Wednesday, April 7, 2010

makanan halal dan ciri2 nya...

mengikut dalam ape yang aku belajar dalam subjek MKN 3114 ( Perundangan Makanan), makanan halal di definisikan sebagai makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati syarat2 berikut:
  • makanan tersebut dan ramuannya tidak mengandungi mana2 bahagian atau produk daripada haiwan yang tidak halal kepada orang Islam mengikut hukum syarak,
  • atau produk daripada haiwan yang tidak di sembelih mengikut hukum syarak.
  • makanan tersebut tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis mengikut hukum syarak.
  • makanan tersebut adalah selamat dan tidak memudaratkan.
  • ia tidak disediakan, diproses atau di kilang menggunakan peralatan yang tercemar dengan bahan2 najis mengikut hukum syarak.
  • makanan tersebut atau ramuannya tidak mengandungi apa2 bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak.
  • semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan, atau pengangkutan, makanan tersebut di asingkan daripada makanan lain yang tidak menepati keperluan dalam butiran di atas atau bahan2 lain yang disahkan sebagai najis mengikut hukum syarak.
p/s: sebenarnye aku tengah setadi food law tapi tibe ngantok lak... soo... inilah hasilnya... hik2.. *buruk perangai kau nih chacha* 

No comments: