Friday, December 23, 2011

semoga kau diberi hidayah wahai pencuri!

AMARAN, INI ENTRY EMOTIONAL!



okay, nak cerita sikit. cemane nak mule ehh....

Bismillah... pagi tadi, cam biasa online... then naek satu notification kat fesbuk, dari group untuk course. bagi tahu salah seorang coursemate jadi mangsa pecah rumah.  satu rumah kehilangan barang berharga. dan yang paling utama untuk student final year macam kitorg ini agak-agak apa?




LAPTOP! thats right, pandai kamu semua meneka. lagi-lagi bila kami kena hantar final draft thesis untuk di evaluate pada NEXT WEEK, betul NEXT WEEK iaitu pada 29 DIS 2011.




dan bila LAPTOP dan PENDRIVE hilang apa maksudnya?  semua writing dan data analisis projek sepanjang setahun lepas turut HILANG.  thats the worse part.




bila baca je berita tu mengucap panjang chacha, terbayang macam mana lah rasa kawan tu, kite ni yg setakat menulis lepas tu laptop hang pun dah berdebar lagi kan yang hilang terus.  nak membantu untuk menulis thesis memang tak boleh lah kan. tapi membantu dari sudut lain Insya'Allah.  jadi kami merancang ingin mengumpul sedikit sumbangan dari semua classmate, semoga dengan sumbangan yang tak seberapa itu dapat membantu mengurangkan beban yang di pikul.


untuk yana, ALLAH sangat sayangkan awak. sebab tu DIA uji awak. semoga awak tabah yeh. kami akan cuba membantu selagi kami mampu.  tabahlah menempuh segala ujian yang di beri oleh-NYA. Insya'ALLAH akan ada yang lebih baik untuk awak di masa akan datang.






dan untuk pencuri yang telah berjaya mencuri di rumah kawan chacha tu, tahniah chacha ucapkan.  semoga hidup anda dilimpahi keberkatan dan keredhaan ALLAH.  dan semoga hidayah tuhan akan sampai kepada anda.


betul kata kawan-kawan sebelum ni, dugaan final year lain rasanya. memang berat.  walau apa pun doakan kami semua dapat mengahadapi semuanya dengan baik. sikit je lagi.

Tuesday, December 20, 2011

busy,busy,busy

okay, sape kate lepas final presentation semua dah lapang? sape? meh sini nak tunjuk sikit… adalah sesungguhnya tidak benar yeh kawan-kawan. sebab kami pelajar food tech tahun 4 semester 7 di UMT ini adalah sangat sibuk, sehingga kadang-kala rasa macam tak cukop oksigen. okay tipu. tapi yang part busy tu tak tipu. 

sebab after presentation final haritu chacha dah naik pangkat jadi Marketing Manager pulak. sibuk dengan Product Launching untuk subjek Product Development. sekarang ni, ye literally sekarang ni, sepatutnya tengah buat video iklan produk untuk presentation esok. tapi sebab pagi lagi otak chacha yang bertanggungjawap bahagian kreativiti belum fully awake, jadi marilah kita berfoya-foya sebentar. ngeh3~~

 

and one more thing, sebenarnya this post is untuk try Windows Live Writer yang baru di install. ^^

 

sekian terima kasih. babaii~~

Thursday, December 15, 2011

what.heart.felt

penulisan yang dah lama ditinggalkan, 
bukan kerana tiada masa,
bukan kerana tiada cerita,
tak tahu mengapa, 
keinginan untuk berkongsi menjadi semakin berkurang,


sebelum ini cuma mendengar,
"tahun akhir lain dugaannya"
tapi setelah melalui baru mengerti,
sesungguhnya, tahun ini, semester ini, bulan Disember ini menjadi medan menguji kekuatan fizikal dan mental.
sesungguhnya terlalu banyak dugaan, terlalu banyak ujian,
tetapi Alhamdulillah. semua berakhir dengan baik.
sesungguhnya, saya terlalu berterima kasih.
sangat-sangat-sangat berterima kasih
untuk semua sahabat yang berada di sisi sepanjang masa sewaktu chacha amat memerlukan sokongan kalian semua.
jasa baik kalian hanya Allah yang mampu membalas.
semoga persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila. Insya`Allah. 

detik-detik akhir

dalam diam sudah berada di tahun akhir,
sudah melepasi pembentangan projek tahun akhir yang terakhir,
bakal menghantar tesis setelah hampir setahun bergelumang dengan projek tahun akhir,
semoga semua berjalan lancar,
doakan kami.
ameen.ya rabbal `alamin.