Monday, April 23, 2012

Kuala Lumpur #3

harini di heret oleh teman se-ofis untuk teman beliau tengok movie Titanic 3D.  even dah tengok baaanyak kali sebab kesian, jadinya diikutkan sajelah kan.

by the way time movie yang panjang itu, kadang-kadang berair jugaklah mata chacha nih, bukan sebab terharu dengan cinta si Rose dengan Jack tapi disebabkan oleh kesilapan sesetengah pihak yang mengakibatkan kematian lebih dari separuh penumpang Titanic.

TANGGUNGJAWAB, satu perkataan yang yang bagi chacha bermaksud apa sahaja perkara yang berada di bawah tanggungan kita dan sekiranya berlaku apa-apa kepada perkara itu maka kita akan menanggung apa sahaja akibatnya, dan kadang-kala tanggungjawab itu sekiranya tidak dilakukan dengan jujur dan telus, akibatnya bukan sahaja pada diri sendiri tetapi jugak melibatkan orang-orang  lain disekitar kita.

contoh macam chacha kan, insyaAllah kalau rezeki dibahagian industri tugas chacha adalah di bahagian QC, jadi kualiti makanan yang dihasilkan pleh syarikat tempat chacha bekerja sudah menjadi tanggungjawab chacha. Kualiti ni termasuk lah jugak tahap keselamatan produk yang dihasilkan, jadinya jika chacha mengambil mudah akan tugas chacha sebagai seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan makanan, kemudian di takdirkan Tuhan satu batch produk dah tercemar dengan bahan kimia yang boleh memudaratkan ataupun pencemaran mikrobiologi yang boleh memudaratkan pengguna, kan ke dah menyusahkan ramai pihak. silap-silap boleh meragut nyawa. Nauzubillah~ mintak dijauhkan dari sikap lepas tangan begitu.

samalah kes nya bila tengok Titanic semalam, tak tahu kenapa tiba-tiba terlintas dalam kepala. kenapelah pemilik kapal persiaran sebesar itu tidak menyediakan bot keselamatan yang secukupnya? sebab takut dek jadi sempit? ohh, mereka juga terlalu mementingkan nama dan kepopularan, mau nampak hebat di mata dunia. jadi mereka mengabaikan keselamatan semua penumpang untuk memastikan nama mereka gah, hebat etc.etc.

haihh... entahlah, part paling sedih bila last-last tuh tengok seorang ibu yang tetap tenang bercerita pada anak-anak, even dia tahu yang mereka dah takde harapan untuk hidup. sepasang suami isteri yang tetap berpelukan sampai saat-saat akhir... rasa macam itulah kasih sayang yang paling indah sekali.

cukup-cukuplah, banyak lagi benda nak chacha cakap ehh tulis. tapi nanti panjang sangat pulak, ni pun dah rase panjang sangat dah. heheh. sekian. terima kasih sudi baca. =)

Thursday, April 19, 2012

Kuala Lumpur #2

tempoh masa berada di KL ini berkadar terus dengan bilangan orang yang ditemui dan juga kepelbagaian perangai manusia.  don't judge a people by their looks or education level or whatsoever things that they have until you really know who they are.

sometimes muka bukan main comel tapi perangai tudia, memang huduh. nama saja pemegang ijazah dari universiti terkenal, berpendidikan tinggilah kononnya tapi itu tidak menjamin ketinggian akhlak dan jugak budi bahasa.

tapi kadang-kala not kadang-kala lah, selalu Chacha jugak tak terlepas dari judge people dari segi luaran mereka. almaklumlah, bila hari-hari menjadi pengguna pengangkutan awam, haruslah akan bertemu dengan ramai manusia-manusia lainnya. setiap hari mesti akan berjumpa manusia yang berketurunan Meleis tapi gaya tudia aihh... sakit mata tengok. secara automatik, akan keluar judgement dari otak berdasarkan apa yang mata lihat, jujur biasanya judgment yang terhasil adalah yang bersifat negatif.

mahu mengubah mentaliti untuk tidak men-juri orang-orang yang tidak dikenali adalah sangat susah, but still it is not impssible aite? sebab paling utama untuk tidak judge orang lain adalah kita pun mesti tak suka bila orang yang memang tak rapat langsung, atau memang tak kenal tiba-tiba ada tanggapan yang tak baik tentang kita kan. jadinya, kita pun janganlah bersangka buruk dengan orang.

Lepas nih nak cuba fikir positif tentang semua orang yang dijumpai. *not exactly semualah kan, there are still exception for certain people. =)

till then, assalamualaikum. ^^

Wednesday, April 18, 2012

Kuala Lumpur #1

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t, ehem orang kata kalau nak masuk rumah dah lame kosong kena bagi salam dulu. selawat dulu, hembus kiri kanan sikit. kalau blog yang dah lame kosong cemane pulak gayenye? tak kiralah nak buat gaya apa pun, kuak lentang ke, kupu-kupu ke atau pun gaya bebas. yang penting sekarang keinginan nak menulis tuh dah kembali, cumanya idea-idea masih kekurangan.

okaylah, untuk kali ini nak cerita sikit pasal hidup dekat KL nih. Sekarang nih Chacha dah jadi warga KL kau, bukak-bukak pintu rumah nampak KLCC same KL Tower. Baru feeling KL ye dok. haha.

hidup jadi perantau nih memang mencabar. naseb baek jugaklah intern sekali dengan sorang classmate. kalau tak, tak taulah cemane agaknye nak survive kat metropolitan nih. First thing first, rumah dah ada, (of course lah kan tak kan nak berkhemah pulak) nak cari jalan dari rumah ke tempat kerja, secara otomatis jadi peramah kat tempat baru. ringan je mulut nak bertanya orang bila tak tahu arah tujuan, dan Alhamdulillah setakat nih jumpa dengan orang yang baik2 saja.

lepastu pon jadi hati kering jugak, pergi mana-mana main redah je and not to forget, Google map jadi teman setia. haha.before pegi mana gugel dulu. tengok lrt mane paling dekat. stesen ape yang ada. lepastu agak2 tak sure tahan orang tepi jalan tanya. buat muka yakin walhal tak tau ape-ape.  dari ampang ke subang pon main aci redah aje pegi, dahla sorang-sorang. nasib baik semua selamat. =)

hidup kat sini seronok sebab sangat dekat dengan shopping mall, movies, bookstore(ini terpaling best sekali!). Tak best sebab semua orang pon sibuk, rumah kat sini dah macam hotel, setakat tempat mandi tidur aje. setakat ini saje untuk kali ini. Okbai. ^___^



p/s: Kuala Lumpur, sebelum ni cuma tengok gambar dengar cerita. sekarang bila dah bermastautin kat sini baru tahu apa rupanya, manusia yang ada didalam, kisah-kisah yang terpendam.  Kadang-kadang terasa Kuala Lumpur indah pada zahirnya, sedangkan manusia yang berada didalam tak semuanya indah. Pelbagai cerita dan kisah.