Saturday, August 21, 2010

hati-->tak sihat

*ini entry jiwa kacau, sila abaikan selepas membaca*


kebelakangan ni, aku tak tahu la kenapa... senang sangat nak terasa hati, pantang silap, nak kecik ati je keje. pastuh kalau tengok sesuatu yang menyentuh hati macam video nih mule la, macam nak mengalir je air mata. walhal bukan lah sedih sangat ke ape kan.

tapi hati aku nih, macam semakin ngade2 pulak, sikit2 nak 'touching' penat wohh. menahan rasa, sakit tawu. nak kata tak happy, happy je bila dengan kawan2. cume kadang2 rasa macam kosong, walaupun kawan2 ramai tetap rasa kosong. terasa macam tak de tempat aku nak bercerita, tak de tempat aku nak mengadu. kawan2 aku semua baik-baik, tapi still tak semua benda kite boleh cerita dengan diorang kan.

semakin hari rasa semakin berat hati ni kat dia, kalau lah si dia membaca tulisan aku ni, aku cuma nak cakap aku sayang kau sangat2. dari dulu sampai sekarang. walaupun macam2 perkara dah berlaku, aku tetap sayang kau.