Saturday, July 31, 2010

di serang orang gile part 2

merenung dia yang sangat jauh.
kami yang bergumbira.
hey.say.JUMP!
hidup kena happy.
semua punya rasa berbeza.

notakakiku: inilah hasilan kami menggila di pantai petang tadi. hihik~~ enjoy!!

di serang orang gila!!

tajuk takde kene mengene dengan entry. bukan kami di serang orang gila. tapi kami yang menggila di pantai. haha. puas hati. dah lame tak ke pantai harini lepas geram. sampai orang ingat kami junior. hihik. gambar akan di hapdet kemudian. okeh. tata.

Thursday, July 29, 2010

cuti-cuti malaysia

lanun2 selatan nak ke sini
nak ke sini jugak


dan sini.

kemudian nak buat ini
seronok macam ni kan
dan ini jugak.


notakakiku: sangat tak sabar untuk spent time same2 geng2 lanun dari selatan. cepatlah ogos.

kredit gambar: pakcik gugel.

random

nak gi vacation ni susah rupenye ye. macam2 benda nak kene fikir. hikhik. but LANG TENGAH tunggu aku datang!!! (geng2 lanun dari selatan) muahahaha~~

Wednesday, July 28, 2010

nak tahu rahsie chacha tak?


jeng..jeng..jeng... ini rahsie tau. korang2 je yang tahu. orang laen tak tahu. shhhh... di sebabkan aku dilahirkan pada 28/08/19** (thn di rahsiekan untuk sebab2 keselamatan. hahah) secare otomatik nye aku di letakkan di bawah bintang VIRGO.  tapi ape yang aku share nih just untuk suke2 aje tawu. jangan amek serius pulak. kalau nak tahu pasal korang boleh la klik sini.

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, PISCES dan SAGITTARIUS.

VIRGO : GELAGAT PERHUBUNGAN
Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 22 Ogos hingga 22 September sentiasa tenang, serius dan agak kolot. Dari segi berkawan , anda mungkin tidak suka menunjuk – nunjuk bahawa anda ini adalah seorang kawan yang dapat dipercayai , tetapi anda adalah seorang kawan yang bertanggungjawab. Dari segi pergaulan yang membuahkan cinta, Virgo mungkin tidak romantis tetapi anda dapat menjadi kekasih yang 'hangat'. Kata – kata “ Biar Lambat Asal Selamat “ dapat anda terapkan dalam percintaan. Apabila anda tertarik pada seseorang , anda tidak akan terburu – buru bergaya atau memikat ( menggoda ) . Sebaliknya anda akan mengamati dan meneliti dahulu sebelum mengungkap isi hati anda . Lantaran itu anda bukan petualang cinta. Cancer ( 21 Jun – 20 Julai ) dapat menjadi kawan atau kekasih yang baik bagi Virgo . Manakala bersama Virgo yang serius , Cancer yang cemburu ; tidak akan berasa resah . Di samping sifat Cancer yang sukar dijangka akan membuatkan Virgo menjadi ceria memikirkan sesuatu yang tersirat di fikiran . Pasangan yang juga tepat bagi Virgo ialah Leo ( 21 Julai – 21 Ogos ) . Sifat Leo yang gemar berubah menurut kehendak hati ; tetapi Leo tahu cara untuk menggembirakan kawan atau kekasih seperti Virgo. Sebaliknya , Sagittarius ( 23 November – 20 Disember ) bukan pasangan yang ideal buat Virgo. Sagittarius pecinta kebebasan sedangkan Virgo cenderung untuk merancang sesuatu dalam hidup dengan teliti. Seterusnya , sifat Virgo agak tertutup , misalnya dalam hal mengungkapkan rasa cinta, manakala sifat Sagittarius lebih terbuka , sehingga tidak segan – silu menciumi kekasihnya di khalayak ramai !

VIRGO : KERJAYA DAN KEWANGAN
Virgo mencapai saat mantap dalam kerjaya apabila dia dapat memperlihatkan ilmu dan kemahirannya yang dapat difahami oleh orang lain. Ini bermakna , kelahiran Virgo perlu mengembangkan bakat pertuturan apabila berkomunikasi dengan orang lain . Kerjaya yang sesuai adalah guru atau wartawan . Virgo begitu aktif dalam menjalankan tugas harian . Anda suka belajar sebarang jenis pekerjaan asalkan ada ganjaran dalam bentuk wang. Oleh sebab anda seorang yang tekun , cekap dan sentiasa produktif ; sebagai ganjaran terhadap sikap anda itu , anda sentiasa berada dalam kecukupan dari segi kewangan. Virgo mudah dapat wang tetapi anda bukan seorang pemboros. Sebaliknya , suka menyimpan . Kalau terlibat dalam pelaburan sekalipun , anda sentiasa berhati – hati supaya risikonya tidak tinggi.

VIRGO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Rumah orang berzodiak Virgo sentiasa kemas , bersih dan teratur. Kalau berada di dalam rumah Virgo , anda jangan cuba – cuba mengalihkan susunan perabotnya ! Namun , Virgo perlu bertimbang rasa terhadap anak – anak dan ahli – ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya, sebab tidak semua orang sama cita rasa dalam hal mengemas rumah dan menyusun perabot . Aneh juga bagi anda yang berlambang Virgo sebab , kalau ada sedikit masalah , anda gemar ‘ berkurung ‘ dan menyendiri di dalam rumah. Namun , jika tiada bermasalah , Virgo gemar menjadi tuan rumah kepada perkumpulan untuk sembang – sembang dan makan minum. Virgo menyukai kanak – kanak , tetapi agak tegas , lantaran anda bercita – cita menjadikan anak – anak bermoral dan pandai berdikari apabila dewasa.


notakakiku: ade sesape CANCER and LEO nak kawan dengan saye? hik2. 

malang tak berbau.

sesungguhnye malang memang xde bau. kalaulah malang ade bau kan seronok. mesti semua kemalangan dapat di elakkan. kan..kan.. hehehe. motif aku bercerite pasal benda ni adalah kerana semalam pada jam lebih kurang 630 petang aku telah di timpa malang. jeng..jeng..jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku telah di gigit kucing. sakit wohh, *exxegerate je. hahah*  tak lah sakit mane pun sebenanye. cume arini ade bengkak sikit. then tadi kat kelas cakap dengan course mate merangkap kakak ku *bkn kakak sebenar ye* die bising suruh gi klinik takutade jangkitan yang serius. lepas tuh my other coursemate pulak cakap her mother once pernah jugak kene gigit dengan kucing kat tangan sampai bengkak, demam panas. last2 kene operate buang urat kat jari. menyebabkan jari beliau dah xboleh nak bergerak. wahh2. dengar cerita camtuh after kelas tadi terus gi check. takot2 la kan, malang kan xberbau. hik2.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kat klinik tadi aku pun cam segan2 je nak cakapkat nurse tuh "saye kene gigit kucing". die tengok jari aku lepas tu die kate," takpelah, masuk". masuk jumpe doktor pulak kene gelak dengan staffnurse, sebab jarang2 kot dorang jumpe kes kene gigit kucing nih. hik2. satu lagi tadi kalau tak mesti aku kene injection tapi di sebabkan dah dekat2 24jam selepas. doktor kate xperlu. huh. nasib baik. tapi ubat yang di bagi adalah banyak la jugak. antibiotik, ubat tahan sakit, dengan ubat surut bengkak. plus vitamin c yang abang pharmacist tu kate die saje je bagi aku. O_o aku xcukup sihat lagi ke? hehehe.
.
.
.
.
.
.
.
.ok dah cukup untuk hari ni. perut lapar dah nyanyi2 xleh nak fokus untuk berbelog. hihik. tata.

Monday, July 26, 2010

ANA RAFFALI - TOLONG INGATKAN AKU (HD)

                             

lagu ni sangat bermaksud *adeke word tu?* hehehe. tak tahu nak komen ape. just listen ok. enjoy.

Sunday, July 25, 2010

words.


losing you is like losing the very best part of me, and yet you still part of my life.

ehh2...


ade macam ala2 model shawl tak??  hahah.


p/s: sebenarnye nak tunjuk shawl baru beli tu je. comel kan2....  teeheheee.

duit=air

wuargghhhhhh!!!! kenape duit macam air. sangat laju wohh. sesape ade tips nak bagi guwa save bajet?? tolong2!!

Saturday, July 24, 2010

Friday, July 23, 2010

today me is happy!!

sebab the dress yang aku beli online buat pertama kalinya dalam idop ku nih telah selamat tibe di tangan. sangat gumbira di hari raye, ehh ehh tak.. tak... tapi memang sangat hepi. then baju sangat comel. then housemate semua puji. then rase macam di awang-awangan. muahahaha. sekarang sudah tidak sabar mahu merasmikan dress itu. mahu pakai ke mane ye? *thinking*



inilah dress yang aku beli tuh, comel tak? comel kan2... *mate bersinar-sinar*

dress tuh aku beli kat sini. *khas untuk gugurl yg plus size macham i* hihik. nanti2 kalau ade stok baru i mahu shopping sana lagik. lagpun kat sane banyak lagi yang die jual. nak tahu. sile lah lawat sendiri ye. sekian terima kasih.

p/s: kredit gambar dari facebook KedaiPanas

Thursday, July 22, 2010

daku kecewa ohh sayang.

baru saja merancang2 mahu berjumpa mr.scandal weekend ini. tapi dapat pulak mesej yang mematahkan hati.

"anda dikehendaki untuk bertugas di karnival jonvo dari 23 julai -26 julai dari 8pg -10 mlm straight. makanan, vest, surat pengecualian akan di berikan."

ohh2~ ini bermakna weekend ku burn sudah. xdapat nak tidur2 lame2. tsk2. T__T. nak buat macam mane kan time interview aritu dah kate boleh bagi komitmen inilah mase nak tunjuk. ye tak. hehe. lagipun untuk satu sem ni je. bile lagik nak terlibat dalam hal2 macam ni kalau bukan sekarang. jadi sekarang mahu tidur bayar hutang untuk esok. haha. tata.

Wednesday, July 21, 2010

mandarin class with chacha lousher.

first mandarin class yang sangat seronok. belajar basic mandarin sahaje. untuk greetings and suai kenal gitu. tak terase pun 3jam dalam kelas. meh sini nak share sikit ape yang aku dah belajar hari ni semalam.

ni hou ma : awak ape khabar?

wo hen hou, xiexie : saya khabar baik, terima kasih.

wo jie safina ni ne? : saya di panggil safina, awak?

wo laizi roufo : saya berasal dari johor.

haa, itu jelah untuk hari ini. kami belajar menyebut dengan betul sebab in mandarin kalau silap sebut dah jadi lain maksud. soo, right pronunciation is a must. and pada sesiape yang berminat nak belajar mandarin boleh la klik kat sini.  this website ade tunjuk the basic mandarin and the right way to pronunciate the words.

damn u pervert!!!

kes 1:
aku disuruh untuk buat kotak derma untuk majlis malam puisi gaza. exco aku mintak kotak jam 7.15ptg.   6.30 baru keluar cari. aku pulak tak terfikir majlis tu besar, aku g cari 2 balang biskut je, jap g exco aku buat muke terkejut kate x boleh gune. terpakse aku berkejar g kedai fotostat mintak kotak. kene bagi kat exco before pukul 8.00. dahla malam ni aku ade kelas pukul 8.00 jugak. hambik kau. 7.30 lbh baru sampai rumah. mandi xsampai 5minit da siap. 7.50 da keluar balik sampai lupe pakai helmet. nasib baek masih dalam kawasan taman perumahan aku lagi. *tak senonoh kan* terima kasih pada housemate sebab tolong bungkus kotak2 tadi. jasamu akan ku kenang.

kes 2:
mase on the way balek dari cari balang nak ke hostel aku bawak ,moto macam biase, ade trafiic light aku berhenti la kan. *penunggang berhemah katekan* then ade satu kereta berhenti kat depan moto so aku ke depan la sikit tibe2 kereta tu pun ikut ke depan. aku buat tak tahu jelah kan. then aku pun menoleh la ke arah kereta tuh n u know what he is a pervert!!! homaigod aku terus toleh balek depan dan rase macam s*** lame gile la lampu ni nak tukar hijau. *tapi aku xdose kan sebab die yg tunjuk bukan aku yang nak tengok T__T*
nasib baek time tu aku ade dengan housemate aku cik zyza kurang la sikit rase takut tuh. tapi rase rugi pulak xamek no plat kete tuh kalau x mesti da boleh buat police report kan. aku cume ingat yang kereta tuh NISSAN model lame n kaler LIGHT PURPLE. so others beware!!!


kesimpulan hari ni: jangan suke buat keje last minit then kalau naek moto jangan suke melilau mate, tengok depan je. haha. jap g jumpe pervert lagik. euwww~~ xmo2 tercemar mate aku.

Tuesday, July 20, 2010

sakit jiwa.

kenapa hati ini pedih, tiap kali teringat dia? walaupun aku cuba lupa walaupun aku buat tak endah. tapi setiap kali terpandang perkara2 yang berkaitan dengan dia tiba2 hati aku sakit. pedih. kadang2 semua perkara akan aku kaitkan dengan dia. Ya Allah, berikan lah aku ketenangan hati kelapangan perasaan, kuatkanlah hati hamba-Mu ini, permudahkan perjalanan hidupku, permudahkan urusanku. biarlah tumpuan ku pada pelajaran sahaja. amin ya rabb al-alamin.






p/s: minta maaf pada semua kalau ade yang rase menyampah dengan entry aku yg nih.

Monday, July 19, 2010

PENGUMUMAN!!! 


perhatian kepada sesiapa yang ingin mencari calon menantu, boleh lah hubungi saya ye. hihik.


****************

sile lah abaikan ayat di atas, sesungguhnya tadi aku baru lepas melihat gambar ex-classmate aku kawen. sangat kachak ohh beliau. wajah sangat berseri2. sesungguhnye aku sangat2 lah CEMBURU!!! bilelah mahu jumpe my soulmate ye. tapi kan sangat2 hepi bile tengok kawan2 aku semua hepi. *kunun2 when u happy i'm happy gitu* so i wanna wish all my friends to be happy with their life.

Saturday, July 17, 2010

sabarlah



pedih, sedih, apa lagi silap aku agaknya. apa lagi masalah dia. mungkin masih belum tiba masanya. mungkin Tuhan masih mahu menguji. menguji hamba-Nya yang lemah ini. sabarlah hati, sabarlah. bahagia yang dicari masih belum ditemui, masih jauh mungkin. mungkin nanti, satu hari nanti. insya'allah.

kredit gambar: incik gugel.

Friday, July 16, 2010

cita2 tercapai

hahaha.*gelak-kuat2-sebab-gembira-sangat* kenape gembire? sebab tadi pergi pc fair lepas itu dapat beli external hardisk yang tersangat-amat-lah lame di idam-idamkan. 500gb sekali beli hambek kaw puas hati sebab sangat besar okeh. lepas itu bole mule buat koleksi movie kesukaan.

inilah rupe hardisk i, tp i punye kaler hitam. same dengan lagi 2 orang housemate i. hehe. cume dorang punye 320gb. i jer yang gedik2 ambik sampai 500gb. haha.


                      **********************************************************


nak masuk citer laen, tadi kan mase kat pc fair tersangatlah ramai orang yang jual broadband sampai aku & kawan2 sume naek letih nak menjawap.


penjual: kak2 beli broadband, murah.
aku: dah ade la dik.
penjual: akak ade yang mane? yang ni murah sebulan 38.
aku: dah adelah dik, nak cucuk kat mane banyak2. *sambil jalan laju2*


di atas adalah contoh perbualan aku dan kawan2 mase kat pc fair tadi. walaupun aku rase dah 18ratus kali lalu tempat tuh. *okeh kenyataan di atas adalah bohong* tetap dorang x putus ase nak approach kami. salute lah dengan semangat mereka2 itu. walaupun sangat annoying. haihh~~

Thursday, July 15, 2010

merah itu menawan

streamyx ooo streamyx bilakah kau mahu elok? oleh kerana aku xsigned out dari belog ini bolehlah aku berblogging. dan hanya blogging la yg aku mampu buat. tsk2~ T__T no facebook. aiyoh. tapi nasib baek phone aku yg xberape nak canggih tuh ade wi-fi boleh lah jugak nak jengah facebook tuh untuk sekejap cume. wohoh.


inilah hp ku yang amat dikasihi. hadiah dari seseorang yang pernah bertakhta di hati . sangat bermakna. 

motif letak gambar phone? *saje nak menunjuk* hohoh~ chacha mak kate xbaek meunujuk. dose wohh. nanti masuk api merake nerake. okeh dah tak tahu nak cakap ehh..ehh.. tulis ape. nanti2 jumpe lagik yek. tata.

@^*&^$#

lalala~ serabut kepale otak. baru jadi pembantu exco mpp. belom jadi mpp. kalau aku jadi mpp tak tahu la aku jadi ape. hik2~~

Wednesday, July 14, 2010

hari ini mahu senyum.. =))

hari ini mahu senyum. sudah selesai hal2 berkaitan dengan subjek elektif. kesimpulannye aku amek 3 subjek elektif sem ni. mule2 tengok jadual macam lapang je. sekali bile da masuk elektif hambik kaw. semua straight sesaje. xde gap langsung. walaupun baru 22 jam kredit. banyak ke? xkan. hohoh. nanti aku tayang aku nye timetable. haha. *nak jugak tunjuk tuh.* 

internet kat rumah nih. cume ade certain2 website boleh bukak, facebook, blog same twitter xboleh bukak. email pun gitu jugak. tapi website ilmiah xde masalah la. hehe. memang xbagi aku nak berpoye2 kot sem nih. hehe. 

sudah tidak tahu mahu tulis ape lagi. cukup untuk setakat ini. see u when i see u. :)

Tuesday, July 13, 2010

tagged dari hananorisa :)

first time neh aku dapat tagged dari kawan1 blogger. tsk2~~ terharu sungguh ku rasekan. terima kasih ye cik hana. laen kali tagged la lagik. hik2~~

Ceritakan bagaimana usaha korang untuk mencomelkan blog korang.

comel ke blog nih? hehe. suke tengok2 blog org laen yang lagi cantik lepas tuh cari tutorial yang boleh digunepakai untuk mencantikkan blog.

Website yg korang slalu pegi utk membantu korang mengedit blog.

suke pegi blog sis intan neh sebab dye ade banyak2 tutorial.

Tuliskan lima perkataan yang menggambarkan diri korang

degil
penyabar *tapi kadang2 jek*
manje
coklat
teddy bear

Tag kawan2 korang yg korang rasa patut menerima award ini

sape ekh? sape2 yang rase blog die kawaii sile la buat tagged ini yek. aku agak kurang rajin nak men'tagged' kalian2.hik2~~ aku tahu ramai blogger di luar sane lagi kawaii blog nye dari aku nih. kan2~
 
 

ringkas dan padat

kat rumah ade STREAMYX ingat kan boleh la berblog hari2 tapi... harammmmmm.... facebook same blog same email same twitter xboleh bukak. connection error lah bagai. youtube, friendster boleh pulak.

rase2 korang apekah masalah yang melande aku ini?? any idea?? sangat stress ohh... facebook dan blog umpama nadiku... aitcehhh... haha.

ni pu naseb baek ade berokband broadband housemate yang baek ati. kalau tak. kempunan aku nak update blog yang da naek berkulat bagai ni haa.

mateku dah mengantuk, sok pagi nak g berperang. *mahu beratur nak daftar subjek elektif yg terhad 15org 1 kelas*

selamat malam semua. semoga masalah aku ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. kalau tak rugi wohhh. mahal tuh bayar tiap2 bulan.

hik2~~ selamat malam semua. assalamualaikum.