Monday, February 25, 2013

ini tidak boleh di biarkan!

hooo~~ tajuk kemaen lagi kan. haha. sebenarnya bukan ape. sekarang ni kan saya tengah menganggur jadi aktiviti memang tak ada. duduk rumah, buat kerja rumah, makan online. itulah dok ulang hari2. lepas dekat sebulan duduk dekat rumah, terasa badan makin berat. mane kan tidak dah makan cukup kan, (lebih dari cukup sebenarnya. keh3~~) lepas tu bila ada event cari baju yang lama2 pon macam, ehh... dulu rasa okay je, ni kenapa macam sempit pulak ni? -.-'' lagi nak tanya kan. *sigh

lepastu bila tengok cermin emm... okay... perasan lah yang badan makin melebar, kalau meninggi tak ape lah jugak, ni melebar. sobss~

bila terasa baju semua makin mengetat tetiba terasa, ni anak dara lagi nih. badan dah cenggini, ade ke yang berkenan nanti? kalau dah kahwin tu tak pelah jugak kan. jadi tetiba terasa azam membara... (aiceh, ayat kan) kena jugak usaha turunkan berat badan, kena, WAJIB! sebab nak elak penyakit pun ye jugak sebab sejarah family memang ada darah tinggi dan kencing manis. jadi nak usaha untuk tidak mewarisi penyakit itu. Insya Allah.

usha punya usha, gugel punya gugel jumpalah satu diet yang macam menarik, mudah dan tak berkos tinggi. hehe. Diet Atkins. sebab nak beli produk2 semua tu manelah nak mampu kan. maklumlah kita kan penanam anggur berjaya. hoho.

jadi berazam untuk mendapatkan berat ideal sebelum raya nanti! Bismillah, doakan semoga saya berjaya!


nak tau pasal diet atkins? tekan SINI. kalau gugel sendiri pun boleh, sebab banyak je website yang cerita pasal atkins diet nih. hihi.