Wednesday, December 1, 2010

selamat tinggal negeri terengganu.

petang ni jam 6 akan bergerak ke stesyen bas.

pukul 8.30 malam akan bertolak ke muar, dengan bas transnasional.

pukul 4.30 pagi insya'allah akan selamat sampai ke muar, johor.

akan berhibernasi dari dunia maya untuk sebulan.

doakan saya selamat sampai rumah ye kawan2.

Tuesday, November 30, 2010

perempuan gila gilfren lelaki penipu.

ohok2. *batuk2 kasi clear tekak sebelum mula menulis*

nak kasi satu cerita kat korang semua, kire yang last lah before chacha balik nih.

pada beberapa tahun dahulu adelah seorang sahabat chacha yang telah berjaya mencium ke-CURANG-an sang kekasih hati. 6bulan kot kena tipu dengan let me bagi nama dia MR.A. its like right after masing2 masuk uni then tak lama tu terus jumpa the orang lain, percaya tak? then boleh couple and tinggalkan kawan chacha ni yang dia kenal for more than 2 years and family semua dah rapat. tapi orang kata dah tak de jodoh kan.

but actually sekarang nih, sahabat chacha memang bersyukur sebab MR.A tu curang sebab sahabat chacha tu dah jumpa someone way better than him.

dan cerita yang chacha nak sampaikan kat sini tentang kekasih hati MR.A yang baru itu. she seems like she no faith at all dekat MR.A. sebab family MR.A ni masih sayang dekat sahabat chacha ni dan perempuan itu langsung tak ada confident dengan hubungan diorang. sibuk mencanang nak kawen lah bertunang lah siap ikut balik rumah semua but in the end nan ado lah jugak. lepas tu tak habis2 nak menyalahkan sahabat chacha nih, kate kacau hubungan mereka lah. cemburu lah. menyesal lah. bahasa jangan cakap, harap saje bakal pendidik tapi budi bahasa memang out. bab memaki serah saja pada itu perempuan. memang sesuka hati saja. dia tak sedar yang tiap kali semester break her so called very caring boyfriend tu lah yang dok mengacau sahabat chacha nih bercerita semua pasal hubungan diorang dan masalah diorang yang ntah hape-hape tu. memang WTF la kan.

sayang, berpelajaran, bakal pendidik bahasa melayu pulak. tapi bab berbahasa memang ya ALLAH langsung ZERO. memang a big no no lah nak hantar anak ke sekolah yang ada cikgu macam ni. suka hati nak panggil orang sampah, pengemis semua. MR.A memang you deserved lah girl like that its totally suits you well and I on behalf on my beloved friends wants to CONGRATULATE you for succeeding in getting a truly 'brilliant', 'soft spoken', 'understanding' and 'well-mannered' what do you called girlfriend tu lah kan.


p/s: sekarang sedang seronok berhibur dengan pesanan ringkas perempuan gila itu. terima kasih sebab sudi hiburkan kami yang baru lepas exam nih. senyum. kasihan kau. seronok sangat psycho orang sampai tak sedar kau sendiri yang jadi bahan.

notakakiku: ada sesetengah orang yang tidak berpijak di bumi yang nyata. kesalah orang lain yang sebesar kuman di seberang laut kau boleh nampak. tapi kain sendiri carik, kaki sendiri terpijak tahu kau tak sedar.

ouh merdeka kah daku?

secara rasminya chacha sudah habis final exam untuk sem 5 ini. muehehehe.
merdeka sudah.
esok mahu pulang hometown sudah.
tak tahu nak tulis apa dah.
haha.
sekian.
tata.

Sunday, November 28, 2010

mari mengira!!

tinggal lagi 1 paper final,

2 hari sebelum final paper,

3 hari sebelum pulang ke kampung, 

5 hari sebelum zoom ke PD.

hoyeah!!!

eksaited mode.

sekian. tata. hiks~~

Saturday, November 27, 2010

[ENG + ROM SUB] 사랑 빛 (Love Light) - CNBLUE

*Love Light*

geuh del bo myun ul gool ee bbal geh jigo
geuh del bo myun ga seum ee doogeun doogeun
ah ee chuh lum soo joob geh mal hago
geuh del bo myun gwen siri oo seum ee na
babo chuh rum ja ggoo man geuh leh
ama neh geh sarang ee on gut gatah

geuh deh neun neh ma eum sok eh president
neh ga seum eh byul soo noh ji
i’m genie for you girl
neh soom eul mut geh haji
geuh deh ga won ha neun gun da
nuh reul sarang ha ni gga
neh sarang eh ee yoo neun ub jan ah you know

geuh deh neun darling
bam ha neuk byul bit boda ah reum da wuh yo
neh mam sok gip peun got eh suh ban jjak guh li neun
naman eh sarang beet

geuh del reul sarang heyo darling
uhn jena neh gyut hae suh beet cheul neh joyo
meh il bam bara bogo
bara bwado ah reum dawuh yo
geuh den nah eh sarang beet

geuh del leul bo myun goo reum eul na neun gi boon
yoo chi heh do ja ggoo man geuh leh ama neh geh sarang ee on gun ga bwah

geuh deh neun darling
bam ha neuk byul bit boda ah reum da wuh yo
neh mam sok gip peun got eh suh ban jjak guh li neun
naman eh sarang beet

geuh del reul sarang heyo darling
uhn jena neh gyut hae suh beet cheul neh joyo
meh il bam bara bogo
bara bwado ah reum dawuh yo
geuh den nah eh sarang beet

geuh deh neun lovely
juh ha neul het sal boda noon ee boo shuh yo
neh mam sok uh doon got gga ji bal geh bee choo neun
naman eh sarang beet

geuh del leul sarang heyo lovely
doo noon eul gam ah bwado geuh deh bo yuh yo
ee luh geh bara bora go
bara bwado noon ee boo shuh yo
geuh den nah eh sarang beet.


TRANSLATIONS

*Love Light*

when i look at you my face gets red
when i see you my heart goes thump thump
i talk with shyness like a kid
when i look at you i just smile out of nowhere
like a fool I keep doing that
I think love came to me

You’re the president of my heart
You’re my chests’ star embroider
I’m Genie for you girl
You make me stop breathing
whatever you want
because i love you
There’s no reason for my love you know

you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my own love light

i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light

when i see you i feel like im up on the clouds
it may be immature but i keep doing this
i tihnk love came to me

you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my very own love light

i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light

you’re lovely
you’re mroe blinding than the sunlight up in that sky
you shine the dark places inside my heart
my own love light

i love you lovely
even if i close my eyes i see you
looking at you like this
you’re still blinding even when i see you
you’re my love light

credits: yubseyo.wordpress.com+gotsnsd @ soompi

sekarang tengah gila dengan lagu ini. sangat manis. suke sangat. <3 <3 <3

Tuesday, November 23, 2010

air sumber kehidupan!!

mane lagi penting. air atau elektrik? mestilah air kan. sape pilih elektrik mesti die gila. ohh. tapi dalam kes kami ni dua2 pon penting sebab SATU KUALA TERENGGANU TAK ADA AIR  SEBAB MASALAH ELEKTRIK. *ini dari apa yg chacha dengar lah.* dari malam semalam tahu kami tak berair. kalau ada pun macam kencing kucing pun lagi besar aigoo2~~ dah tak tahu nak buat apa dah ni. nasib baik kami tak da paper untuk hari ini dan 2 hari akan datang. kalau tak, mesti caca marba jugaklah hidup ni.

tolong lahhhh selesaikan masalah ni dengan segera, tapi yang tambah pelik nya satu lori air pun tak nampak. ke kat sini tak da lori bantuan air. tak kan lah kot. tapi memang sangat stress dengan keadaan ni. serius.sumpah.tak.tipu. nak buat keje pun semua tak jalan. makan pun tak lalu takut nanti sakit perut. huhuhu~~ T___________T

sekarang ni sumpah rasa macam nak balik JOHOR.

Saturday, November 20, 2010

giveaway lagi!!!

wahai orang-orang kampung!!! mari dekat mari rapat!!! ada berita baik yang perlu hamba sampaikan kepada anda semua. sesungguhnya ada seorang pemilik belog ini bermurah hati mengadakan satu 'beri jauh' (baca:giveaway) haha. hadiah nye adalah kerongsang2 yang sangat beautiful bak kata orang kampung saya bukan sepasang ye tuan-tuan. tapi sekotak terus. ini buktinya pada sesiapa yang tidak percaya.


 

cantik kan....  ini adalah hadiah yang bakal diperolehi dari giveaway NOIR JEWELRY. tarikh tutup giveaway ini adalah pada 10 DIS 2010. mari2 join ramai2. =)) sape-sape berminat boleh klik sini

Sunday, November 14, 2010

aku dan bundle hubungannya erat sekali.

kamu... kamu... kamu... dan kamu... haaa... kamu lahhh... (tunjuk sambil angkat kening) ishh... nak lari kenape? nak tanya je. pernah pergi bundle tak? pernah shopping kat bundle? ke jenis yg allergy dengan barang2 bundle?

sesungguhnya rugilah bagi mereka yang allergy itu... sebab hunting baju di pasar2 bundle adalah sangat seronok tau. lepastu baju2 yang kita dapat biasanya rare sebab bundle biasanya barang import, baju-baju yang ada mostly tshirt adalah the one and only. ikut nasib dan kerajinan lah kalau nak jumpe yang cantik dan unik plus murah lagi.

kalau dekat kuala terengganu ni bundle adalah kebiasaan, dan sangat mudah nak jumpa kedai2 yang jual pakaian bundle, and kalau nak lagi murah every Friday ada pasar bundle berdekatan dengan rumah sewa chacha dan jadi tempat kami serumah pergi kalau2 nak shopping di hujung2 sem ini. yelah, baju murah-murah sangat. cantik pulak, sape tak nak kan. contoh macam last friday, chacha dan housemate pergi pasar bundle di teluk ketapang itu jalan punya jalan tiba-tiba dia nampak satu jaket corduroy macam ini:




tanya punya tanya, tawar punya tawar cuma RM12 saje. hah. kalau kat kedai biasa agak2 berape ye? chacha rasa mesti mahal kan. kan. kan. ehehehe.

chacha pulak jalan punya jalan nampak blouse comel pada mata saye lah kannn... >.<


untuk baju hitam ini tengok sekali terus macam terpikat. macam ehh2 comel nya baju ini tambah istimewa sebab ada tali kapal dekat lengan tuh. -____-''
cube teka berapa harganya..... murah sangat kalau nak compare dengan butik2 lah kan or shopping mall
cuma RM8 saje. teeeheee~~ 
berbaloi-baloi.


yang bercorak ala-ala retro ni lebih kurang sama dengan corak lantai rumah ni pulak cuma RM10
see, berbaloi kan dengan tak sampai RM20 boleh dapat 2 helai blouse. heheheh.


haa, sekarang apekah pendapat anda tentang bundle? seronok tau pergi hunting baju di kedai bundle ala2 adventure gitu. haha. okay lah. cukup panjang dah rasa menulis ni. sekarang nak pergi jemur kain + packing baju + setadi. ada paper jam 12 nanti dan malam ini pulang hometown!! yeay!!!

Thursday, November 11, 2010

sixth sense.

bukan nak cerita pasal movie the sixth sense ke ape tau. cuma nak tanya sikit je. kenapa mak chacha macam tahu2 je ape yag chacha tengah dok buat kat kuala terengganu ni. *bukan buat benda jahat okei. ehehe* tadi mak call tibe-tibe tanye mengenai sesuatu yang agak pelik. macam tahu2 saje yang perasan anakanda beliau di sini sedang berbunga2.

mak: assalamualaikum...
chacha: waalaikumsalam..
mak: cemane exam tadi? boleh jawap?
chacha: alhamdulillah...
mak: alhamdulillah... 

tiba-tiba

mak: dah ada bunga-bunga?
chacha: bunga? bunga ape mak?
mak: alah, tak de lagi ke bunga-bunga?
chacha: bunga ape mak nih?
mak: bunga lahh, bunga ros ke...
chacha: bunga melor ke ehh mak ehh.. hehe...


begitu lah lebih kurang dialog antara chacha dengan mak tadi. memang sebenarnya hati tengah berbunga pun 2-3 hari ni. haha. *blush* mak chacha saja ke memang semua mak macam tu ehh?

Wednesday, November 10, 2010

Itazura na Kiss !!!!



ohh soooooo damn sweet lah ini anime. barang siapa yang belun tonton WAJIB tengok. sangat touching ini love story. bikin chacha sanggup berjaga malam semata2 mahu tengok ending nya bagaimana.

amat sangat super duper suke lahh dengan ini anime. the way the main character express their feeling of love, the determined heroine in order to do anything for her hubby. the tight bond between the family and all the loveee scene. *yea2 saye mengaku saye jiwang. =.=''*  sangat menyentuh hati. bila tengok dengan housemate, masing2 pun macam awww~~ mereka sangat sweet. nak kawen jugak lahh. but kami balek ke bumi dengan segera. ahahaha. sedar diri cepattt kau nak final dah!!!

video di atas adalah OST bagi anime ini. kalau nak yang penuh, sila cari sendiri. huhuhihihehe. sebab chacha pun di beri oleh classmate yang baik hati. okay, jam sudah menunjukkan 3.43 pagi. selepas berpuas hati bermarathon menonton ini anime sekarang masa untuk beradu. semoga chacha mimpi-indah-dapat-kawen-dengan-doktor-kacak-lagi-bijak-dan-superduper-cool macam dalam anime itu. huhuhihihehe.

selamat malam or should i say, zhaoshang hao peeps. toodles~~

Monday, November 8, 2010

okay, mereka marah.

haihh~~ setelah sekian lama akhirnya gunung berapi telah meletus!! kebabom!!! dan kami semua terkena muntahan lahar dan debu panasnya. agak perit agak pedih, tapi harus bagaimana kan. kesalahan berpunca dari diri sendiri haruslah bersedia menerima kesannya.

muntahan lahar yang diharap akan dapat membawa kehidupan baru yang lebih baik, yang lebih subur. supaya apa yang telah berlalu di jadikan pengajaran dan iktibar. dan dikambus dalam dan kejap di dasar. tidak perlu di gali tidak perlu di ungkit anggap saja sebagai sejarah yang hitam ehh tidaklah begitu hitam, kelabu mungkin. haha.

di saat ini semua pun harus ehh bukan WAJIB berubah. titik. semoga semua akan berjalan lancar selepas ini. amin~~

Thursday, November 4, 2010

jangan pergi dulu, please?

hilang, tidak dapat di jumpai atau apa sahaja yang berkenaan dengan perkataan di atas. chacha percaya semua orang pun pernah merasa kehilangan. tak kisah lah sesuatu yang besar atau kecil. tapi semua pun takut dengan kehilangan. takut bila sesuatu yang di sayang sesungguh hati hilang dari pandangan, takut apa yang tersimpan kemas dalam hati tiba-tiba direntap pergi.

tapi orang kata kehilangan itu lumrah hidup. pasti. semua akan merasa. sama ada bersedia atau tidak sahaja diri untuk menerima akannya.




notakakiku: maaf, merepek petang2 ni. faktor kesihatan mempengaruhi mungkin.

Tuesday, November 2, 2010

[M/V] 2AM_죽어도 못보내 ( I Can't Let You Go Even If I Die)

 

lagu yang sangat menyentuh hati. benarlah kata orang 'music is a universal language' walaupun bahasa yang digunakan asing di pendengaran (walaupun hari2 dok pasang lagu korea, kira asing lah sebab tak faham. =p) tiba2 rasa sedih je bila dengar lagu ni dan video yang sangat menarik. bile lah Mesia nak ada MV macam ni? =.='' balek2 kat taman bunge, celah2 pokok. haihh~~

disertakan sekali dengan lirik dibawah:

ROMANIZATION

*Even if I die, I can't let you go*

Eoryeodo apeun geon ttok gata
Sesangeul jal moreundago apeungeol moreujin anha

Gwaenchana jil georago wae geojitmareul hae
Ireohke apeun gaseumi eotteohke shwipge natgesseo
Neo eobshi eotteohke salgesseo geuraeseo nan

Jugeodo mot bonae naega eotteohke neol bonae
Garyeo geodeun tteonaryeo geodeun nae gaseum gochyeo nae
Apeuji anhke na saragal surado itge
Andwindamyeon eochapi ussal geo
Jugeodo mot bonae

Amuri niga nal milchyeodo kkeutkkaji butjabeul geoya
Eodido gaji mothage

Jeongmal gal georamyeon geojitmareul hae
Naeil dashi manna jago useu myeonseo bojago
He eojijan mareul nong damirago animyeon nan

Jugeodo mot bonae naega eotteohke neol bonae
Garyeo geodeun tteonaryeo geodeun nae gaseum gochyeo nae
Apeuji anhke na saragal surado itge
Andwindamyeon eochapi ussal geo
Jugeodo mot bonae

Geu manheun shiganeul hamkke gyeokkeot neunde
Ijewa eotteohke honja sallan geoya
Geureohken mothae nan mothae

Jugeodo mot bonae, jeong mallo mot bonae, naega eotteohke neol bonae
Garyeo geodeun tteonaryeo geodeun nae gaseum gochyeo nae
Apeuji anhke na saragal surado itge
Andwin damyeon eochapi mossal geo
Jugeodo mot bonae


TRANSLATIONS

*Even if I die, I can't let you go*
Even though I'm young, the pain is the same
Just because I don't know the world very well
Doesn't mean that I don't know pain

Why do you lie, saying it'll be okay?
How will my heart that hurts this much
Be healed so easily?
How will I live without you?
That's why I

Can't let you go, even if I die
How am I suppose to let you go?
Whether you go or leave, fix my heart
If you can't fix it so that I won't be in pain
So that I can at least live
I wouldn't be able to live anyway
I can't let you go, even if I die

No matter how much you push me away
I'll hold onto you until the end
So that you won't be able to go anywhere

If you're really going to leave, then lie
That we should meet again tomorrow
That we should meet as we smile
If breaking up wasn't a joke, then I

Can't let you go, even if I die
How am I suppose to let you go?
Whether you go or leave, fix my heart
If you can't fix it so that I won't be in pain
So that I can at least live
I wouldn't be able to live anyway
I can't let you go, even if I die

We went through so much time together
How are you telling me to live by myself now?
I can't do that, I can't

I can't let you go, even if I die
I really can't let you go
How am I suppose to let you go?
I can't let you go
Whether you go or leave, fix my heart
If you can't fix it so that I won't be in pain
So that I can at least live
I wouldn't be able to live anyway
I can't let you go, even if I die

CREDITS
Hyuu @ soompi for the ROMANIZATION
kimchi hana @ soompi for the TRANSLATIONS

Sumber video: 2am channel youtube 
sumber lirik: k-pop madness 

h.u.j.a.n

ahhh...
saat-saat hujan ini,
hati tiba-tiba berdetik,
mengingat seseorang,
seseorang yang sudah lama tenggelam diarus masa,
tapi secara tiba-tiba,
melompat keluar entah dari mana,
kenapa, mengapa kau muncul,
hati sila teguh dan kukuh ya.

Sunday, October 31, 2010

datanglah.... aku seru kau, datanglah!!!!

chacha tak tahu kenapa. sejak beberapa hari ni, keinginan nak menulis tu tiada, zero. sebab test mungkin atau secara tiba-tiba berat jari ni nak meluahkan apa yang berlaku, atau memang tak ada ape pun yang seronok dengan life sepanjang beberapa hari ni.

cuma sekarang tengah macam serabut tambah risau di atas beberapa sebab yang tidak dapat diceritakan di sini. hehe. mungkin kesilapan sendiri menyebabkan masalah ini timbul, sekarang sedang cuba bermuhasabah diri dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

final tinggal 10 hari. T.T. harus bagaimana untuk menghadapi? wahhh~~ rasa macam baru hari tu masuk sem 5 ni. pejam celik dah nak abes dah. >.<  walaupun tak sabar nak abeskan sem ni tapi sem depan lagi mencabar kott. nak menyediakan ayat2 manis untuk proposal FYP. barang sesiapa yang bermulut manis tu, hulur2 lah barang sebaris dua ayat. haha. moga dapat membantu chacha. berdebar jantung fikir pasal FYP nih. harap semua berjalan lancar. hwaiting!!

Monday, October 25, 2010

kahwin paksa. . .

pernah tak tengok cerita Little Bride or Sweet 18.   *nak tunjuk gambar, tapi belog ada masalah tak boleh nak upload* kalau mana2 yang tak pernah tengok dan teringin nak tengok boleh lah klik sini

bila tengok cerita ini, rasa seronok. perkahwinan yang dirancang keluarga, mula mengenali satu sama lain dan bercinta selepas kahwin. macam sweet sangat, walaupun macam2 dugaan dan rintangan tapi dorang sabar dalam menempuhi semua masalah tu. satu lagi, walaupun jarak umur yang jauh antara dorang, tapi tu bukan masalah untuk saling memahami antara satu sama lain.

teringat kata2 Jung Sook dalam drama tu. "saya dapat melihat dunia dari sudut yang lain bila bersama awak, cuma saya rasa sedih sebab tak akan dapat tahu macam mana 10tahun pertama hidup awak. tapi tak mengapa sebab masa kita bersama masih panjang." terase macam ohh2~~ bahagia nya mereka. ^_^

hati ada sedikit cemburu, bila melihat kemesraan suami isteri itu. kadang2 bertanya jugak akan datang dapat atau tidak pasangan yang memahami sebegitu? harapan setinggi gunung, seluas langit, doa tanpa putus berharap agar dipertemukan dengan suami yang memahami dan menerima diri seadanya. insya'allah. tapi perjalanan masih lagi jauh, sangat jauh. tapi berangan tak salah kan. hihik. ^__^

tolong!!!

kenape tibe2 saya tidak bole mengupload gambar di belog ini? sedih ni... sedih ni... huhuhu~~~

Sunday, October 24, 2010

kau ingat aku jin?

pernah tak korang2 makan asap masa tengah bawak motor kat tengah jalan? pernah tak? pernah tak? chacha sebagai minah rempit yang bergaya penunggang motor berhemah yang motor merupakan tunggangan harian untuk kemana-mana. kadang-kadang bile kat atas jalan ada sesetengah pemilik motor atau kenderaan lain yang entah dah berapa lama tak servis kenderaan entah. asap keluar dari ekzos macam asap nak sembur nyamuk tu haa. berkepul2. kadang2 sampai chacha ingat ada kebakaran ke ape kat depan. tengok2 asap motor rupenye. fuhh~~ sesak nafas woii!!!

musykil jugak, orang lain punye motor tak adelah pulak nak berasap sampai mcam tu sekali. kalau lah asap tu wangi tidaklah mengapa. ini.... terasa sia2 bile pakai perfume sebab hujung2 bila sampai kelas bau asap.=.=''
susah sangat ke nak hantar motor pergi servis? susah ke? susah ke? kedai motor berlambak kott. ishhh~~

kehadapan mereka2 yang mempunyai kenderaan yang sedemikian rupa. tolonglah... tolonglah... hantar servis motor/kereta/van or whatsoever kenderaan yang korang ada. kami2 ni bukan JIN okeh. makan asap semua. kami ni manusia. makan nasi. tolong yea. =)


notakakiku: berdasarkan pengalaman semasa menuju ke Bukit Besar weekend lepas. berselisih dengan satu motor ni harap motor je cantik tapi asap~~ subhanallah. berkepul2. sesak nafas chacha tahu!!

Saturday, October 23, 2010

ehh.. bukit ape tuh?

kredit gambar: google




sape2 yang duduk area kuala terengganu or orang terengganu mesti kenal kan.. kan.. dengan sign nih. hehehe. kalau tak kenal... ishhh... tak patut... tak patut... kene buang negeri la jawab nye. haha.  cepat sape tau ini kat mane?? sape dapat bagi tau chacha bagi upah doposen. haaa... cepat2....


kredit gambar: google



ini adalah situasi yang chacha hadapi pagi tadi. menghabiskan cuti hujung minggu dengan kawan sekelas dan jugak serumah. sangat seronok. walaupun bukit itu tidak tinggi tetapi agak mencabar bagi yang 'sangat rajin' bersenam seperti diriku ini. haha. semput wohh. sangat salute sama orang2 yang mampu berlari naik dan turun bukit ni berkali2. kalau chacha naik kali kedua tuh rase nye dah merangkak dah kot. lepastu turun pulak dah berguling macam Himawari adik SinChan tu haa =.='' maklumlah stamina chacha kan saaaaangat tinggi. muahaha. kalau nak tahu (pada sape yang tak tahu la kan) track jogging kat bukit ini. semua curam macam nih

~

 ~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~
 
~

~

kredit gambar: google

pheww~~ letih mak tau. haha. last week naek setelah sekian lama tak naek, sampai2 atas, kawan2 semua tegur, muka pucat. menunjukkan chacha sangat tidak fit. =.='' haihhh. bile ntah nak rajin jogging. tapi hari ini dah tak. muke merah saja. haha. sudah ada improvement sudah. suka2. =) walaupun ada la berhenti amek nafas dalam 5 ke 6 kali. haha. *blushing*




kredit gambar google
 ini pulak view yang dapat di lihat kalau dah sampai puncak. boleh laa nak tengok area yang dekat situ. Masjid Kristal pun boleh nampak jugak dari atas ni. cantik dari jauh. shiny-shiny. hehe. lepastu rasa fresh sangat kat atas tuh. kalau boleh nak jadikan acara mingguan. seronok tahu. walaupun penat. lepas dah puas berehat kat atas, camwhoring sume. bersiap untuk turun. tapi di sebabkan track yang curam once dah start berlari tak boleh berhenti. haha. time nak turun ni lah masing2 menunjuk konon2 macam fit sebab boleh berlari turun. haha. walhal masa naik rasa macam nak putus nafas. lepas dah sampai bawah, dekat taman rekreasi depan bukit tuh ada aerobik maka kami pun menjoinkan dirilah seronok, menari2 bagai, buat step sendiri. haha. kesian mak cik instructor kat depan tuh. =p 

lepas tuh ramai2 pergi makan roti canai sama teh tarik. baru bakar kalori dah tambah balik. haha. mesti korang cakap macam tu kan2... haa... mengaku je... tak baik tipu tau. =p

lepas tu kami pun pulang lah ke rumah. itu saja untuk hari ini. sekian. terima kasih. =))


natakakiku: bukit yang di maksudkan adalah Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Tuesday, October 19, 2010

free button 'state blogger'



sile lihat di atas itu kan ada button 'johor blogger' cantik kan2.
haaaa~~ nak tak?? chacha tau korang sume mesti nak kan...
xbaek tipu... dose wohh... haha...
nak tahu tak chacha ambik kat mane?
kalau nak kene bagi doposen dulu baru chacha bagi tau.
dua puluh sen... dua puluh sen... errr....
ok2.... maen2 saje... tapi kalau nak bagi betol pon bole jugak. haha.
pada sesiapa yang mahu juga button seperti di atas boleh lah ambik kat blog bighandesign ni.
percume saje, yea di ulangi PERCUMA!!! chacha tahu orang M'sia ni mmg suke benda2 free kan2.
semua negeri pon ade. silelah singgah blog bighandesign tuh.
oklah, mahu sambung tengok CHINTA. tata. =))

mood swing

mood itu apakah? berdasarkan wikipedia mood swing itu adalah:

sile klik sini. malas mahu tulis panjang2 haha.

sebulan sekali mesti akan mood swing. bukan salah chacha, hormon yang salah. haha.
time2 begini, emosi sangatlah terganggu.
rasa berapi saje. sikit2 pun mahu marah. banyak2 apetah lagi.
inilah akibat PMS  huhuhihihehe.

adess... sekejap2 ok. sekejap lagi angin. kadang2 tu tengok mike certain orang pun tak boleh. macam nak marah je kalau tengok muke2 itu. kenape, mengape dan bagaimana jadi begitu chacha pun begitu. tapi untuk certain orang sajelah. bukan semua. jangan pulak kamu2 semua larik bile jumpe chacha okeh.
chacha sorang yang ada rase macam ni ke semua pon ada rasa macam ni?? acu cube terai test cite sket. *bahasa apakah itu wahai chacha??* ahh... xkisahlah, tapi kalau time mood swing ni. memang sedaya upaya chacha akan menahan diri dari memarahi mereka2 yang tak bersalah. haaa.... baek tak.. baek tak?? it just sometine tak dapat jugak nak control. sorry lah ye. huuu~~~ esok xbuat dah tapi luse buat lagi. hihik.
oklah, malam sudah, and chacha mahu tidur sudah, konon2 nak rehatkan otak yg baru lepas test before prepare untuk next paper FINAL EXAM yeh kawan2. this friday, wosh me luck. nite2.

Saturday, October 16, 2010

siapa suka senja?


bila lihat sang mentari semakin hilang disebalik sana,
apa yang kamu semua fikirkan?
sehari yang telah berlalu,
esok yang bakal tiba,
umur yang semakin bertambah,
maut yang semakin dekat,
apapun,
semoga esok yang datang,
lebih baik dari hari ini.
insya'allah.

Thursday, October 14, 2010

mee+siput+ikan

tadi pagi after kelas pergi berjumpa dengan dr. yusnita. niat nak mintak consultation pasal tajuk FYP yang macam chacha cerita entry lepas. tapi kurang persediaan. senang cakap. memang tak sedia langsung. ralit buat kerja malam tuh, tak sempat buat research dengan lebih tentang produk. *tak bagus jangan tiru okeh kawan2 semua*
bila dr. tanya, kenapa nak buat itu? kenapa begitu? kenapa begini? apa parameter kamu? apa justification kamu? nahh... silekan menjawap. dengan suara yang menggeletar, eye contact tak constant, dok pandang kawan sebelah mintak belas ihsan. *tolong jawapkan bagi pihak aku*
apa yang aku tahu aku jawap. dan dr. ada bagi guide tentang dari sudut apa aku patut kaji, apa parameter yang sesuai. dan bermacam2 lagi. *terima kasih dr.* saya menghargai bantuan dr.
lepas sesi soal jawap. chacha tidak menaruh apa2 harapan sebab dari cara Dr. macam tak berapa yakin, *macam mana dia nak yakin sedangkan kau sendiri tak yakin chacha*. tapi tiba-tiba,

dr. : awak yakin awak boleh buat produk ni?
chacha: insya'allah dr.
dr: awak betul ke nak buat dengan saya ni:
chacha: haaa? kalau dr sudi terima saya, saya berbesar hati.
dr: tapi kalau tak jadi jangan salahkan saya. sebab saya tak pernah buat mee siput.
chacha: ehh, xpe2. terima kasih dr.

feeling dalam hati masa tu, sangat lega. terasa macam lepas satu beban dan kerisauan. tapi sudah di warning awal2 oleh dr.yus. "dengan saya, saya tak suka suap pelajar2, you need to show your effort." baeklah dr. akan ku berusaha sesungguhnya.

sesungguhnya pertarungan baru bermula. doakan chacha supaya berjaya hingga ke akhirnya.
terima kasih.=)

Wednesday, October 13, 2010

final year project (FYP) or projer ilmiah tahun akhir (PITA)

okay sekarang mood FYP sudah mari. masing2 pening nak mencari ilham... tajuk... yang sesuai dengan jiwa dan raga masing2. errr... camtu pun bole ke?  masing2 juga sudah mula misi 'supervisor hunting'. chacha?? masih berfikir2 apekah tajuk yang sesuai. produk ape yang boleh di tambah baik, lepas berfikir secara 'intensive' bersungguh-sungguh. lalala~~ masuk bakul angkat sendiri datanglah beberapa tajuk yang macam menarik untuk dijalankan.

kamu pernah dengar tentang mee siput? (bukan siput yang di proses jadi mee okeh) atau mee sanggul yang terkenal diangkasa raya di JOHOR especially di hometown chacha MUAR. sebab rasenye other part of johor pon xde mee siput ni. mee siput nih sejenis makanan ringan. sedap kalau di cicah dengan sambal tumis atau pun sambal kicap.
ini rupa sebelum digoreng.

ini pulak rupe lepas goreng.

see, menarik kan. soo untuk chacha punye fyp nih rasa macam nak buat sikit improvement.

1. nak buat mee siput ikan yang mana bahan utama guna daging ikan. atau
2. mee siput dari udang or ketam or sotong seafood punya atau
3. mee siput yang berperisa, bukan buah-buahan tapi something spicy sebab chacha suke pedas. hehe.

tapi yang mee siput ikan tu dah ada orang buat dan komersialkan. harap2 masih bole digunakan lah tajuk tu. yang seafood tuh pulak macam pernah jumpa dulu tapi sekarang tak tahu ada lagi ke tak. rasa2 kalau chacha buat salah satu dari tajuk diatas dan kalau betul lah bole jadi produk tu, (harap2 nye boleh dan korang kena doakan supaya boleh. haha) korang2 semua nak rasa tak?

All I Need - Alyssa Bernal Original







notakakiku: ahh~~ hati yang pelik. sila bersabar, jangan kau terlalu mengharap. kerana segalanya masih belum pasti. selagi dia masih belum sah menjadi hak, selagi itu jangan kau letakkan harapan semuanya, jangan kau curah kasih semuanya, jangan kau letak percaya sepenuhnya. jangan, kelak berlaku apa2 kau yang kecewa. ingat tu chacha, pesanan dari aku untuk diri aku.

hati itu pelik.



hati itu pelik, walau terluka masih setia.

hati itu pelik, walau terguris masih menanti,

hati itu pelik, sayang yang ada hilang tiba-tiba,

hati memang pelik, susah betul nak mendengar kata,

bila dipesan lupakan, ehh tidak, itulah yang di ingat,

bile dipesan jauhkan, ehh tidak, itulah yang kau kejarkan,

kenapa hati pelik?

dengan hati lah kita menyayangi, dengan hati juga kita membenci,

sudah lah... aku tak mahu fikir lagi.

yang penting. hati memang pelik.

Saturday, October 9, 2010

cube teka sape saya?



haaa~~ wo shi sui?? *siapa saya?*

alhamdulillah.

"wo jiao VAMPIRE. wo zhu zai US. wo yi qing bian gui wu nian le. wo yu ce huo shi de"


dah selesai dengan drama mandarin kami.
and the best part is...... kami dapat no 3 !!!!
yeay!!!
xsangka la jugak. sebab saingan dari bahasa lain semua hebat2.
xsia2 usaha kami2, ubah skrip, berlatih sampai jauh malam.
and mule2 macam kecewa sebab dapat turn yg ke 9 dari 11 kumpulan.
but in the end it wort it. =)
1 more thing all three groups in chacha's class dapat nombor. =)
the other group dapat no 6 and 9. haaaa...
tempat ke 3, 6, and 9. teeeheee~~ =)
cantik je susunan tu kan. tp yg penting group chacha no 3 lah. =p
for the first and second place jatuh pada group japanese.
tapi persembahan dorang memang mantap lahhh... terbaekk... memang patut pun menang. =)
seronok jugak bile ramai yang nak amek gambar dengan group-mate chacha.
sebab.... kami berlakon sebagai 'gui'=hantu.
agak menakutkan bile tengok muke sendiri. teeeheee~~
walaupun chacha ade laa lupe skrip tadi.
muke maintain yakin. tuh yg dapat no 3 tuh agaknye. haha.
oklah... chacha mahu mandi. mahu buang ini hantu punye make-up.
sekian. terima kasih. tata.

Friday, October 8, 2010

hao jiu bu jian. ni hao ma?

wahh2~~ terasa begitu lama sekali tidak menulis entry terbaru dalam ini belog. phewww~~ akhirnya hari ni berjaya jugak mencari masa untuk menulis. haha. ke-poyo-an sungguh kau chacha. walaupun hampir 24jam masa dihabiskan didepan laptop tetapi sesungguhnye tidaklah sempat untuk mencoret barang seayat dua di sini. dan sudah lame tidak berbelog walking. mesti traffic pon dah xde.T___T

ape mahu buat kan, assignment datang bertimpa-timpa. test pulak berderet-deret. terase macam separuh gila. tapi alhamdulillah, berjaya di selesaikan hehe. next week pon begitu juga. 2 assignment yang perlu dihantar dan 2 lagi test menanti. tak lupa jugak 1 PAPER  FINAL yang di awalkan kerana lecturer chacha mahu menunaikan ibadah haji. alhamdulillah. =)

ohh~~ pasal entry untuk barang yg chacha beli secara online tuh, mintak tangguh ye. hehe. xsempat mahu men-snap gambar. sorry ye. =p

ohh ya. esok chacha punye pertandingan drama, khas untuk mereka2 yang ambil subjek bahasa asing, perancis, arab, jepun n mandarin. untuk pengetahuan sape2 yang tak tahu. chacha amik mandarin. hehehe. doakan kejayaan kami semua esok ye. =) harap2 semuanya berjalan dengan lancar. insya'allah. satu lagik... tolong lah doakan chacha dapat turn yang awal2 yep. pleaseeee~~ *mate bintang2*

okeh. sekian untuk kali ni.
tata. =)

Wednesday, October 6, 2010

doakan dia.

tadi baru dapat berita. sepupu chacha kemalangan jumaat lepas. semasa perjalanan pulang ke rumah lepas solat jumaat.
agak teruk.
patah tangan, satu jari tapi tak pasti jari mana.
bibir berjahit. gigi pun patah jugak.
baru semalam operate masuk besi kat tangan yang patah tu.
kamu semua tolong doakan dia cepat sembuh ye.
terima kasih. =)

Sunday, October 3, 2010

shopping!!!!

mood shopping online sudah kembali ye kawan2.
semalam baru lepas order pashmina and inner syria dekat satu blogshop nih.
sangat2 cantik2 wohh design yg ada kat sane.
nanti2 kalau dah selamat dalam tangan itu barang akan ku tayang pada kamu semua. haha.

lepastu kan nak tengah nak cari dress yang labuh untuk santai2 tepi pantai.
di manakah mahu cari ya? any idea?

Wednesday, September 29, 2010

semua ini penghapus dosa, bersabarlah wahai sahabat. =)

hari ini kita gembira. tapi esok lusa mungkin derita.
hari ini kita bersedih. mungkin esok akan bahagia.
tiada siapa yang akan tahu apa yang akan kita tempuh.
walaupun kadang-kala kita rasa dunia ini tidak adil.
tetapi sesungguhnya apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku
telah di tetapkan oleh-Nya.
cuma Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
kita cuma boleh berusaha dengan sesungguhnya untuk menghadapi
segala cubaan dan dugaan yang di takdirkan.

wahai sahabat yang aku sayangi,
bersabarlah,
aku tahu dugaan yang menimpa dirimu sungguh berat,
dan hanya sokongan dan doa yang mampu aku hulurkan,
di harap kau akan tabah menghadapi segalanya.
sesungguhnya Allah itu bersama dengan hambanya yang sabar.

" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya."  (HR. Bukhari)

"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah."  (HR. Bukhari)

"Musibah-musibah yang berterusan menimpa orang miskin, sama ada menimpa dirinya atau anaknya atau hartanya, hinggalah pada akhirnya ketika ia bertemu dengan Allah tidak ada lagi dosanya. (HR. Tirmizi)

Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling hebat menerima musibah? Baginda menjawab: "Para Nabi, lalu orang-orang yang yang ketaatannya mendekati para Nabi dan demikianlah seterusnya. Ujian yang diterima seseorang sesuai dengan tinkat imannya, jika imannya kuat, maka ujian yang diterimanya pula sukar, jika imannya lemah, maka ujian yang menimpanya sesuai dengan kelemahan imannya itu. Ujain demi ujian terus akan menimpa diri orang yang beriman, hinggalah segala dosanya diampuni. Sebab walau bagaimanapun hebatnya keimanan seseorang, pasti mereka ada melakukan dosa walaupun kecil".

Mengenai pahala yang akan diterima oleh orang-orang yang bersabar ketika menimpa musibah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: Jika Aku menguji hambaKu (membutakan) kedua-dua matanya, lalu ia sabar maka Aku akan mengantikan baginya dengan syurga". (HR. Bukhari)

Orang-orang yang sabar dalam menerima musibah telah dijanjikan Allah SWT akan mendapat pahala yanng besar. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, " Dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar, yakni orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya. Mereka itulah orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhan dan diberi petunjuk." (Al-Baqarah: 155-157)

Wahai sahabat yang aku sayangi, terdapat tiga berita gembira yang ditunjukkan Allah kepada orang-orang yang sabar iaitu:
  • Beroleh ampunan dari Allah
  • Beroleh rahmat dari Allah
  • Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah).
Di dalam Al-Quran Allah SWT telah mengajar kita supaya mengucap kalimat "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" ketika mengalami musibah. Disunatkan mengucapkan kalimat tersebut setiap kali ditimpa musibah, dari yang paling besar hinnga musibah terkecil, seperti terpijak duri dan sebagainya.

Dalam tujuan yang sama sebuah hadith Rasulullah SAW telah menjelaskan yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah lalu membaca ayat yang diperintahkan Allah SWT "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" (Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah SWT memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya." (HR. Muslim) 

Bacaan tersebut mengandungi penawar bagi apa juga bentuk musibah jika diamalkan dan dihayati sepenuh jiwa kerana didalamnya terkandung pengakuan yang penting terhadap dua hal:

> Pengakuan diri sendiri, anak, suami, isteri dan seluruh harta adalah milik Allah SWT. Seseorang tidak memiliki semuanya itu melainkan atas dasr amanah yang diberikan kepadanya oleh Allah SWT. 

> Akhir semua manusia adalah kepada Allah SWT samada cepat atau lambat, yang pasti manusia diciptakan ia tidak mempunyai apa-apa, tiada keluarga dan harta. Maka seperti itu jugalah kelak ketika manusia bertemu dengan Tuhannya. Jika ada yang mendampinginnya, maka itu adalah amalnya ketika di dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kamu datang menemui Kami bersendirian  sebagaimana Kami ciptakan kamu juga sendiri-sendiri dan kurnia yang Kami berikan itu akan tinggal di dunia." (Al-An'am: 94)


p/s: untuk sahabat2 dunia maya chacha, diharap kamu semua dapat turut mendoakan kesejahteraan sahabat chacha yang sedang di timpa dugaan yang berat. doakan dia supaya sabar dan tabah untuk menempuhinya. hanya itu yang chacha mampu bantu. diharap kamu semua pun begitu. terima kasih. =) 


notakaki: petikan hadis di ambil dari sini.

akhirnya masa kau dah tiba!

akhirnya... setelah sekian lama aku menanti tiba jua saat nya. aku disini dengan segala hormatnya ingin memberi kau apa yang kau sepatutnya terima. sila skrol ke bawah ye.
~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

kredit gambar incik gugel




p/s: selamat ulangtahun yang ke 21 wahai adindaku mardhiah mohamad. semoga berbahagia la selalu hendaknya. semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-NYA.

hari ini hari kau!!!



khas untuk adek gumuk kesayangan yang baru saja genap 21 tahun hari ini. semoga apa yang telah berlaku itu di ambil sebagai panduan untuk masa hadapan. okeh.wishing you all the best and happy always. semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-NYA.

p/s: khas untuk muhammad afiq hamdan. =)

Tuesday, September 28, 2010

perempuan & sayang

ada satu hari chacha mendapat satu soalan:

"perempuan memang mudah lupa sayang orang kat die eh?"

terdiam sekejap, sebab soalan ditanya oleh seseorang yang baru sahaja kecewa, bila perempuan yang diletakkan harapan telah pergi meninggalkannya.

lepas berfikir,

"perempuan susah sangat nak lupe sayang orang pada die, sebab itulah die pergi tinggalkan kamu, sebab die masih tak boleh lupa dengan sayang orang yang sebelumnya."

tak tahu sama ada jawapan diatas tepat atau tidak. cuma itu yang chacha rasa.

p/s: sangat sakit bila orang yang kita harapkan pergi jauh dari kita.

Sunday, September 26, 2010

sakit kepala


kerja yang banyak. tengok laptop lama sangat. kurang tidur. sekarang nah ambek kaw. kepala berdenyut2. tengok2 orang pon kecik besar kecik besar je. haihh~~ need some rest lah. selamat malam semua. esok kelas jam 8.00. tata. assalamualaikum.

Saturday, September 25, 2010

his heart break into 1000 pieces

this morning, i have called my little brother because he said that he really need someone right now. when i called him, he was sounding like he really is lost. feeling like crying when hearing him like that. =(

is it wrong to love someone? i don't think so. but maybe sometimes we just loved the wrong person. he told me that the girl that he knows, he love, and gave all he has, has turned him down. because she didn't really has gotten over her ex. after all the hope that she has given to my lil bro, after all lil bro has given to her, his hope, his love, his spirit and his everything. and now she has gone, living him alone.

he has come to me, talking, pouring all his heart felt but i, just able to listen. can't do nothing. just because i don't really know what to say in order to comfort him. just pray that he will be okay soon and may his spirit will be back. wishing you all the best lil bro. i will always be here for you.

people, any idea on how to mend a broken heart?

Wednesday, September 22, 2010

sibuk. busy.dan yg sewaktu dengannya.

yeahh!!!
sem ni baru betul rasa macam student uni yang bergaya berjaya dan cemerlang. sebab macam sibuk gile kot. assignment mencurah-curah ke ladang gandum. ehh??? lepas satu, satu datang yang ni tak siap, dah sampai satu lagi. kelab pulak tibe2 je aktif, tibe2 je name naek jadi ajk laa pulak. hehe. sebelum nih, macam seronok je tengok kawan2 yang sibuk dengan kelab tuh, kejap2 meeting, kejap2 meeting sekarang haaa.. ambek kaw... rasekan. haha. asal malam je meeting, asal meeting je malam.

sebab itu sekarang jarang dapat berbelog walking. mintak maaf kawan2. T___T
saya janji ada masa saya akan berjalan2 ke belog kamu2 semua.

okaylah. sekarang chacha nak sambung buat lab report. baru je balek dari meeting nih. hehe.tata semua.

Monday, September 20, 2010

ehh3~~ pemalas nye budak neh.

chacha rasa die sorang yang pemalas kurang rajin. nak buat assignment tak jalan nak berbelog walking pon tak gerak. adoiyaiiii. seseorang tolong, tolong babab muntot si chacha nih. bagi die rajin sket gerak. haha.

buah hati baru~~

di sini aku ingin mengumumkan aku sudah punya kekasih baru. yang kachak bergaya dan berjaya. sangat la bergaya sampai ramai yang jeles wohh. kamu2 nak tengok ke kekasih baru aku???

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~










seee~~~ kachak tak, bergaya tak... muahahaha~~ inilah kekasih baru aku. lomography fisheye camera. aku pon baru saje beberapa hari berchinta sama ini kamera, belom kenal sangat pon hati budi die, masih nak kenal orang kate. sooooo... kalau ada sesape yang mempunyai kekasih yang sama macam aku nih, jomlah kite kawan2 ye. hehehe. boleh aku mintak tunjuk ajar.

sudah pulang!!!

saya sudah pulang ke planet ye kawan2.
semoga saya akan rajin dan terus rajin berusaha menyiapkan kerja yg berlambak ini.
tsk2. T___T

Sunday, September 12, 2010

selamat hari raya semua. :)



selamat hari raya untuk semua sahabat2 didunia maya. semoga hari raya ini membawa seribu kebahagiaan untuk diri masing2. saya juga ingin memohon 1000 ampun dan maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan. sekiranya ada terasa hati, maafkan lah saya ye. :) doakan saya selamat pulang ke kampung. :) pada mereka2 yang drive ke kampung tuh. memandu berhati2, janganlah rushing2 sangat. tak kan kemana rumah tu, okeh. ;)

Friday, September 3, 2010

selamat tinggal terengganu.

chacha akan pulang ke kampung pada malam ini, bergerak ke bustand jam 530 petang nanti. disebabkan bila dikampung akan lupe segala hal2 dunia maya. jadi di sini hendak memberitahu yang chacha tidak akan mengonlinekan diri sehinggalah pada 19/9/2010. 
lame kan kami cuti. teeeheee~ silelah jeles. =p
jadi chacha tidak akan dapat berjalan2 ke belog2 kamu semua. =(
di harap kamu2 janganlah lupe chacha ye.
ok lah. nak sambung kemas2.
tata.

selamat tinggal planet!!!!



selamat tinggal planet!!! setengah hari lagi untuk berada di sini. kemudian selamat tinggal terengganu!!! kawan2, doakan keselamatan saya pergi dan balik ye. =)

Thursday, September 2, 2010

akhirnya!!!!


sila tengok countdown diatas, 1 hari lagi!!!! yeay!!! akhirnya sampai jugak masa yang ditunggu. mahu pulang hometown. mahu balek MUO makan MEE BANDUNG MUO, KARIPAP MAK, SIPUT SEDUT MASAK LEMAK, and paling best.... PUCUK UBI REBUS dengan SAMBAL CILI. memang perghhh la.

ok2 aku tahu tadi dah kata nak tido. ni nak tido la ni. hihik. selamat malam semua. assalamualaikum. =)

busy2~~~

walaupun secara teknikal nya aku balek esok. tapi dalam kepale tak berapa ingat nak balek sebab banyak lagi keje yang tak settle. -.-''
sem ini agaklah terasa sibuknya, kelab pun tibe2 aktif, tibe2 name selalu naek jadi ajk program. pheww~~
macam semalam, sibuk dengan test, kelas and xtvt kelab sampai tak de masa nak ber-belog hopping. sori ye kawan2 semua. lecturer pon makin nak balek ehh2 makin banyak pulak keje yg di bagi. T__T
kami nak cuti dengan aman. =(
cuti raya kena siapkan poster untuk jualan kek kelab and not to forget slide show untuk drama mandarin.
ishhh~~ nak buat cemana kan, redha lah.

ok lah, nak tido dah.
pagi ti kelas pukul 8.
tata.

Tuesday, August 31, 2010

countdown



3hari lagik. cepat2 lah masa berlalu. walaupun esok aku ade test ye. diulangi TEST. adehhh. guwa punye hati sudah sampai kampung la der... cemane nih. T___T

Monday, August 30, 2010

saya kenal sayang saya.

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”


rasanya kamu, kamu dan kamu... haaa.. kamulah tu... semua mesti tahu kan lagu yg tengah meletup-letup pop pop macam popcorn nih. sangat lah menarik hati jantung dan limpa bait2 liriknya. ewahhh... haha. simple and the meaning is easily understand. xpayah nak kerut2 dahi bila dengar lagu semata2 nak fahamkan apa yang cube disampaikan. betul tak?? kalau setuju angkat jari!!! teeeeheee.
mule2 dengar ini lagu macam "ehhh2 kenape terase macam ade kene mengene je neh??" so, secara automatiknya cikchacha pun sudah terjatuh hati sama ini lagu. hari2 wajib dengar kalau tak dengar terasa hidupku ini tiada artinya lagi. *bwekksss. poyo2. -.-''*



sudahlah, nak cakap tu je. hehe.
tata.

ehh2... nombor i naek lah.

woot2~~ hepi pulak bile nombor fevret aku naek harini. (bukan nombor ekor ke lumbe kude ke hape okeh) trk follower aku dah 88. my feveret number tuh. teeeheee~~ terima kasih kepada semua bloggers yg sudi menjadi follower kepada blog saya yang simple ini. teeeheee~~

klik gambar untuk tumbesaran okeh.

Saturday, August 28, 2010

terharunye saya.

terima kasih untuk semua sahabat2 yang mengucapkan selamat dan mendoakan saya sepanjang hari ini. semoga TUHAN saja yang membalas doa2 kalian. dan yang paling2 tak disangka ada seorang blogger yang membuat entry untuk aku diblog beliau.*terharunye.... terasa diriku begitu berharga. ahaks*

terima kasihlah wahai che armster atas kesudian anda untuk me-wish-kan hari kelahiran saya. teeeheee~~
siap dapat kek ikan lagik. xiexie ni. =))

today is da day.

selamat hari lahir yang ke-22 untuk diri saya sendiri.
mengharapkan yang terbaek untuk masa sekarang dan masa hadapan.
good luck and all the best for me.

Friday, August 27, 2010

cara mandi wajib yang betol.

kredit pak cik gugel



Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan 
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

diambil dengan izin dari blog sis munna. :)

Thursday, August 26, 2010

handmade sosej. baek punye!!!

basuh dulu casing untuk sosej. casing=usus kambing.
ni la rupe usus yang dah di basuh dan di bilas
bahan2 yang diguna. kalau pandai cuba teka. hehe.
ini mesin nama dia bowl chopper. kasi masuk sume bahan2
nilah rupe daging sosej lepas dah mix.
daging sosej dimasukkan dalam casing dgn menggunakan 'sausage stuffer'
inilah rupe sosej yg dah siap. nampak sedap kan3. teeheee~~
lepas tuh kene rebus dlm suhu 75C untuk 25 minit.

haaa~~ inilah hasil dari lab pemprosesan hari ini. sosej ayam bersarungkan usus kambing. mula2 bau usus kambing tuh memang perghhh laa... bak kate lecturer aku macam perfume channel no.9. nasib baik xlekat kat tangan bau usus kambing tuh. sarung atau casing sosej ni ada banyak jenis. untuk lab hari ni kami guna usus kambing dan cellulosa.
ni adalah rupe casing cellulose.
ni lah lebih krg rupe natural casing yg aku guna tadi cume aku guna yg kering ini mcm basah sikit.


casing usus kambing ni biasa diguna untuk premium sausage yg agak mahal sebab handmade kan, and cellulose casing ni pulak diguna dalam industri sebab mudah dan murah, waktu rebus sosej adalah sangat penting untuk kita jaga suhu air rebusan untuk elak sosej dari pecah. *mcm group aku tapi tak nak letak gambar sebab malu. teeeheee. ^__^* dan membuat sosej dibulan puasa ini adalah sangat menggoncang iman. lagi2 time kena buat sensory evaluation, kena goreng lepas tuh rasa kan. bau nya aduhhaiii... sabar jelah. hehe.

haaa~~ tapi part paling best bila boleh bawak balek sosej buatan sendiri dan makan kat rumah. tak sabar nak tunggu  buka. fuhhh~~

ok lah. 
nak cite tu je.
tata.