Wednesday, September 29, 2010

semua ini penghapus dosa, bersabarlah wahai sahabat. =)

hari ini kita gembira. tapi esok lusa mungkin derita.
hari ini kita bersedih. mungkin esok akan bahagia.
tiada siapa yang akan tahu apa yang akan kita tempuh.
walaupun kadang-kala kita rasa dunia ini tidak adil.
tetapi sesungguhnya apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku
telah di tetapkan oleh-Nya.
cuma Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
kita cuma boleh berusaha dengan sesungguhnya untuk menghadapi
segala cubaan dan dugaan yang di takdirkan.

wahai sahabat yang aku sayangi,
bersabarlah,
aku tahu dugaan yang menimpa dirimu sungguh berat,
dan hanya sokongan dan doa yang mampu aku hulurkan,
di harap kau akan tabah menghadapi segalanya.
sesungguhnya Allah itu bersama dengan hambanya yang sabar.

" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya."  (HR. Bukhari)

"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah."  (HR. Bukhari)

"Musibah-musibah yang berterusan menimpa orang miskin, sama ada menimpa dirinya atau anaknya atau hartanya, hinggalah pada akhirnya ketika ia bertemu dengan Allah tidak ada lagi dosanya. (HR. Tirmizi)

Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling hebat menerima musibah? Baginda menjawab: "Para Nabi, lalu orang-orang yang yang ketaatannya mendekati para Nabi dan demikianlah seterusnya. Ujian yang diterima seseorang sesuai dengan tinkat imannya, jika imannya kuat, maka ujian yang diterimanya pula sukar, jika imannya lemah, maka ujian yang menimpanya sesuai dengan kelemahan imannya itu. Ujain demi ujian terus akan menimpa diri orang yang beriman, hinggalah segala dosanya diampuni. Sebab walau bagaimanapun hebatnya keimanan seseorang, pasti mereka ada melakukan dosa walaupun kecil".

Mengenai pahala yang akan diterima oleh orang-orang yang bersabar ketika menimpa musibah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: Jika Aku menguji hambaKu (membutakan) kedua-dua matanya, lalu ia sabar maka Aku akan mengantikan baginya dengan syurga". (HR. Bukhari)

Orang-orang yang sabar dalam menerima musibah telah dijanjikan Allah SWT akan mendapat pahala yanng besar. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, " Dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar, yakni orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya. Mereka itulah orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhan dan diberi petunjuk." (Al-Baqarah: 155-157)

Wahai sahabat yang aku sayangi, terdapat tiga berita gembira yang ditunjukkan Allah kepada orang-orang yang sabar iaitu:
  • Beroleh ampunan dari Allah
  • Beroleh rahmat dari Allah
  • Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah).
Di dalam Al-Quran Allah SWT telah mengajar kita supaya mengucap kalimat "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" ketika mengalami musibah. Disunatkan mengucapkan kalimat tersebut setiap kali ditimpa musibah, dari yang paling besar hinnga musibah terkecil, seperti terpijak duri dan sebagainya.

Dalam tujuan yang sama sebuah hadith Rasulullah SAW telah menjelaskan yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah lalu membaca ayat yang diperintahkan Allah SWT "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" (Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah SWT memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya." (HR. Muslim) 

Bacaan tersebut mengandungi penawar bagi apa juga bentuk musibah jika diamalkan dan dihayati sepenuh jiwa kerana didalamnya terkandung pengakuan yang penting terhadap dua hal:

> Pengakuan diri sendiri, anak, suami, isteri dan seluruh harta adalah milik Allah SWT. Seseorang tidak memiliki semuanya itu melainkan atas dasr amanah yang diberikan kepadanya oleh Allah SWT. 

> Akhir semua manusia adalah kepada Allah SWT samada cepat atau lambat, yang pasti manusia diciptakan ia tidak mempunyai apa-apa, tiada keluarga dan harta. Maka seperti itu jugalah kelak ketika manusia bertemu dengan Tuhannya. Jika ada yang mendampinginnya, maka itu adalah amalnya ketika di dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kamu datang menemui Kami bersendirian  sebagaimana Kami ciptakan kamu juga sendiri-sendiri dan kurnia yang Kami berikan itu akan tinggal di dunia." (Al-An'am: 94)


p/s: untuk sahabat2 dunia maya chacha, diharap kamu semua dapat turut mendoakan kesejahteraan sahabat chacha yang sedang di timpa dugaan yang berat. doakan dia supaya sabar dan tabah untuk menempuhinya. hanya itu yang chacha mampu bantu. diharap kamu semua pun begitu. terima kasih. =) 


notakaki: petikan hadis di ambil dari sini.

akhirnya masa kau dah tiba!

akhirnya... setelah sekian lama aku menanti tiba jua saat nya. aku disini dengan segala hormatnya ingin memberi kau apa yang kau sepatutnya terima. sila skrol ke bawah ye.
~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

kredit gambar incik gugel




p/s: selamat ulangtahun yang ke 21 wahai adindaku mardhiah mohamad. semoga berbahagia la selalu hendaknya. semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-NYA.

hari ini hari kau!!!



khas untuk adek gumuk kesayangan yang baru saja genap 21 tahun hari ini. semoga apa yang telah berlaku itu di ambil sebagai panduan untuk masa hadapan. okeh.wishing you all the best and happy always. semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-NYA.

p/s: khas untuk muhammad afiq hamdan. =)

Tuesday, September 28, 2010

perempuan & sayang

ada satu hari chacha mendapat satu soalan:

"perempuan memang mudah lupa sayang orang kat die eh?"

terdiam sekejap, sebab soalan ditanya oleh seseorang yang baru sahaja kecewa, bila perempuan yang diletakkan harapan telah pergi meninggalkannya.

lepas berfikir,

"perempuan susah sangat nak lupe sayang orang pada die, sebab itulah die pergi tinggalkan kamu, sebab die masih tak boleh lupa dengan sayang orang yang sebelumnya."

tak tahu sama ada jawapan diatas tepat atau tidak. cuma itu yang chacha rasa.

p/s: sangat sakit bila orang yang kita harapkan pergi jauh dari kita.

Sunday, September 26, 2010

sakit kepala


kerja yang banyak. tengok laptop lama sangat. kurang tidur. sekarang nah ambek kaw. kepala berdenyut2. tengok2 orang pon kecik besar kecik besar je. haihh~~ need some rest lah. selamat malam semua. esok kelas jam 8.00. tata. assalamualaikum.

Saturday, September 25, 2010

his heart break into 1000 pieces

this morning, i have called my little brother because he said that he really need someone right now. when i called him, he was sounding like he really is lost. feeling like crying when hearing him like that. =(

is it wrong to love someone? i don't think so. but maybe sometimes we just loved the wrong person. he told me that the girl that he knows, he love, and gave all he has, has turned him down. because she didn't really has gotten over her ex. after all the hope that she has given to my lil bro, after all lil bro has given to her, his hope, his love, his spirit and his everything. and now she has gone, living him alone.

he has come to me, talking, pouring all his heart felt but i, just able to listen. can't do nothing. just because i don't really know what to say in order to comfort him. just pray that he will be okay soon and may his spirit will be back. wishing you all the best lil bro. i will always be here for you.

people, any idea on how to mend a broken heart?

Wednesday, September 22, 2010

sibuk. busy.dan yg sewaktu dengannya.

yeahh!!!
sem ni baru betul rasa macam student uni yang bergaya berjaya dan cemerlang. sebab macam sibuk gile kot. assignment mencurah-curah ke ladang gandum. ehh??? lepas satu, satu datang yang ni tak siap, dah sampai satu lagi. kelab pulak tibe2 je aktif, tibe2 je name naek jadi ajk laa pulak. hehe. sebelum nih, macam seronok je tengok kawan2 yang sibuk dengan kelab tuh, kejap2 meeting, kejap2 meeting sekarang haaa.. ambek kaw... rasekan. haha. asal malam je meeting, asal meeting je malam.

sebab itu sekarang jarang dapat berbelog walking. mintak maaf kawan2. T___T
saya janji ada masa saya akan berjalan2 ke belog kamu2 semua.

okaylah. sekarang chacha nak sambung buat lab report. baru je balek dari meeting nih. hehe.tata semua.

Monday, September 20, 2010

ehh3~~ pemalas nye budak neh.

chacha rasa die sorang yang pemalas kurang rajin. nak buat assignment tak jalan nak berbelog walking pon tak gerak. adoiyaiiii. seseorang tolong, tolong babab muntot si chacha nih. bagi die rajin sket gerak. haha.

buah hati baru~~

di sini aku ingin mengumumkan aku sudah punya kekasih baru. yang kachak bergaya dan berjaya. sangat la bergaya sampai ramai yang jeles wohh. kamu2 nak tengok ke kekasih baru aku???

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~










seee~~~ kachak tak, bergaya tak... muahahaha~~ inilah kekasih baru aku. lomography fisheye camera. aku pon baru saje beberapa hari berchinta sama ini kamera, belom kenal sangat pon hati budi die, masih nak kenal orang kate. sooooo... kalau ada sesape yang mempunyai kekasih yang sama macam aku nih, jomlah kite kawan2 ye. hehehe. boleh aku mintak tunjuk ajar.

sudah pulang!!!

saya sudah pulang ke planet ye kawan2.
semoga saya akan rajin dan terus rajin berusaha menyiapkan kerja yg berlambak ini.
tsk2. T___T

Sunday, September 12, 2010

selamat hari raya semua. :)



selamat hari raya untuk semua sahabat2 didunia maya. semoga hari raya ini membawa seribu kebahagiaan untuk diri masing2. saya juga ingin memohon 1000 ampun dan maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan. sekiranya ada terasa hati, maafkan lah saya ye. :) doakan saya selamat pulang ke kampung. :) pada mereka2 yang drive ke kampung tuh. memandu berhati2, janganlah rushing2 sangat. tak kan kemana rumah tu, okeh. ;)

Friday, September 3, 2010

selamat tinggal terengganu.

chacha akan pulang ke kampung pada malam ini, bergerak ke bustand jam 530 petang nanti. disebabkan bila dikampung akan lupe segala hal2 dunia maya. jadi di sini hendak memberitahu yang chacha tidak akan mengonlinekan diri sehinggalah pada 19/9/2010. 
lame kan kami cuti. teeeheee~ silelah jeles. =p
jadi chacha tidak akan dapat berjalan2 ke belog2 kamu semua. =(
di harap kamu2 janganlah lupe chacha ye.
ok lah. nak sambung kemas2.
tata.

selamat tinggal planet!!!!



selamat tinggal planet!!! setengah hari lagi untuk berada di sini. kemudian selamat tinggal terengganu!!! kawan2, doakan keselamatan saya pergi dan balik ye. =)

Thursday, September 2, 2010

akhirnya!!!!


sila tengok countdown diatas, 1 hari lagi!!!! yeay!!! akhirnya sampai jugak masa yang ditunggu. mahu pulang hometown. mahu balek MUO makan MEE BANDUNG MUO, KARIPAP MAK, SIPUT SEDUT MASAK LEMAK, and paling best.... PUCUK UBI REBUS dengan SAMBAL CILI. memang perghhh la.

ok2 aku tahu tadi dah kata nak tido. ni nak tido la ni. hihik. selamat malam semua. assalamualaikum. =)

busy2~~~

walaupun secara teknikal nya aku balek esok. tapi dalam kepale tak berapa ingat nak balek sebab banyak lagi keje yang tak settle. -.-''
sem ini agaklah terasa sibuknya, kelab pun tibe2 aktif, tibe2 name selalu naek jadi ajk program. pheww~~
macam semalam, sibuk dengan test, kelas and xtvt kelab sampai tak de masa nak ber-belog hopping. sori ye kawan2 semua. lecturer pon makin nak balek ehh2 makin banyak pulak keje yg di bagi. T__T
kami nak cuti dengan aman. =(
cuti raya kena siapkan poster untuk jualan kek kelab and not to forget slide show untuk drama mandarin.
ishhh~~ nak buat cemana kan, redha lah.

ok lah, nak tido dah.
pagi ti kelas pukul 8.
tata.