Sunday, January 31, 2010

kelebihan surah al-Kautsar

semasa berlari-lari berjalan-jalan ke blog jenjiran aku, tibe2!!! aku terjumpe satu entry yg aku rasa agak menarik untuk di kongsikan dengan sahabat2 di dunia blog ni. aduh sangat berbahasa ye aku pada hari ini... ok2... back to basic topic... entry kali ni cume sebagai ilmu tambahan untuk kita2 semua... eh2 lupe pulak entry ini di copy dengan berhemah dari blog SIS NORMI ALI

mempersembahkan....
 
kelebihan surah al-KAUTSAR
Maksud dari surah ini

1. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
2. Rasanya lebih manis daripada madu.
3. Warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T makbulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5. Jika membacanya 1,000x rezeki akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Friday, January 29, 2010

 

hidup kita umpama layang-layang
terbang tinggi di awan
tapi masih terikat di bumi
setinggi mana pun kita terbang
akhirnya pasti akan kembali


notakakiku: mode berpuitis secara tiba2.. aku xtahula ade org yg faham ke x...

tolong saye pelisss~~

baru perasan comment form aku hilang...
cane nih???
ade sape2 boleh tolong x??
tolongla saye...
*muke ala2 chumell, inesen nak mati*

Thursday, January 28, 2010

cat.kucing.kittun.meow.atau ape2 saje yg sewaktu dengannya...






sumber gambar: GOOGLE

kenapa aku letak gambar kucing?? kenape bukan hamster ke? ayam ke?itik ke? atau ape2 ajelah.. sebab bagi aku kucing adalah haiwanyang paling COMEL sekali kt dlm dunia nih. lepas tuh sangat best untuk di cuddle... hangat... hehehe~
rindu dengan kucing aku kt umah, name die BUNCIT, sebab mase dye kecik2 dulu sangat buncit sebab mkn x berhenti, tapi sekarang da x buncit lagi da... maybe sebab die da tue kot. and f.i.y (walaupun korang2 xnk tahu, aku tetap nk bagitahu jugak) BUNCIT adalah kucing yang paling panjang jodohnya dengan family aku, sebab kucing2 lain sebelum die sama ada mati atau missing in action, tapi BUNCIT nih lain sikit, memang sungguh panjang umur die, dulu die pernah sakit adela dalam seminggu xnk makan sampai kurus, lepastuh die kene langgar moto kt depan umah (time tu aku kt kampus, mak cite darah kua dr mulut ngn hidung die.. tsk2~~ sian BUNCIT) tapi alhamdulilah umur die masih panjang. sampai hari ni masih ade kt umah tuh, sehat.



inilah my beloved mista BUNCIT

tapi di sebabkan aku duduk di kampus, dan di rumah sewa aku xdapat nk pelihara kucing.. haihh~ tp aku ade satu cita2 (bukan nk jadi angkasawan negara or somethin like that laa) tapi bile aku da ade umah sendiri nanti aku nak bela kucing parsi yang macam dalam iklan tuh... yang gebu2 tuh... aiyohh~~ sangat syok okeh kalau dapat. walaupun mahal beribu2... tapi akan ku usehekan.. aitcehh~


kucing idaman hati
haha~ okeh cukup suda sampai hari ini aku mengarut pasal kucing a.k.a kesukaan hati aku nih... sekarang nak siap2 ke kelas pulak...
tooddles~~ V(~_@)V


natakakiku:inilah akibatnye bile homesick, mule merapu xtentu pasal.. -.-'' sumimasen... btw harap2 sem dpn pindah uma baru bole pelihara kucing ohh~~ T.T

Friday, January 22, 2010

kulat ohh kulat

mengapa kulat?? mengapa bukan cendawan atau bunge atau pokok atau ape2 sajelah.... hehehe... mengape mesti kulat??? sebab aku baru menyiapkan lab report microb yg memerlukan aku melukis gambar segala kulat yang dipelihara di biak oleh pegawai2 makmal mikrob ku... kalau setakat 1 atau 2 lukisan mungkin aku xjadi macam nih... tapi ini adalah dalam 30 lukisan... nada bangga hoyeahh... akhirnya... walaupun bile diperhati semula memang sebijik x sama langsung... hohoh~

korang2 nak tengok x ape kah sebenarnya benda yang aku kene lukis???
walaupun korang xnak tengok aku tetap mahu tunjuk juga...










inilah antara2 kulat yg harus di lukis....
cantik kan...
salah 1 kehebatan ciptaan tuhan...

sekian....
toodlles~~

Monday, January 18, 2010

bila ♥ berbicara...

telefon ku berbunyi
mendengar nada itu tiba-tiba
hatiku bergetar, berdebar
harus di jawap atau di biar?
saat mendengar suara
terasa bagai luruh jantung
sedih, pilu, rindu,
semua menjadi satu
apa yg selama ini di hati
terbiar kaku kerana lidah tidak mampu
untuk menuturkannya
ku tabahkan hati, gagahkan diri
mendengar apa yg perlu dia katakan
dan meluahkan apa yg harus aku perkatakan
akhirnya aku mengakui
yang aku pernah, masih dan akan terus sayang pada dirinya
walaupun kini hanya hubungan persahabatan yang menghubungkan kami

Sunday, January 17, 2010

akhirnya...

setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya... berjaya jugak aku memaksa osmet diriku untuk menconteng menulis barang sepatah due di belog ku ini.
bukan tiada masa cuma komitmen lain melambung tinggi, laporan perubatan amali banyak sungguh yg perlu di siapkan... -.-''
maklumlah every week at least 2 lab report to be done and for this coming week i have 4 test to be faced!!!!
god, as always be said by me n my fellow coursemate, X FUDTECH LA KALAU X BUSY...
hahah~
sekarang, amek kaw... dengan assignment food law yg belum start, td da dapat 1 lagi assignment pengawetan mayat makanan... hohoh~ no need to postponed your job again chacha.. or you will be sorry... *just a reminder for myself*
wish me all the best k friends...
till now~~
toodlles~~ v(~_@)v

Thursday, January 7, 2010

mintak mahap sume.. T_T

hohoh~
aritu aku kate esok nk bg citer pasal KONMAM tuh kan... brape lame punye esok daa... komitmen melambung tinggi... xsempat nk berbelog ohh~ tipu dose ohh heh~ sebenarnye xde mase mawu cari info pasal panel2 yang datang time tuh... xmo la t aku bagi info yg salah, xgitu...

ingat x aku ade bg tawu pada entry2 before nih yang aku ade bukak blog baru?? kalau ade bacelah, kalau xde xpe... hehe... sekarang tibalah masa yang di tunggu2... bangge diri bersyukur da hampir siap jugak belog aku yang 1 lg tuh... if korang2 nk jengah2 belog itu mailah
kelik kat


SINI

sampai di sini saje~
tooddles~~ v(~_@)v

Saturday, January 2, 2010

Friday, January 1, 2010

renung2kan... dan selamat beramal... v(~_@)v

statement nih dpt dr blog LA~NINA semasa aku ber-belog- hopping...


FINE
Ini la yang suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si pasangan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.