Monday, January 31, 2011

hujan dan kampung kombinasi yang perghh...

okay masuk hari ni dah 2hari chacha ada dihometown tercinta iaitu bukit gambir, muar, johor. walaupun begitu (tudia ayat macam karangan bahasa melayu) kadar kerajinan untuk menyiapkan kerja-kerja yang banyak berkadar terus dengan keadaan cuaca di sini. (hujan sepanjang hari dan sejuk melampau sampai kat rumah pun rasa macam nak pakai sweater bulus-bulus kasi panas badan. heh.) faham-faham lah (nada adibah noor dalam iklan tuh) bila dah hujan sepanjang hari, (serius tak tipu 2 hari kat kampung tak pernah nampak lagi sang matahari bagi salam sambut kepulangan daku ini.) feel nak siapkan kerja pun secara auto nya bukan manual yeh menurun dengan drastik ditambah kat rumah memang tiada line internet dan kalau nak berinternet haruslah keluar ke pekan menuju ke restoran yang menyediakan wireless free di mana chacha akan berinternet sambil mengisi perut (nak elak ngantok. =p). tapi hari ini dengan semangat waja terpaksa jugak keluar meredah hujan renyai demi untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak ehh tertangguh. dah alang-alang menyeluk pekasam nih marilah kita update blog sekali. takot nanti ada pulak yang rindu dengan chacha. sila angguk kepala yeh, kalau nak muntah pegi jaoh2 sikett. =p jadi cukuplah untuk hari ni. marilah kita sambung buat kerja pulak.

sekian. babaii.

1 comment:

Khumaera Ismail said...

jln segamat-muar banjir..camne maera na balik kmpg T_T