Sunday, March 20, 2011

pilih kasih. (bukan rancangan encik rosyam nor tu tau)

bukan pilih kasih yang ini tahu. =)


okay, pernah tak jumpa orang yang pilih kasih, berat sebelah, bias atau apa-apa lah perkataan yang sewaktu dengannya? sangat gembira kan (mata pandang ke atas, tangan di bahu) kalau jumpa orang yang macam tu. kita aje lah yang salah dan kesayangan dia sajelah yang betul. haihh. tak baik tau buat perangai macam tu.

hidup kanak-kanak yang suci.rindu.


masa kecik-kecik dulu, waktu masih berhingus belum faham apa-apa rasa macam ringan je kepala, nak besar cepat-cepat seronok tengok orang dewasa. nah, sekarang dah dewasa rasa macam nak balik ke zaman kanak-kanak. *dasar manusia tak pernah bersyukur* bukan lah aku tak bersyukur yang usia aku ni dipanjangkan Tuhan sampai ke sekarang, cuma bila dah semakin bertambah usia ni semakin bertambah perkara yang perlu dihadap setiap hari, macam-macam keputusan yang nak diambil, lagi-lagi bila bercampur dengan orang-orang ramai begini. macam-macam perangai.

bila cari gambar taip 'bias' ini yang keluar.


kadang-kadang tu, terasa macam dianak tirikan ada jugak, yelah kita ni buat apa semua salah. ehh, yang itu tak boleh. ehh, yang tu bukan awak punya. ehhh, awak kemas tak bersih. *sigh* tapi bila yang lain tu, elok saja, cantik saja dimata dia. tak pelah, kami ni semua penyabar, jadi kami sabar, mungkin dulu kami ada buat silap tapi sekarang kami dah berubah. tak mengapa kalau masih lagi nak memandang masa lalu. kami tetap akan terus ke depan.

walaupun kadang-kadang sedih bila dilayan begitu tapi kami kuat, kami ada masing-masing. awak ada kawan-kawan macam kami? mesti tak ada kan, seronok ke pilih kasih ni? tak takut ke nanti orang-orang keliling doakan yang kurang baik? kalau seorang mungkin tak apa, tapi kalau ramai? lepas tu hari-hari doa perkara yang sama. tak takut ke? orang kata doa orang yang teraniaya ni makbul tahu. tak takut?

eh, sedahlah. bercakap pasal perkara ni memang menyakitkan hati. jadi sedaya-upaya bertahan. lagi pun tak lame dah. =) walau apa pun harap-harap kamu dan kamu dan kamu akan berubah suatu hari nanti. insya'allah.


senyum itu sedekah. =)


notakakiku: nak tanya sikitlah kat awak2 ni semua. susah ke nak senyum eh? chacha rasa tak, senyum itu guna lebih sedikit otot dari masam muka kan. tapi kenapa still ada orang yang susah sangat nak senyum? mahal sangat senyuman dia. masam saja selalu. tak elok tau suka kerut-kerut muka. nanti cepat kedut. =p

5 comments:

JJSee said...

kalau kisah ni dari segi xperience as foodtech student's,macam faham je maksud tersirat kisah pilih kasih ni.huhu

chacha said...

@JJsee: hik3... rahsie... buat2 paham ajelah... =p

Natasha Farina Arifin said...

Menjelma dari faceblog tau! I’ll oledi follow u…. care to follow me back at http://sharemyloves.blogspot.com/

Revablogspotlive said...

mendalam btol ayt cik chaca..
tp best.. moga kamu,kamu dan kamu y cik chaca maksudkan itu berubah la yaa..ehe3..

chacha said...

@revablogpositive: insya'allah. semoga mereka berubah. =)

@natasha: thnax for following. =)