejak je kaki kat situ abes lupe semua masalah or keje yang ada dalam kepala. haha. malas nak cite banyak. lets picture do the talking. okeh.



jeti merang
manelah bot guwa neh???

selamat datang ke LANG TENGAH
pepasir putih, lelaut biru. *boleke?*
ade pasangan bahagia di sana
coral yg da sampai ajal
foreinger yang manyak sheksi looo
sunset
mereka berdua, saya sorg2 je. huwaaa~~~
depan bilik guwa
aii same lady chief
aii same chief lanon


 

 notakakiku: guwa, saya, aii dalam caption di atas adalah merujuk pada orang yg sama. iaitu aku. hihik.

selamat berpuasa

kredit gambar: incik gugel


jadikan RAMADHAN sebagai:
1. UNIVERSITI yang mengejar kuliah2 IBADAH
2. TUTORIAL2 IMAN
3. ASSIGNMENT2 TAQWA
4. AMALI2 ISLAMI

semoga kita memperoleh IJAZAH keredhaanNYA. insya'allah.
disini saya ingin memohon seribu kemaafan kepada semua sahabat2 dialam maya ini atau diluar sana, seandainya saya ada terkasar bahasa atau tersilap kata, tersinggung atau terasa hati, harap2 maafkan lah diri ini. sesungguhya saya hanya insan biasa yang tidak terlepas dalam membuat kesilapan.


notakakiku: sangat sopanlah ayat aku untuk entry kali ini. haha. ^__^