Friday, December 23, 2011

semoga kau diberi hidayah wahai pencuri!

AMARAN, INI ENTRY EMOTIONAL!



okay, nak cerita sikit. cemane nak mule ehh....

Bismillah... pagi tadi, cam biasa online... then naek satu notification kat fesbuk, dari group untuk course. bagi tahu salah seorang coursemate jadi mangsa pecah rumah.  satu rumah kehilangan barang berharga. dan yang paling utama untuk student final year macam kitorg ini agak-agak apa?




LAPTOP! thats right, pandai kamu semua meneka. lagi-lagi bila kami kena hantar final draft thesis untuk di evaluate pada NEXT WEEK, betul NEXT WEEK iaitu pada 29 DIS 2011.




dan bila LAPTOP dan PENDRIVE hilang apa maksudnya?  semua writing dan data analisis projek sepanjang setahun lepas turut HILANG.  thats the worse part.




bila baca je berita tu mengucap panjang chacha, terbayang macam mana lah rasa kawan tu, kite ni yg setakat menulis lepas tu laptop hang pun dah berdebar lagi kan yang hilang terus.  nak membantu untuk menulis thesis memang tak boleh lah kan. tapi membantu dari sudut lain Insya'Allah.  jadi kami merancang ingin mengumpul sedikit sumbangan dari semua classmate, semoga dengan sumbangan yang tak seberapa itu dapat membantu mengurangkan beban yang di pikul.


untuk yana, ALLAH sangat sayangkan awak. sebab tu DIA uji awak. semoga awak tabah yeh. kami akan cuba membantu selagi kami mampu.  tabahlah menempuh segala ujian yang di beri oleh-NYA. Insya'ALLAH akan ada yang lebih baik untuk awak di masa akan datang.






dan untuk pencuri yang telah berjaya mencuri di rumah kawan chacha tu, tahniah chacha ucapkan.  semoga hidup anda dilimpahi keberkatan dan keredhaan ALLAH.  dan semoga hidayah tuhan akan sampai kepada anda.


betul kata kawan-kawan sebelum ni, dugaan final year lain rasanya. memang berat.  walau apa pun doakan kami semua dapat mengahadapi semuanya dengan baik. sikit je lagi.

Tuesday, December 20, 2011

busy,busy,busy

okay, sape kate lepas final presentation semua dah lapang? sape? meh sini nak tunjuk sikit… adalah sesungguhnya tidak benar yeh kawan-kawan. sebab kami pelajar food tech tahun 4 semester 7 di UMT ini adalah sangat sibuk, sehingga kadang-kala rasa macam tak cukop oksigen. okay tipu. tapi yang part busy tu tak tipu. 

sebab after presentation final haritu chacha dah naik pangkat jadi Marketing Manager pulak. sibuk dengan Product Launching untuk subjek Product Development. sekarang ni, ye literally sekarang ni, sepatutnya tengah buat video iklan produk untuk presentation esok. tapi sebab pagi lagi otak chacha yang bertanggungjawap bahagian kreativiti belum fully awake, jadi marilah kita berfoya-foya sebentar. ngeh3~~

 

and one more thing, sebenarnya this post is untuk try Windows Live Writer yang baru di install. ^^

 

sekian terima kasih. babaii~~

Thursday, December 15, 2011

what.heart.felt

penulisan yang dah lama ditinggalkan, 
bukan kerana tiada masa,
bukan kerana tiada cerita,
tak tahu mengapa, 
keinginan untuk berkongsi menjadi semakin berkurang,


sebelum ini cuma mendengar,
"tahun akhir lain dugaannya"
tapi setelah melalui baru mengerti,
sesungguhnya, tahun ini, semester ini, bulan Disember ini menjadi medan menguji kekuatan fizikal dan mental.
sesungguhnya terlalu banyak dugaan, terlalu banyak ujian,
tetapi Alhamdulillah. semua berakhir dengan baik.
sesungguhnya, saya terlalu berterima kasih.
sangat-sangat-sangat berterima kasih
untuk semua sahabat yang berada di sisi sepanjang masa sewaktu chacha amat memerlukan sokongan kalian semua.
jasa baik kalian hanya Allah yang mampu membalas.
semoga persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila. Insya`Allah. 

detik-detik akhir

dalam diam sudah berada di tahun akhir,
sudah melepasi pembentangan projek tahun akhir yang terakhir,
bakal menghantar tesis setelah hampir setahun bergelumang dengan projek tahun akhir,
semoga semua berjalan lancar,
doakan kami.
ameen.ya rabbal `alamin. 

Sunday, October 30, 2011

saya dah jatuh cinta lagi dan lagi dan lagi dan lagi. (berapa banyak lagi daa...)

okay, sekarang chacha nak tanya. sape yg pernah mendengar ke terdengar ke tak sengaje dengar lagu dari cik MINDY GLEDHILL? angkat tangan kalau pernah!

okay, sebenarnya chacha pun baru je jumpe dengan nama MINDY ni beberapa hari lepas, after tengok make-up tutorial dari si cantik Michelle Phan. (tengok je mampu, nak tiru belum lagi. XD)

ada one of her latest tutorial tu guna backgroud music yang bile dengar sekali terus macam ehh, sedapnya lagu ni. sweetnya lirik dia, and luckily si cantik itu ada letak song credit at the end of her video. ape lagi, misi mencari pun bermula. cari punya cari baru tau siapa sebenarnya si MINDY GLEDHILL sorang pemuzik indie yang bersuara lembut dan manis serta berbakat besar....

seriusly, memang terus jatuh hati dengan suara dan lagu-lagu dia. semua manis macam gula-gula. sesuai untuk mereka-mereka yang sedang berbunga-bunga hatinya. aitcehhh ayat kau, berirama gitu....

chacha memang wajibkan lah dengar lagu-lagu beliau ni. okay, chacha tau korang semua xdelah rajin sangat macam chacha nak mengugel ke hape kannn.... its okay... chacha bagi link siap-siap korang tinggal klik dan dengar je. okay. ^^

 ini tajuk dia 'crazy love'

ini pulak 'all about you heart' inilah lagu yang first sekali chacha dengar.

last but not least

this one of may fav jugakkkk tajuk dia 'i do adore' 

there are more actually, tapi malas nak letak sini. silelah cari sendiri yeh... hehehe~~
sekian nak cerita tu aje. ok. bai. ^^

Saturday, October 15, 2011

plain nothing...

please ohh please my dear heart, don't be like this. not at this time. why is that my feeling is sooooooo mixed up? i can't stand it. is it because of him? i just don't know, what am i to him? a strangers? a friend? or just plain nothing?

if only i knew what is in his heart. GOD i hate this feeling.

Wednesday, October 5, 2011

SUJUD SYUKUR: KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

SUJUD SYUKUR: KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN: Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan d...

Tuesday, October 4, 2011

aihet it here...

haihh~~ penyakit dah datang dah... penyakit HOMESICK time-time genting ni lah nak rasa macam-macam kan chacha kann... ataupun ini kesan sampingan PMS

nak balek rumah, nak jumpa mak, nak jumpa abah.

rasa macam tak nak dah duduk sini. tak nak. tak nak. tak nak. tak nak.

lebih2 lagi bile asyik tengok gambar orang2 bergraduat.

tak sabar nak habis belajar, kalau boleh tak jejak lagi kat sini, jumpa orang-orang kat sini.

nak cari duit cepat-cepat. bukak kedai sendiri. amin. insya'allah.

tapi weekend ni baru nak present progress FYP. =.=''

please, do pray for me people. i need help. and maybe i am to far away from HIM, that is why i'm feeling this why. Ya Allah, do forgive me. ='(

Sunday, August 14, 2011

chit-chat bersama chacha? ^__^

okay, lepas masak untuk berbuka ni tibe2 datang pulak rasa nak menulis. jadi duduklah chacha di depan laptop menghadap belog ini lalu jejari pon mula lah menari mengikut rentak yang dialun dalam minda. aitceh ayat bahasa melayu kau tiptop. ^3^

dalam diam-diam semester depan adalah semester 7 chacha, itu bermakna setahun lagi tinggal untuk chacha menikmati hidup sebagai seorang pelajar.

tapi untuk menghadap 1 sem ni terasa adalah sangat lame okay, walaupun semester 7 tak mula lagi tapi dah terasa akan beban yang bakal dipikul dan cabaran yang menanti. haihh~~ orang kata tak baik mengeluh tapi kalau awak,awak dan awak semua berada di tempat chacha dan kawan2 kat sini barulah korang tahu apa yang menyebabkan kami semua mengeluh.

serius cakap, lepas chacha habis belajar kat sini, satu-satu nya yang akan dirindu dan diingat adalah sahabat-sahabat yang sentiasa berada di waktu susah dan senang. yang lain tu kadang-kadang rasa macam its not worth it pon nak di ingat dan di rindu. kalau lupa lagi bagus kot.

tapi ape-ape pon pengalaman yang kami semua dapat sepanjang 3 tahun berada di sini banyak melatih kami semua khususnya chacha dan coursemate untuk menjadi manusia-manusia yang tahan tekanan.  serius, tak tipu kalau korang nak jadi manusia-manusia yang tahan tekanan tahap dewa punya mehla masuk food tech kat sini. mesti akan jadi manusia yang berhati waja, tak tipu punye. hehehe.

hmm, bakal-bakal junior chacha di harap kamu bersedia lah mental dan fizikal sebelum masuk ke sini nanti sebab kamu semua bukan saja akan berdepan dengan stress disebabkan akademik tapi juga melibatkan perangai-perangai manusia lain yang berada disekililing kamu. ^__^

okay nak tulis tu aje, klah bai.

Friday, August 12, 2011

update-update-update

dear belog, boleh tak awak tolong saya update thesis saya? *mata bintang-bintang* saya cari-cari jurnal asyik tak berkenaan saja yang ketemu... how come? apekah lagi keyword yang harus ku tulis? ce habaq mai ke cheq...  

ok lah sekian, terima kasih. 

Thursday, August 11, 2011

tahu-tak tahu-tak sepatutnya tahu

dear belog, maaf sebab terlalu lama membiarkan dirimu tanpa belaian kasih dan sayang dari chacha, bukan sebab tiada masa atau tiada cerita cuma keinginan untuk menulis tu yang tiada. =.=''

memang ada sangat bayank perkara yang berlaku, sangat banyak benda yang nak diceritakan pada blog ini tapi agak mustahil. yelah bukan semua benda kita boleh luah secara terbuka macam ni kan. takut nanti membawa mudarat pada diri sendiri dan jugak orang lain, jadi sebaiknya simpan saja lah dalam hati.



chacha nak tanya sikit korang-korang semua, pernah tak korang semua terdengar or sengaja dengar perkara yang tak sepatutnya korang dengar? kire macam rahsia kerajaan ke FBI ke CIA ke? hoho~~ hiperbola sikit... =p



contoh macam chacha dan kawan-kawan kat sini lah kan, kami bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat dari golongan pelajar sampailah pekerja. jadi kadang-kadang tu terdengar la jugak cerita-cerita disebalik tabir, pasal orang tu lah, orang ini lah, dan bila dalam keadaan macam ni bahawasanya kata-kata orang lama yang berbunyi "JANGAN NILAI SESEORANG BERDASARKAN LUARAN" atau lebih biase dengar "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER" adalah sesungguhnya sangat-sangat-sangat-sangatlah betol.

biasalah kita manusia ni sangat mudah nak judge orang walaupun kita tak kenal orang tu sape. betol kan? sama jugak macam chacha, itu adalah kelemahan diri chacha sendiri.



okay back pada cerita di atas, sekarang ni bila dah tahu yang orang ni sebenarnya begini, orang tu sebenarnya begitu. jadi rasa hormat yang chacha ada pada mereka sedikit sebanyak terguris jugak. jadi macam tak best pulak bila jumpa mereka-mereka ini. kadang-kadang rasa menyesal bila dapat tahu benda-benda yang tak sepatutnya kita tahu. haihh.



cukupla cerita pasal tahu, tak tahu, tak sepatutnya tahu ni. sekarang nak cerita pasal fyp pulak. akhirnya setelah lebih kurang 3bulan berusaha akhirnya dapat jugak chacha cari formulasi paling elok untuk produk chacha. alhamdulillah, jadi lepas ni boleh la proceed untuk stage yang seterusnya. doakan perjalanan chacha dimudahkan ye.



cukuplah kot untuk hari ini. selamat berpuasa untuk semua muslim chacha ucapkan dan kalau ada salah silap chacha tolonglah maafkan yeh. sekian. wassalam.

Saturday, June 18, 2011

bila hati sudah tertutup

Ibrahim Adham berkata, ada 10 tanda hati yang mati:

1. mengaku kenal ALLAH S.W.T, tetapi tidak menunaikan hak-NYA.
2. mengaku cinta kepada RASULULLAH S.A.W, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya.
4. memakan nikmat ALLAH, tetapi tidak mensyukuri pemberian-NYA.
5. mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. mengaku adanya nikmat Syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. mengaku adanya Seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. menghantar dan menguburkan jenazah saudara, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

ciri manusia yang hatinya sudah mati antaranya adalah:
~ kurang berinteraksi dengan kebaikan.
~ kurang kasih sayang kepada orang lain.
~ tidak menolong orang.
~suka kemungkaran.
~menurut hawa nafsu.
~lalai dengan kebajikan
~suka berbuat maksiat.

ada 3 perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati:

a) SOLAT
- meninggalkan solat membuatkan jiwa kalut dan gelisah. terjerumus dalam perbuatan keji dan hina, terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan.

b) SEDEKAH
- meninggalkan sedekah beerti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan. mengambil berat mengenai perhubungan sosial tanda bukti keimanan kita.

c)  ZIKIR
- tidak mengingati ALLAH dengan memperbanyakkan zikir boleh menyebabkan hati keras membatu sehingga tidak bileh menerima nasihat dan ajaran agama. zikir akan memberi ketenangan hati. orang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan tidak mahu berbuat mungkar.


petikan rencana oleh:
Ibrahim Abdullah
Berita Harian,
Sabtu 8 Januari 2011


notakakiku:
ini adalah petikan  dari Segmen Ilmu,
novel Sutera Bidadari,
karya Ramlee Awang Murshid.

Thursday, June 16, 2011

ouh MR.heart... are you home?

ever felt lonely? empty? if yes sent 'ON KAWAN' to 39999.

hoho~~ just joking. but i don't really know if it is funny -.-''

but seriously, there is some point in your life you will feel damn empty. for me, like right now. its not like my friend abandoned me or so, it is just null, zero. i wonder if i still have my heart in there. "hello, mr.heart? are you in there?" if yes, then why do i felt lonely? or maybe i don't get close enough to HIM. ='(

as we all know to HIM is the best place we seek help and the best ever place to talk to, you can talk about anything and HE will listen, HE will never ever left his SERVANT, it is us who always forget about HIM, always left HIM behind and only seek help when we are in trouble right?

now, at this moment sometimes i feel that it is okay if i don't have the love from any human, it is more than enough to have HIS love as HIS love is the eternal love.

ohh, okay... i am lost now. don't really know what to write, just it is the feel to let go. i want all the loneliness to go away. my heart is disorganized right now. maybe need some major cleanup. =.=''

happy birthday my dear blog.



tengok2 dah 2 tahun rupanya belog chacha ni, macam baru je haritu kenal ape itu belog, macam mana nak guna nak letak widget sume, tup2 dah dua tahun dah, kalau orang da bole da nak dapat adek baru. ngeh3~~ 

terima kasih diucapkan pada my dear blog sebab sudi menjadi tempat chacha meluahkan rasa selama 2 tahun ni. (kalau tak sudi pun chacha tak dulik, nak jugak luahkan kat sini. =p)

pendengar paling setia untuk semua masalah chacha. (sebab blog tak bole cakap, hahaha)

tak pernah kecik ati dengan chacha walaupun kadang-kadang berminggu-minggu tak datang jenguk, kemas-kemas ssemua. 

terima kasih la ye. =)

oh ya, terima kasih jugak kepada pelawat-pelawat yang sudi singgah belog chacha ni sama ada sengaja atau tidak sengaja sampai ke belog ini. ^__^

jujurnya, belog ini sekadar menjadi tempat meluahkan rasa, kalau ada yg singgah selalu lagi chacha suka, boleh berkenalan, tambah kenalan baru. jadi, jangan malu-malu, tegur-tegurla chacha yeh. ^__^

Wednesday, June 15, 2011

kau ingat kau sorang stress?

ohh2~~ die mai dah, die mai dah . . . dah beberapa hari tak de idea ni baru datang. sambil menaip sambil mendengar housemate meluahkan hati dan perasaan masing-masing pasal masalah dalam nak menyelesaikan FYP masing-masing.

betullah kate orang kite hanya merancang tapi tuhan yang menentukan, macam harini lah, ramai yang mengeluh sebab salah satu alat yang PENTING dan majoriti pelajar yang buat product development memang akan guna, WAJIB guna iaitu TEXTURE ANALYZER rosak. memang ramailah yang mengeluh, sebab plan lari.

itulah dugaan kami-kami yang menyelesaikan FYP ni, tapi bagi aku benda macam tu memang tak boleh nak dielakkan. lepastu kalau kita merungut pun bukan boleh selesaikan masalah kan?

haihh. penat telinga ni rasa dengar rungutan-rungutan mereka-mereka itu. dok membebel pepanjang pon bukan boleh elok mesin tuh. sudah-sudahla tu. dok stress-stress sangat pun tak guna.  baeklah kite same-same doa yang masalah tu semua dapat diselesaikan dengan mudah. dan dalam pada masa menunggu tu kalau agak-agak stress sangat pegilah balek kampung tu, boleh jugak tenangkan hati dan perasaan. kurang sikit dosa mengumpat dan mengata, kurang jugak dosa chacha sebab secara tak sengaja dengar. -.-''

Saturday, June 11, 2011

wonderful life



sekarang in the mood menonton cerita Wonderful Life kat Maaduu.com. okay fine cerita tu cerita lama, chacha tau tapi chacha suke. ^__^ sebab ShinBi itu sangatlah comelnye.



time tengah tengok cerita tu terfikir, manusia ni tak pernah lari dari buat salah, buat silap. yelah, kita kan manusia we are not perfect. tapi lepas kita buat silap tu apa yang kita buat tu lebih penting, sama ada kita hadap silap kita tu dan cuba untuk teruskan hidup dengan belajar dari kesilapan dan berusaha supaya kita tak ulang semua silap kita tu atau kita boleh buat-buat tak nampak dengan silap kita dan teruskan hidup macam dulu tanpa ada usaha nak baiki atau dengan 1 kesilapan yang kita dah buat kita terus rasa kita ni tak guna, terus rasa macam tak nak hidup lagi.



terpulanglah pada diri masing-masing macam mana nak handle benda-benda macam ni semua kan, bila kita buat satu kesalahan janganlah rasa macam dunia dah berakhir, jangan pulak kata "takpelah, aku memang dah pernah buat salah dulu, apa salahnya aku buat salah lain pulak" atau fikir dah sekali buat salah memang dah tak de maaf bagimu senang kate.

macam contoh dalam cerita Wonderful Life tu lah, both of the main character have done wrong once in the early part of the drama yang menyebabkan mereka ada anak dan terpaksa berkahwin dalam usia yang muda. walaupun mereka kahwin dalam keadaan terpaksa, tambah lagi dengan kehadiran anak tapi mereka tak lari dari masalah yang terjadi dari kesilapan mereka, mereka teruskan hidup, berusaha untuk saling menyayangi dan berusaha untuk mencapai cita-cita masing-masing.

 jadi kepada mereka diluar sana tu yang pernah tersalah langkah atau tersilap pilihan, janganlah putus harapan, sebab dengan berharaplah kita akan dapat menepuh hari-hari yang akan datang dengan tabah. jangan lari dari Tuhan, sebab Dia sentiasa ada dengan kita. ^__^



notakakiku: idea yang datang semasa menonton, harap-harap korang fahamlah maksud yang chacha cuba sampaikan dalam entry ni. ^__^


p/s: kredit gambar google image.

Thursday, June 9, 2011

nak letak tajuk ape eh?




hujung minggu dah menjelma, bagi kami2 yang terpaksa merantau walaupun hakikatnya cuti semester adalah hari yang agak bosan yeh semua. sudahlah ketiadaan sumber kewangan untuk membolehkan kami bersuka ria dan berjimba jadi terpaksalah menghabiskan masa depan laptop menonton stok2 drama korea yang ada. *sigh*

walaupun SV dah pesan jangan nak foye2 saje. baca jurnal tu... buat research tu... tapi.... (faham2 lah) =p

hmm... hati rasa nak menulis, tapi akal tak membenarkan. jadi chacha stop dulu la yeh. 
okay semua, happy weekend. (for those yang stay pantai timurlah). tata. =)

Wednesday, June 8, 2011

saye suke awaklah, awak suke saye tak?

meminati dan diminati, chacha rasa semua pun pernah meminati seseorang dan diminati seseorang kan... tak baik tipu wohh kate tak pernah... ^__^


cinta adalah anugerah, kadang kala ujian. =)

macam chacha kadang-kadang jeles tengok kawan tuh ramai peminat, dalam satu masa ada lebih kurang 7 orang lelaki yang menagih perhatian dari dia, haaa... amek kau. glemer tak glemer kawan chacha ni. tapi bila chacha tanya dia, dia mesti akan jawap:

1. penat nak layan.
2. penat nak tolak.
3. lagi susah nak handle orang yang suka kat kita tapi kita tak suka kat dia.

agak-agak chacha ada stalker tak ehh? hihik. =p


first of all, yang buat dia menolak tu sebab dia dah ada boyfriend and dia setia. so thats why lah dia tak layan. but, there some people who are just not understand or unwilling to understand bahawa cik mek molek itu dah ada boyfriend. masih jugak nak masuk line. *sigh* susah kan nak handle kalau jumpa orang yang TAK FAHAM BAHASA macam tu. =.=''

then. ada jugak sorang sahabat ini yang turut diminati oleh seseorang yang jugak buat dia pening kepala dengan karenah peminatnya itu. kadang-kadang kesian tengok, bila si peminat menganggap cik adik ni ada perasaan yg sama macam dia dan tak segan silu mengekspresikan perasaan tu pada khalayak. walhal nan ado lah cik adik tu nak berperasaan begitu, sebagai sahabat mungkin tapi lebih dari itu, tidak barangkali. (ayat buku dah keluar. =p)

memanglah orang selalu kata, "PILIH ORANG YANG MENYAYANGI KITA DAN BUKAN ORANG YANG KITA SAYANG, KERANA ORANG YANG KITA SAYANG AKAN MENINGGALKAN KITA UNTUK BERSAMA DENGAN ORANG YANG DIA SAYANG" 

cinta sebelah pihak adalah menyakitkan bukan?



tapi soal hati ni susah sikit kan, kadang-kadang bukan tak cuba untuk terima tapi tak boleh nak terima. kalau kita 'buat-buat' yang kita boleh terima kan jadi tak adil tu pada pihak yang satu lagi. nanti bila kita jumpa seseorang yang betul-betul kita sayang dan yang terbaik untuk kita lagi kesian kan kat sipeminat tu. (hohoii... korang faham ke tak ehh ape yang chacha nak sampaikan ni? ke ayat chacha berbelit? =p)

kesimpulannya adalah... korang simpulkanlah sendiri yek. hihik.

sekian. tu saje. bai.



p/s: dapat idea nak tulis ni lepas ade 'seseorang' tu meluahkan ketidakpuasan hatinya di belog beliau. XD

writing an english essay about 'MY LIFE'

okay... senyap lagi... bisu lagi...  dont know what to say. seriously, there is like a lot of things happen around me but i just dont know how to write in here. (dont tell me just click on ur keyboard and the word will come out magically okay).

honestly, this week is not really a busy week its just an ordinary week, sometimes i will be at lab, working on my project then other time just being at home, lazily not doing anything. sometimes feel like there are hell lot things to think but i just ignored it. dont really like to full the head with all sorts of things at one time (but sometimes it will full with the craps. -.-'')


when i feel down, there will always be someone who will make my day. ^_^ thank you FRIENDS.

sometimes i just feel like, "okay, i am dome here. no more study no more book just i wanna go back home" but then i think again, i have gone through almost 3 years of my studies, i want to have a bright future as in big house, big car, BIG BUSINESS (insya'Allah) then how long can it be waiting for another 1 year to graduate (Insya'Allah) right?

can I catch the LIGHT?


seriously, feel just like yesterday when i first came to this Terengganu and bang! another 1 year then I'm done. seriously done... can't wait for that moment. ^__^ to be honest, i think i will not be missing this place but THE PEOPLE that the one that i seriously gonna miss. my friends is my family here, they are my everything. don't really know how to live when they are not here. *sigh* thinking the moment that we will be separated make my heart ache. =(

TIME sure fly FAST!


now... now... chacha, relax. at least you still have another 1 semester to be with your friends right? just enjoy your time as a student and appreciate what you have around you. ^__^



p/s: i know that my friends will always be by my side whenever i needed then but sometime i feel that, now is the moment to have someone, that special someone who will really understand and support me when i'm feeling down. and maybe that special someone is YOU. ^__^

Saturday, June 4, 2011

kompang dipalu, pengantin malu ^__^



semalam, selepas satu lafaz sah lah seorang sahabat merangkap kakak bergelar isteri kepada pilihan hati. 
TAHNIAH diucap kepada:
PUAN ADAWIYAH AKBAR
&
EN. MOHD.NAZIR MD. ALI

semoga perkahwinan kalian akan diberkati oleh ALLAH dan berkekalan sampai ke syurga. insya'allah.
doa kami semua untuk kamu berdua. ^__^





p/s: kami semua nak sangat pergi wedding kak adah, tapi sori ye, kekangan masa dan kewangan la pulak. hehe. nak buat cemane kan, budak sekolah. XD

Wednesday, June 1, 2011




seriously i feel like i am crying.

Oo God, do give me strength. I really need it now.

Tuesday, May 31, 2011

loss



pernah tak sampai satu tahap tu tiba-tiba korang rasa loss. macam hilang semangat, down, habis semua tenaga. rasa macam nak stop dari buat apa yang korang buat dan lari jauh-jauh. jauh dari semua orang, dari semua masalah. pernah tak?

problem=life



betol ke tak ape yang chacha tulis kat atas tu? masalah=hidup. hidup kalau tak de masalah bukan hiduplah namanye kan. ade ke orang yang tak pernah bermasalah dengan hidupnya? rasa-rasanya mesti dia tipu kalau dia kata dia tak pernah bermasalah. (haihhh... banyaknya perkataan masalah)



macam chacha lah, sekarang ni ada masalah, masalah nak selesaikan projek tahun akhir (tu kire masalah ke?) haihh, bajet tiba-tiba je lari... harga ikan naik la pulak. dari rm6 jadi rm8 sekilogram. tsk2~~ T___T
duit pon ala2 nyawa2 ikan je nih... wuuu~~ sabar jelah kan, nak buat cemane. itulah dugaan kami-kami yang tengah berusaha nak selesaikan projek tahun akhir ni.



bila ditimpa masalah, ape yang kamu semua buat? duduk diam-diam fikir cemane nak selesaikan ke? pegi tepi pantai jerit-jerit ke? ke cemane? meh la cite sikit kat chacha.

pada pendapat chacha la kan, besar atau kecil masalah itu semua bergantung pada macam mana kita tengok dia. sebab kadang-kadang kita rasa masalah kita tu besar, tapi bila kita cerita dengan orang diorang cakap, "laaa, itu je masalah kau? aku ingat ape la tadi." kan?



macam kitorang budak final year kat sini, kawan-kawan sangat penting. seriously, SUPER DUPER PENTING. sebab, kami cuma ada antara kami je kat sini, maklumla semua pun merantau. jadi kalau ada kawan-kawan yang bermasalah kami akan cuba tolong. jangan pulak dah tahu dia ada masalah buat tak tau je. takot-takot nanti overstressed lepastu tambah pulak setan dok bisik-bisik benda yang bukan-bukan haaa... dah jadi benda lain.



tapi kan ade satu lagi masalah kami kat sini selain dari nak selesaikan FYP, nak cari tempat untuk praktikal/intership/latihan industri. kamu semua ada tak info kat mana student food technology macam kami ni boleh pergi? marilah share, janganlah malu-malu. ^__^



last sekali nak mintak maaf dekat semua sebab dah lama sangat mengabaikan blog ni. -.-''
mianhe~~ time-time bermasalah macam ni baru nak cari mr.blog. mintak maaf ye mr.blog yeh, lepas ni insya'allah akan cuba untuk selalu update. sekian saja. tata.



notakakiku: entry banyak gambar sebab nak bagi panjang. ngeh3~~
notakakiku2: kredit gambar semua pada GOOGLE

Friday, April 15, 2011

good luck untuk semua pelajar-pelajar universiti malaysia terengganu.


dengan ini saya, safina, ingin meminta maaf kepada semua sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur kata, termengumpat, termengata, dan segala macam ter lagi lah. kalau ada sesiapa yang kecik hati dengan chacha maafkan chacha yeh. 

selamat berjaya diucapkan kepada semua sahabat-sahabat di UMT especially FOOD TECH 08/09. buat sehabis baik untuk final kali ni yeh. =)

sekian. babai.

setelah sekian lama tak jejakkan jari ke belog baru hari ni datang nak kemas.

hah~~ amek kau tajuk entry. panjang berjela. tapi ada aku kesah... hehehe... after 2 hectic weeks... lebih kurang laa kan. akhirnya berjaya jugak jari jemari aku menjejakkan kesan di belog ini.

lepas macam2 benda terjadi...

1) modem wifi meletop.
2) karenah pekerja TM point.
3) masalah peribadi ---> housemate yeh, chacha ok saje.
4) lab dan lab dan lab report...
5) proposal FYP presentation
6) proposal submission ---> semalam


akhirnya... lega sikettt hidop neh... tapi xlega jugakk... next week dah start final!! aiyarkk!!! wish me luck yeh... aekian itu saje untuk hari ini. bai. =)

Wednesday, March 30, 2011

entry pendek yang menyatakan sebab kenapa chacha tak update belog.

okay, berhabuk sudah ini laman belog. seminggu berpuasa dari internet baru hari ni dapat update itu pun sebab chacha berada di library untuk cari bahan buat lab report.

punca keputusan bekalan internet di rumah adalah disebabkan modem wifi dirumah meletop pomm!!! disambar petir last week. kalau ada yang perasan Gong Badak ada masuk berita sebab banjir dan pada masa yang sama lah modem rumah chacha meletop nasib baek saje rumah tak banjir.

ini adalah short update supaya kamu-kamu-kamu di luar sana tidak rindu pada chacha. muehehehe.

minggu ini adalah sangat hectic gila. tak sabar nak cuti.

jumaat ini chacha present proposal fyp, harap semua berjalan lancar. doakan kami semua yeh.

sangattttttttttt baaaaaanyakkkkkkkkk (okay hiperbola sikit mintak maaf) tapi serius banyak cerita nak chacha kongsi dengan kamu semua tapi kena tunggu pakcik kontraktor TM dtg bagi modem baru, yang katanya akan dipasang dalam masa 3 hari, bermakna esok, kalau esok mereka tak datang maknanya merekaTIPU chacha.

sekian untuk hari ini. bai.


notakiku: dah gian nak main cityville, dekat library cityville kene blok... wuwuwu~~ =(

Tuesday, March 22, 2011

tolong doakan kami semua, semoga dipermudahkan segala urusan. =)

diri ini perlukan kekuatan,
perlukan kecekalan,
perlukan ketabahan,
perlukan semua sokongan yang dapat diperoleh dari semua kawan-kawan.

doakan kejayaan kami semua, Pelajar Food Technology tahun 3 untuk menghadapi pembentangan proposal Projek Ilmiah Tahun Akhir kami pada 1 April 2011 nanti.

Sunday, March 20, 2011

pilih kasih. (bukan rancangan encik rosyam nor tu tau)

bukan pilih kasih yang ini tahu. =)


okay, pernah tak jumpa orang yang pilih kasih, berat sebelah, bias atau apa-apa lah perkataan yang sewaktu dengannya? sangat gembira kan (mata pandang ke atas, tangan di bahu) kalau jumpa orang yang macam tu. kita aje lah yang salah dan kesayangan dia sajelah yang betul. haihh. tak baik tau buat perangai macam tu.

hidup kanak-kanak yang suci.rindu.


masa kecik-kecik dulu, waktu masih berhingus belum faham apa-apa rasa macam ringan je kepala, nak besar cepat-cepat seronok tengok orang dewasa. nah, sekarang dah dewasa rasa macam nak balik ke zaman kanak-kanak. *dasar manusia tak pernah bersyukur* bukan lah aku tak bersyukur yang usia aku ni dipanjangkan Tuhan sampai ke sekarang, cuma bila dah semakin bertambah usia ni semakin bertambah perkara yang perlu dihadap setiap hari, macam-macam keputusan yang nak diambil, lagi-lagi bila bercampur dengan orang-orang ramai begini. macam-macam perangai.

bila cari gambar taip 'bias' ini yang keluar.


kadang-kadang tu, terasa macam dianak tirikan ada jugak, yelah kita ni buat apa semua salah. ehh, yang itu tak boleh. ehh, yang tu bukan awak punya. ehhh, awak kemas tak bersih. *sigh* tapi bila yang lain tu, elok saja, cantik saja dimata dia. tak pelah, kami ni semua penyabar, jadi kami sabar, mungkin dulu kami ada buat silap tapi sekarang kami dah berubah. tak mengapa kalau masih lagi nak memandang masa lalu. kami tetap akan terus ke depan.

walaupun kadang-kadang sedih bila dilayan begitu tapi kami kuat, kami ada masing-masing. awak ada kawan-kawan macam kami? mesti tak ada kan, seronok ke pilih kasih ni? tak takut ke nanti orang-orang keliling doakan yang kurang baik? kalau seorang mungkin tak apa, tapi kalau ramai? lepas tu hari-hari doa perkara yang sama. tak takut ke? orang kata doa orang yang teraniaya ni makbul tahu. tak takut?

eh, sedahlah. bercakap pasal perkara ni memang menyakitkan hati. jadi sedaya-upaya bertahan. lagi pun tak lame dah. =) walau apa pun harap-harap kamu dan kamu dan kamu akan berubah suatu hari nanti. insya'allah.


senyum itu sedekah. =)


notakakiku: nak tanya sikitlah kat awak2 ni semua. susah ke nak senyum eh? chacha rasa tak, senyum itu guna lebih sedikit otot dari masam muka kan. tapi kenapa still ada orang yang susah sangat nak senyum? mahal sangat senyuman dia. masam saja selalu. tak elok tau suka kerut-kerut muka. nanti cepat kedut. =p

this is our life.

ini sahabat2 saya: pelajar food tech tahun 3 semasa berada didalam makmal confectionery. sementara menunggu kentang beku. kita pose sikittt... saya sayang mereka walaupun kadang-kadang ada tercuit, tersentap, terasa dan bermacam-macam ter lagi but still i love them. oh ya, the future of food is depending on them, (including me) you know. so, pray for our success in our study and future. semoga semua akan jadi food technologist yang berpegang pada etika yang betul. =)


ini adalah hasil lab kami, ikan salai walaupun tak berapa jadi sebab silap tempat ikat so in the end semua ikan jatuh bertaburan dalam smoke house. ada beberapa ekor je yang selamat tergantung, yang laen as you can see, tinggal kepala. macam hidup ni jugak. masa muda, masa sihat semua pun ok, kawan-kawan pun ramai, nanti bila dah tua satu-satu hilang. (macam tak de kena mengena. heheh)

itu saja untuk kali ni. bai.

notakakiku: ini adalah short update selepas sekian lama senyap.
notakakiku2: serabut buat proposal fyp. =.='' ini lah hasilnya. =p
notakakiku3: doakan semoga perjalanan chacha dalam membuat FYP semuanya lancar yeh. =)

Tuesday, March 15, 2011

kami jumpa HERO, kau ada?

okay, bila baca tajuk kat atas apa yang kamu dan kamu dan kamu semua fikir? baeklah, xpayah fikir, biar chacha cerita. chacha tahu kamu semua mesti malas nak fikir kan, mesti cakap "kalau nak cerita, cerita ajelah, tak payah nak pusing2." ye2, nak cerita lah nih, haihh... nak bergurau pun tak boleh. =p

cerita bermula begini, disuatu petang yang damai... waktu tu hujan renyai2. chacha dan beberapa kawan nak balik rumah sebab dah habis kelas, oleh kerana harini kami ke kampus dengan menumpang kereta seorang awek ni sebab pagi tadi hujan lebatgilanakmatisampaitaknampakjalan. si awek ni pun kate nak pegi amek kereta dan mintak kami menunggu dekat depan bangunan bawah bumbung sebab nak elak dari terkena hujan. (hujan asid wohh, bahaya untuk kesihatan!)

tunggu punya tunggu punya tunggu tak jugak sampai, walhal parking keta depan tu jaa, tak sampai pun 50m. so, kami pun menuju lah ke kereta, RUPA-RUPANYA kereta tak mau hidup. sudahh... cemane pulak nih, si awek tu dah call ayah dia, tengok-tengok bateri memang mati sudah, nak cas 'jumper' pulak tak de, lepas tu ayah dia suruh tolak kereta tuh, jadi kami apa lagi ramai-ramai lah pakat tolak lah kerta si awek ni. dengan berbaju kurung dan ayu-ayu gitu. tak mau hidup jugak, cemane nih?

ayah si awek ni kate nak datang, dalam masa kami nak menunggu si ayah ni datang tibe-tibe ada seorang mamat ni dok pandang dari jauh, jadi kami pun panggil lah abang tuh. dia pun datang dan tanye kenapa, cakaplah kereta tak hidup sume2, lalu abang tu pun bawak lah kereta dia datang dan teruslah mengeluarkan mulut buaya a.k.a jumper dan mulakanlah proses mengecas bateri kereta si awek nih.  berikut adalah kroologi peristiwa petang tadi.

aktiviti tolak menolak sedang berlaku disini. =p






kereta si awek vs kereta abang penyelamat






proses mengepit jumper ke bateri kereta




abang botak hero kami. hoho. =)

setelah beberapa lama kereta si awek ni pun berjaya lah hidup dan kami boleh pulang kerumah dengan selamat.  THE END.


notakakiku: selepas ini sila pastikan semua suis lampu kereta mati sebelum keluar dari kereta jika tak mahu kejadian sama berlaku pada  kamu kamu semua. =p

Sunday, March 13, 2011

hachomm!!!

tudia!! bersawang dah ini belog. memang terbaik lah chacha. nak kata busy, memang busy pon. *sigh* nak buat cemane kate budak sekolah haruslah kau banyak kerja kan. dan sekarang sudah mula bersin-bersin. yeay!! orang lain dah nak baik selsema kau baru nak dapat kan. (T___T)
don't really like this feel. kerja banyak wehh. janganlah sakit sekarang. pleaseee....


dah tu aje nak cakap. bai


p/s: sori update tah pape tah. =((

Sunday, March 6, 2011

testing 1, 2, 3...






sila tengok atas. header baru yeayy!!! selalu jealous bila tengok header blogger2 laen yang comel dan cantik menarik lagi da bomb. so, malam ini chacha membuat percubaan pertama menggunakan 'paint' saje sebab terlalu 'hebat' nak guna photoshop atau ape2 yang sewaktu dengan nya. dan simple saje sebab tak tau nak buat design macam mane. hoho. lepas tu dah buang jugak layout back to basic all white terase putih suci gitu... awww... sila jangan menyampah dengan chacha peliss... =p

okai dah tu je nak cakap, babai. =)



notakakiku: sila cakap header saye comel kalau tak nanti tumbuh jerawat dekat hidung *sakit wohh!*

Saturday, March 5, 2011

factory visit part 1. =)

okay setelah 2 hari melarikan diri dari kuala terengganu dan berlari-lari anak (naik bas ekceli. hehe) di sekitar negeri selangor, apgi tadi jam 2 pagi telah selamat sampai ke kuala terengganu semula. 2 hari yang di penuhi dengan aktiviti melawat MARDI, Serdang, kemudian Deligateux Sdn.Bhd. dan semalam menuju pula ke kilang HI5 dan jugak MM VITAOIL semuanya terletak di sekitar Shah Alam.

oleh kerana kami ini pelajar food technology dan melawat pula ke perusahaan makanan maka aktiviti utama juga seharusnya makan lah kan. semua tempat yang dilawati memang tak lokek untuk menyediakan kudap-kudapan untuk kami semua dan sempat juga kami-kami ni membeli stok-stok makanan yang sedap-sedap semua wohh...

DELIGATEAUX sebuah syarikat bumiputra yang mengeluarkan produk pastri mostly cake yang best2. more than 50 recipes kau. silalah cari dekat kedai runcit cik limah sebelah rumah uolls tuh. haha. kalau cik limah tak de jual boleh lah cari dekat mane cawangan TESCO, GIANT, dan yang sewaktu dengan nya yeh. masa kami ke sana sempat lah merasa masuk dalam blast chiller diorang yang besarrrr dengan suhu -20 darjah celsius. fufu~~ beku kejap...  chacha ada beli brownies keluaran diorang Mississipi Brownies dengan jenama D'GATEAUX. memang sedapppp sangat... promo sikit. mane tau nanti boleh intern sana. =p walaupun factory diorang ni tak lah besar sangat tapi memang boleh dipercayai lah segala macam produk mereka sebab ada sijil HALAL, HACCP dan jugak GMP so in terms of quality and cleanliness no need to worry lah yeh. =)

penulis di depan kilang hi5. =p




bread town.=)



lepas tu kilang HI5 pulak. sape lah yang tak pernah makan kan roti HI5 ni kilang mereka super besar lepas tu jugak pelawat memang boleh masuk tapi bukan dalam production area lah cuma disediakan satu laluan khas kat bahagian atas macam jejantas untuk pelawat masuk dan tengok dan jugak diorang ada sediakan macam mini muzium untuk roti lah atau nama glemernya BREAD TOWN. memang sangat interactive dan seronok untuk dilawati. back to the production thingy, area production adalah very the hott kau sape rase nak kurus dan selim boleh lah kerja dekat kilang roti sebab dalam tu suhu adalah antara 38-40 darjah celcius tu dia aihh... sebab suhu tu jadi panas adalah oven yang digunakan untuk membakar roti tu adalah bersuhu 180-200 darjah celsius dan oven tu haruslah panjang kan boleh muat plus minus dalam 2000 bread in one batch. haa... besar tak besar fikir sendiri nak tunjuk gambar tak ade sebab xboleh ambil gambar kat dalam tu. hehe. 

waahhh~~ panjang nye cerita... emmm... lagi ape yehh... hehehe... itu je kot yang menarik... nanti2 akan ditambah lagi. =p dah penattt menuliss... hehehe...

Wednesday, March 2, 2011

doakan saya.

malam ni chacha dan 67 lagi classmate chacha akan bertolak ke Kuala Lumpur. bukan untuk berfoya-foya yeh kawan-kawan semua, tetapi untuk lawatan subjek Prinsip Pembungkusan Makanan dan jugak Jaminan Kualiti Makanan. kami semua akan bertolak jam 9 malam ni.

tempat-tempat yang akan dilawati adalah:
1. kilang roti hi5
2. kilang yakult
3. kilang vita oil
4. MARDI 


lepas balik dari lawatan, report pulak menanti. aigoo2~~

notakakiku: doakan keselamatan saya dan kawan-kawan yeh. semoga kami selamat pergi dan selamat kembali. aminn. =)

Tuesday, March 1, 2011

masa itu emas

or masa itu lab report. sebab masa chacha asek dihabiskan dengan buat lab report saje semenjak dua menjak ni. hehehe. lepastu esok chacha nak pergi KL lagi. ade lawatan ke kilang-kilang pulak. lepastu kene buat report pulak. yess. memang terbaik lah food tech... sibukkkkkkk sangat rasa sem nih. fufu~~ =.=''

kesian dengan blog nih, naek berhabuk haa... so, ini adalah short update dari chacha. hehehe.

sekarang nak tido petang pukul 3 ada kelas pulak. ok. bai. =))



notakakiku: tajuk tak ade kene mengena dengan cerita. heheh.

Friday, February 25, 2011

penyelamat nyawa dan bumi kita. CLOTH PAD. ehehehe.

okay, sekarang ni kan banyak dengar cakap-cakap orang pasal isu penggunaan tuala wanita atau lebih dikenali sebagai pad kan bahasa ringkasnya. ada yang kata boleh sebabkan pelbagai barah. hurmm~~ meh sini chacha nak cite sikett sejarah sanitary napkin or pad ni.

pad ni dah mula digunakan sejak abad 4AD lagi oleh orang-orang dari Suda dan Hypatia. saniatry pad ni dikatakan berkembang daripada ciptaan Benjamin Franklin yang digunakan untuk menyelamatkan askar yang luka akibat tembakan dan pertama kali diiklankan secara komersial adalah pada tahun 1888 oleh Southall's Pad. sejak dari itu pad ni pun terus berkembang. pad zaman moden ni diperbuat dari pulpa kayu yang dilunturkan dengan menggunakan klorin dan ditambah juga dengan gel polyacrylate superabsorbent yang terhasil dari  petroleum. plastic yang digunakan untuk mengelakkan leakage tu pulak adalah polyethylene. one from many bad side of this pakai buang punye pad ni adalah selain dari makan masa yang lama untuk dispose proses pembuatan nya jugak menghasilkan gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida dan juga karbon dioksida yang menyebabkan penipisan lapisan ozon selain dari menjadi punca kanser dan menyebabkan 'birth defect' selain dari menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan acidification pada pokok.
(sumber: wikipedia)

see, banyak jugak lah keburukan yang disebabkan oleh pad pakai buang ni. sekarang ni washable pad atau cloth menstrual pad dah mula dapat sambutan balik sejak tahun 1970-an lagi sebab biasanya diperbuat dari kain jenis cotton or flannel dan disebabkan oleh cloth pad ni dihasilkan tanpa pewangi dan campuran bahan kimia yang lain jadi ia lebih selamat dan juga dapat mengelakkan dari berlakunya redang pada kulit. (tudia ayat ada macam doktor tak? heheh) cuma sayang nye kat Malaysia ni susah nak jumpa orang yang jual clth pad ni laen macam kat oversea banyak kedai-kedai online yang jual macam-macam design pulak. comell2 tau..


contoh cloth pad. see, very the comell right.

oh ya, disebabkan cloth pad ni adalah washable jadi untuk jangka masa panjang adalah sangat jimat dan berbaloi even the price its quite high la. 



heheh. macam design boleh jumpe tau, plus biasanya corak dan color akan dibuat mengikut tempahan kita, sooo, boleh pilih sendiri design yang comel-comel. chacha adalah try meng-google untuk cari penjual cloth pad ni kat malaysia dan ada berjumpa dengan beberapa blogshop yang menjualnya:

1. mum7kids
2. NiceClothDiaper ---> also jual cloth diapers jugak.
3. TinyTapir


check out those blogs if you all nak convert dari pad pakai buang yang maybe dangerous untuk health korang to this cute cloth pad yang also reusable and environmentally friendly. =))


p/s: sedang berkira-kira untuk membeli jugak dari salah satu online shops diatas. =)