Thursday, April 29, 2010

saye nak jugak.

dah terlanjur bercerita pasal kawen. bile aku balek rumah ni la baru berkesempatan tengok cerita ADAMAYA yang ramai dok sibuk bercerite tuh. tapi bile aku dapat tengok kan memang awww... comel sangat... sangat comel kalau bercinta lepas kawen macam tuh. tibe2 rase nak jugak lah. hehe.

pasangan adam & maya itu sangat sweet. adam sangat penyabar, sangat caring, sangat pandai ambil hati. ala2 perfect la. doa hari2 nak dapat husband camtu. =p kadang2 gatal takpe kan. kan. kan.

cakap dengan mak, "mak carikan la orang calon" nanti mak mesti cakap " mak nak cari kat mane? kau yang keluar jauh2 kau carila sendiri".  ha, macam mane tuh, nak tak nak, kene la cari sendiri. okeh sekarang nak tanye. siape nak jadi calon suami saye?? angkat kaki tinggi2!!! hik2~~

serius nih (sambil kerutkan dahi) sangat suke tengok cerita itu. dan sangat geram dengan watak dani (kecik kan sebab tak suke) dah tahu maya ade suami lagi nak kejar2. rase macam nak dush2 kan aje. tak paham2 bahase. haihh.

tiap2 petang mesti nak tengok tv bile 6.30 walaupun tengah keje. hik2. wajib. tapi kadang2 tak dapat tengok jugak walaupun da bukak sebab waktu2 camtu waktu ramai orang dekat kedai tempat aku keje. T_T
sedih2. (lupe nak kasi tahu, aku keje kat kedai makan. hari2 dapat makan free =p) lain kali cerita pasal kerja pulak ye.

okeh2 cukup sampai sini. mahu pulang, petang mahu masuk kerja pulak. selamat tinggal. see u when i see u. hik2.

notakakiku: sile rindu saye banyak2. =p

saye bile lagi?

dah lebih seminggu tak menconteng belog. baru hari ni sempat. tu pun sebab kengkawan da bising nak tengok gambar wedding one of my friend last weekend. he is the first one dari kalangan kami2 yang dah selamat melangsungkan perkahwinan. ( wah ayat... )
walaupun dah lebih 3 minggu since kau kawen dan aku tahu kau tak kan bace entry aku nih aku nak jugak wish

 SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK FIZUAN DAN PASANGAN MAHFUZAH.

semoga berbahagia lah hendaknya sampai ke akhir hayat. tapi kan dalam umur aku yang 22 nih. makin ramai kawan2 aku yang sudah ataupun bakal melangkah ke alam perkahwinan. aku? lame lagi. calon pun tak de. T__T dan bile aku dan beberapa orang kawan sampai kat majlis kawan tuh masing2 tengok masing2 pastu cakap. " ehh2.. cam tak caye je kan. fizuan da kawen, walhal mase sekola dulu die lah yang paling2 sekali." hurmm.... tahu xpe. mase sekola dulu sapelah yang xkenal fizuan. paling nakal, paling2 lah semua. hehe. sekarang da selamat jadi pegawai tentera dan selamat jadi suami. tahniah2.
di sini ade beberapa keping gambar mase wedding die aritu.

untuk tumbesaran gambar sile klik yep.




Tuesday, April 20, 2010

ini entry serius sikit. ;p

okay. for sure korang2 sume dah tengok cite Avatar kan.
aku baru je lepas tengok. hehe. okay, aku tahu citer tuh
da lame keluar and aku baru dapat tengok. katelah aku ketinggalan
zaman. tsk2. T_T tapi korg pun tahu where i stay kan kuala
terengganu, mane la ade wayang2 nih sume. okeh chacha kau da lari tajuk.

yang sebenarnya bile aku tengok muvie nih ade 1 perkara yang terlintas dalam kepala
aku. muvie menunjukkan sikap manusia. sikap kebanyakkan manusia. iaitu sikap tamak dan
pentingkan diri. dorang sanggup buat ape saje untuk capai tujuan atau cita2 dorang
sampai dorang dah tak ambik kisah pasal nasib orang lain.
dah tak ambil peduli lagi ape nak jadi dengan orang lain.
dorang sume ambil sikap 'aku tak kisah ape nak jadi dengan kau
asalkan ape yang aku nak aku dapat'.

sikap macam tuh adelah sangat tidak bagus. dan menggunakan kekerasan untuk menacapai matlamat.
bagi aku ade  banyak lagi cara untuk mencapai matlamat. tapi bukan dengan kekerasan.
kekerasan hanya akan menimbulkan lebih banyak masalah, bukan menyelesaikan masalah.
banyak contoh yang ade kat keliling kite nih yang menunjukkan kekerasan hanya menambah masalah.
contoh macam kes2 dendam atau cemburu lepas tu bunuh.lepas bunuh ape? silap2 dengan kite2 skali
mati.

hurmm... malas nak cakap panjang2. kesimpulannya, kite semua dah besar. tahu fikir baik buruk, so korang fikirla sendiri. hehe. maafla kalau ade sesiape yang terbace tulisan aku yang merepek nih. cume nak berkongsi pandangan dan pendapat je. renung2kan dan selamat beramal. :)






Saturday, April 17, 2010

last one



ini adalah entry terakhir aku sebelum aku pulang bercuti di rumah. selepas ini, alamat semak samun le blog aku ni haa. seminggu sekali pun  tak tentu bole update. ape bole buat.

di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat bercuti kepada semua sahabat2 di UMT, pada yang baru nak exam tu, good luck, pada yang ade viva pun good luck jugak.

aku balek dan berpoye2 dulu la ye. hik2~~ jangan jeles2 tak elok. ok la. sekian saja. sehingga bertemu lagi. tata. assalamualaikum.


kredit gambar: google

Friday, April 16, 2010

mengantuk tahap petala 8!!!




jadual hari ni:
8.00 pg: bangun tido.
10.00 - 11.30 pg: angkut dan pindah barang g umah sewa baru.
2.00 - 6.00 ptg: keluar men-joli-katak-kan diri ke bandar kuala terengganu.
6.30 - 7.00 ptg: since time aku datang pg td umah sewa baru tuh xde org, balek dari bandar tadi terus singgah dan angkut masuk dalam umah.
 pastu sekarang nih, 1 badan rase lenguh tahap dewa. dan ngantuk amat. agak2 melampau tak kalau aku masuk tido sekarang (8.51 mlm) ???
jawap la tak... cakapla.. takpe2...arini chacha kan banyak buat keje. takpelah tido awal sikit. muahahaha.

sangat best tido cam baby kat bawah ni kan.



kredit gambar pada: encik google.

notakakiku: selamat malam semua.... ZzZZzzZZ

penat woohhh!


sekarang aku rase macam ni... dan jugak macam gambar kat bawah tuh...


penat wooh... angkat barang pindah umah. rase macam tangan tibe2 ade otot2 dah. haha. pastu kan, rase macam da hilang setengah kilo. <--- perasaan sahaje.
tangan  aku lenguh, sumpah lenguh, macam mane nak drive nanti? anyone? nak jadi driver i?
ok cukup, tak larat tulis panjang2. tata.

berita...ehhh...cerita hari ini.

lalala~~ semalam petang mengemas barang2 yang nak di pindahkan. naseb baek xbanyak. tapi banyak lah jugak. heheh. agak meletihkan, but one thing for sure yang semalam sangat2 panas. aku nih memang takde keje laen dah. minum...minum...minum...berape botol air abis pun tak tahu, jangan malam nih keje nak g toilet saje sudah. hehehe.

arini nak pindah barang dalam pukul sepuluh camtu, pun rase2 macam ade bende tak kemas lagi, benda yang kecik2 memang 'berchenta' sikit aku nak mengemas kalau barang2 yang kecik2 nih. adoyaii... ade sesape nak tolong tak? hehehe. nanti i belanje la uolls sotong celup tepung. ha sedap tuh. nak tak? tawaran terbuka hanya sekali je.... aku kire sampai 3... ok. 1...2...2suku...2setengah...3... ok macam tak ade je yang angkat tangan. tawaran di tutup. hahaha. kenelah kemas sendiri nampaknye. T___T

lepas pindah barang nanti, kami2 sudah ade plan hendak men-joli-katak-kan diri bak kate sis azie. haha. maklumla, pekse da abes bukan, tambahan pula, (wallah... ayat kau..) mak aku suda berpesan, belilah tudung untuk diri beliau berserta orang2 kampung. dan jugak kain batik barang sehelai due. kerana ada yang memesan. kesimpulannya, esok haruslah aku ke Pasar Payang untuk membeli barang2 yang di pesan itu. ohh, tak lupe juge, budu sebotol, haa... jangan ingat orang Muo x reti makan budu okeh.

lagi2, ape ye? hurmmm.... sudah la kot, jap g aku tulis panjang2 takut orang malas pulak nak bace. hiks. sekarang rase kepale macam ade sikit pusing2 la. apakah maksudnya itu? maksudnya, cik chacha nak tido laa... hehehe. ok2 selamat malam semua. adios amigos.  ehh2 lupe pulak, assalamualaikum.

Wednesday, April 14, 2010

alhamdulillah~~

setelah hampir setengah bulan men-struggle-kan diri, akhirnya hari ini. berakhir sudah. ini bermakna aku sudah MERDEKA!!!!!

final dah habis yeay! final dah habis yeay!

ok2, chacha behave yourself!! hik2~~

lepas nih nak tido dan tido dan tido... nak bagi mata panda ku ini hilang.

lepastuh nak kemas2 barang, mahu pindah rumah dan packing2 untuk pulang. yippeee~~

giveaway lagi!!!!



lagi giveaway yang super-duper kiut ohh~~ tgk2~~ sume pun comel kan... giveaway nih di anjurkan oleh cik ezyane, pemilik blog cute & yummy sempena ulang tahun kelahiran beliau. (waceh..waceh.. ayat... macam karangan bahasa melayu la pulak..)

mari2 join, ada masa lagi nih, giveaway nih sampai pukul 6.00 ptg (waktu KL bkn BOSNIA or mane2) 21 APRIL 2010, dan pemenang akan di umumkan pada 22 APRIL.



gile comel okeh ini bebear, name die MinMin...



bookmark ni jugak. kiut gilosss~~ saye mahukannya... hik2~~

kadang2 cemburu tengok mereka yang mempunyai tahap kekreatifan yang tinggi macam cik ezyane nih. sebabnye, kalau la chacha yang nak buat benda rumit dan comel macam nih memang bak kate orang tuh, 'jauh panggang dari api'. haha~~ agak mustahil sikit ye, maklumlah bkn tangan seni. keras je... 
notakakiku: sile la klik gambar kepade sesiape yang berminat untuk join ye.

have a sweet dream....


erkk~~ kenape have a sweet dream pulak pagi2 nih? haaaa... camni kisahnye. sebab malam tadi aku mimpi, mimpi sesuatu yang sweet. (walaupun tak ade orang yg ucap selamat malam & sweet dreams kat aku... T__T) tak tahu la kenape, dalam ramai2 orang... die jugak yang masuk dalam mimpi aku. dah lame aku tak bermimpikan die, last2 malam tadi die pulak yang muncul. kenape ekh? ke aku rindu die?

siyes, sangat seronok mimpi aku malam tadi, I wish it was a reality, but what to do. its just a dream. mimpi yang menjadi mainan tidur, menghias malam. tapi at least berkurang la sikit rindu aku. lame tak jumpe die. harap2 die sihat dan dapat mengerjakan ibadah umrahnya dengan tenang dan sempurna.

notakakiku: today last paper, akaun. sangat2 cuaks. harap2 aku boleh.

Tuesday, April 13, 2010

3..2..1...

hari ni 13 april 2010, (macamlah mereka2 tuh xde kalendar kan chacha kan) esok 14 april 2010, dan bermakna masa untuk menjawap paper final untuk final aku kali ni. nak tahu paper ape? sile rujuk jadual exam yg ade kt side kanan blog aku tuh.

waaa~~ dah la last paper, waktu pun last sekali, pukul 3-6 ptg.... waktu kritikal itu... waktu aku tidur kucing (cat nap bak kate orang kampung aku) ada 5 bab yang masuk, dan ada 5 soalan yang keluar. sempat ke tak ye nak jawap... 

http://emo.huhiho.com

risau nih... haihh~~ dahla aku nih 'hebat' dalam bab2 yang ade kait mengait dengan nombor..... wish me luck ye kawan2~~~ tata~~

Monday, April 12, 2010

award yg pertama!!!!


wah2~~~ terharu2 T___T terima kasih cik hana kerana sudi memberi award kepada belog ku ini. walaupun tidaklah  se-interesting belog2 mereka yang lain.

SO SYARAT2 UNTUK MENERIMA AWARD INI ADALAH:

1.Thank and link the person that gave you the award. - done
2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered.- done
3.Contact said Blogs and let them know they've won the award. - done
4.State seven things about yourself. - done

dengan ini saya ingin menyerahkan award ini kepada:

1. cik lara
2. cik tya
3.cik nana
4. cik iza
5. cik eny

5 je cukup la heh... hik2~~

7 things about me?

~~anak tunggal~~
~~seorang yang suke makan.. (tgk bdn pun tahu kan.. hiks)~~
~~tak suke angka or subjek yang mengire (tapi duit tak termasuk haaa...)~~
~~anak kacukan MALAYSIA + INDONESIA~~
~~pelajar sarjana muda sains makanan (teknologi makanan)~~ 
~~suke sangat2 dengan kucing~~
~~minat dengan fotografi~~

okeh~~ cukup suda syarat2nya... sekian... tata...

notakakiku: nasib baik dapat award, kalau tak tak tahu da nak hapdet ape hari ni.. hiks...
 

Sunday, April 11, 2010

T___T

sudah lepas analisis kimia.... AKAUN pula menjelang.... ooo.... AKAUN.... ape?!!!   AKAUN!!!!  tidaaaakkkkkkkk!!!!!!

Friday, April 9, 2010

first time ever!!!

hik2~~ bukan ape... first time aku men-join-kan diri dengan giveaway yang di adakan. mimpi apekah?? tak de mimpi pape. cume terase nak join. hehe~~ mane tahu ade tuah kan. ouh ya~~ dapat tahu pasal giveaway tuh dari belog ini. oleh sebab syarat2 nye mudah aku pun tergerak la hati nak join.



ini lah hadiah yang bakal didapati sekiranya aku bernasib baek. comell sangat... kan2.... hik2... okeh cukup sampai sini. nak setadi la pulak.*kononnye laaa* tata~

p/s: kalau ade sesape nak join contest tuh, sile klik pada gambar ye. ^_^

Thursday, April 8, 2010

dik, kau nak balik x cuti nih?

mak baru lepas tepon, siap tanye lagi nak balek ke tak cuti nih... T__T mak macam tak mau aku balek jek... hehe~~ alaa... mak tu cakap je, i know die rindu banyak2, maklumlah aku akan anak tunggul tunggal. the one and only. time tepon tadi da siap2 bagi tahu dah, "dik, kat kilang ST tuh ade keje kosong, kalau tak nak boleh tolong mak ngah kat kantin sekolah menengah (a.k.a sekolah aku dulu)" . kilang ST tuh aku pernah keje dulu, tapi mase tuh masih 3shift. consider lagi la, sekarang 2 shift, 7 pagi sampai 7 petang. aiyohh, tak de la nikmat cuti aku nanti. kalau kantin pulak mak kate penat, hurmm... tapi waktu kerje xpanjang sangat. sooo... rase2 korang mane lagi best? kilang ke kantin? haaa 1 lagi kedai komputer, tapi tak tahu la pulak keje sebagai ape.

adehh, mak nih tak bagi can aku langsung untuk menternak lemak berehat2 selepas exam. terus2 di suruh kerja lagi. tapi bagus jugak, xlah sie2 cuti yang hampir 3bln itu. lagi satu mak macam tahu2 je, aku nak kumpul duit, nak beli kamera idaman hati. hiks~~ tak sabar nih. aim before grad nak dapat beli. insya'allah.

bercakap pasal cuti panjang, itu bermakna aku akan jarang mengonlinekan diri, almaklumlah, broadband pun ala2 siput 'pork' bile di kampung tuh. alamat bersawang la belog aku ni nanti. tapi, papepun akan ku cube sedaya upaya untuk berjaya! ehh2~~ menghapdet belog. hehehe~~ okeh2... sekian. tata~~

tidak sia2...

okeh~~ settle dah paper food law. agak gembira nak tahu tak sebab ape? kalau tak nak tahu pun nak kasi tahu jugak. ingat tak entry pasal ciri2 makanan halal semalam? tak sia2 la aku menaip dekat belog semalam, sebab ade kua dalam paper aku harini. hik3~~ suke2~~
okeh~~ sekarang nak tido. malam nanti baru nak bukak chem pulak. tata~~

berangan tak salah kan...

ehem2... assalamualaikum... aceceh... sopan pulak aku malam nih. petang tadi mase dok borak2 setadi dekat library. adelah sorg bro nih bukak cerita pasal camera. bro nih sebenarnye junior aku tapi jaoh lebih senior kalau dari segi umo dan pengalaman. hehe~~ okeh da lari tajuk... T__T
mule aku cakap lah yang aku kalau dapat Nikon D60 pun da cukup, tapi die kate jangan, die kate gambar tak cantik. die cadangkan suruh ambik D3000 walaupun tak tahu lagi bile aku mampu nak dapat.hehe
sekarang bro tuh gune Nikon D300, die kate die keje 6bln semata2 nak dapat kamera tuh. hurmm... agak kagum di situ. secara tibe2 aku rase macam bersemangat nak menyimpan duit  untuk beli kamera gemok ku sendirik.

ini adalah D60 yang aku bercadang nak beli.
ini pulak d3000 yang bro tuh cadangkan. see, tak banyak beza pun kan. sekarang berjanji pada diri sendiri untuk kumpul duit untuk mendapatkan item di atas.

Wednesday, April 7, 2010

nota MKN 3114 ~hiks~

penyembelihan- menurut hukum syarak, perbuatan menyembelih hendaklah dengan memutuskan saluran pernafasan (halkum), saluran makan (ma'rih) dan kedua-dua urat darah karotid dan jugular (wadajain) untuk mempercepatkan pengaliran darah dan kematian haiwan.

SUMBER MAKANAN HALAL


  >>HAIWAN DARAT - semua haiwan darat boleh dimakan kecuali: 
  • haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
  • babi, anjing serta keturunan dari kedua-duanya.
  • haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh mangsa (harimau, gajah, kucing, monyet, dll)
  • burung berkuku pencakar atau berparuh tajam atau burung pemangsa (burung yang menyambar, macam helang)
  • haiwan perosak macam tikus, lipas dll.
  • haiwan yang TIDAK DIBENARKAN dibunuh oleh ISLAM seperti lebah (annahlu), burung belatuk (hud2) dan sebagainya.
  • haiwan yang dianggap menjijikkan dan kotor seperti lalat dan kutu.

 >> HAIWAN AKUATIK<<
  • haiwan yang hanya hidup dalam air (ikan, sotong dll), tidak termasuk haiwan 2 alam (penyu, katak, buaya dll)
  • semua haiwan akuatik adalah halal dimakan mengikut hukum syarak kecuali yang beracun, memabukkan, dan memudaratkan kesihatan. 
  • 1 tips, macam mana nak bezakan ketam yang kite boleh makan dengan yang kita xboleh makan. kalau kita pergi pasar, tengok ketan tuh kaki belakang nya PIPIH, maknanya kaki tuh die gune untuk berenang dan menunjukkan itu adalah ketam laut dan ia adalah HALAL. tapi kalau kita tengok kaki belakang ketam tu TAJAM, itu bermakna kaki tu di gune untuk berjalan dan itu menunjukkan ketam tu, ketam darat dan ia adalah HARAM. 

 >>TUMBUHAN - semua tumbuhan adalah halal dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan              memudaratkan kesihatan. 

 >> CENDAWAN & MIKROORGANISMA - semua cendawan dan mikroorganisma adalah halal dimakan mengikut hukum syarak, kecuali yang beracun, memabukkan, dan memudaratkan kesihatan.

 >>MINERAL SEMULAJADI & BAHAN KIMIA - semua mineral semulajadi dan bahan kimia adalah halal dimakan mengikut hukum syarak kecuali yang beracun, membukkan dan memudaratkan kesihatan.

 >>MAKANAN TERUBAHSUAI GENETIK (GMO) SEMUA makanan terubahsuai genetik yang diperbuat daripada bahan genetik HALAL adalah TIDAK HALAL.


p/s: sekadar berkongsi apa yang aku belajar kat uni untuk sem nih. *walhal malas nak setadi... alasan semata* hik2~~ haaa... 1 lagi. hari tu lecturer aku ade bagitahu sekarang nih, logo HALAL yang VALID adalah logo halal JAKIM sahaja ye. di ulangi... JAKIM !!!  sooo, kalau korang2 nak beli makanan tuh, tgk2 dulu logo halal yang ade. jangan main ambik je....

makanan halal dan ciri2 nya...

mengikut dalam ape yang aku belajar dalam subjek MKN 3114 ( Perundangan Makanan), makanan halal di definisikan sebagai makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati syarat2 berikut:
  • makanan tersebut dan ramuannya tidak mengandungi mana2 bahagian atau produk daripada haiwan yang tidak halal kepada orang Islam mengikut hukum syarak,
  • atau produk daripada haiwan yang tidak di sembelih mengikut hukum syarak.
  • makanan tersebut tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis mengikut hukum syarak.
  • makanan tersebut adalah selamat dan tidak memudaratkan.
  • ia tidak disediakan, diproses atau di kilang menggunakan peralatan yang tercemar dengan bahan2 najis mengikut hukum syarak.
  • makanan tersebut atau ramuannya tidak mengandungi apa2 bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak.
  • semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan, atau pengangkutan, makanan tersebut di asingkan daripada makanan lain yang tidak menepati keperluan dalam butiran di atas atau bahan2 lain yang disahkan sebagai najis mengikut hukum syarak.
p/s: sebenarnye aku tengah setadi food law tapi tibe ngantok lak... soo... inilah hasilnya... hik2.. *buruk perangai kau nih chacha* 

'dia'

semalam, 6 april 2010. 'dia' da selamat berlepas ke tanah suci untuk melakukan umrah. aku xsempat nak ucap selamat pada 'dia', ingatkan a day before tu nak call tapi tak berkesempatan. cume doa yang aku dapat kirim. semoga 'dia' akan selamat pergi dan selamat kembali, dan akan dapat melakukan ibadahnya dengan tenang dan sempurna. korang2 pun doakan 'dia' jugak ye.

Tuesday, April 6, 2010

puteriku sayang by hijjaz

Puteriku Sayang
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya



bagi aku lirik lagu ni sangat2 bermakna. lebih2 lagi untuk gadis2 yang baru nak mengenal dunia. semoga lirik ini akan dapat memberi semangat untuk semua sahabat2 aku. hehehe~~ enjoy~~

Sunday, April 4, 2010

hari ini...

3 sudah... 3 lagi tinggal... walau ape pun yang terjadi, telah pun terjadi. yang penting jangan putus asa chacha!!! you can do it!!!

Friday, April 2, 2010

renungan bersama~~

semasa berjalan2 berlari2 de sekitar kawasan kejiranan blog aku nih. aku terjumpa entry nih. walaupun suda lambat sehari. tapi aku nk post jugak. cerita ini di adapasi dari blog sis chomell ini. marilah kita sama2 baca dan renungkan...



Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah!
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Isl am di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun l am anya di Granada , Sepanyol, kerajaan Isl am akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.


Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di
dalam rumah masing-masing untuk menyel am atkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati
dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan sel am at bers am a-s am a barang-barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.


Orang-orang Muslim yan g risau sekiranya tawaran tersebut merupakan
suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal
yang dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan
yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian meng am bil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.


Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yg menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.



Yang menyedihkan, orang-orang Isl am yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara
se Islam mereka sendiri.


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.



Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharakan mu

.....rawahuttirmizi Illal Liqaq .


haaa~~ sekarang suda tahu bukan... sooo... renung2kan... 

notakakiku: mahu sambung buat notes instrumen. hiks~

Thursday, April 1, 2010

relief??

microb suda lepas... relief?? ohh noo... but what to do, let bygone be bygone bak kate orang kampung aku. so, goodbye microb helloo instrumentasi....