Tuesday, March 15, 2011

kami jumpa HERO, kau ada?

okay, bila baca tajuk kat atas apa yang kamu dan kamu dan kamu semua fikir? baeklah, xpayah fikir, biar chacha cerita. chacha tahu kamu semua mesti malas nak fikir kan, mesti cakap "kalau nak cerita, cerita ajelah, tak payah nak pusing2." ye2, nak cerita lah nih, haihh... nak bergurau pun tak boleh. =p

cerita bermula begini, disuatu petang yang damai... waktu tu hujan renyai2. chacha dan beberapa kawan nak balik rumah sebab dah habis kelas, oleh kerana harini kami ke kampus dengan menumpang kereta seorang awek ni sebab pagi tadi hujan lebatgilanakmatisampaitaknampakjalan. si awek ni pun kate nak pegi amek kereta dan mintak kami menunggu dekat depan bangunan bawah bumbung sebab nak elak dari terkena hujan. (hujan asid wohh, bahaya untuk kesihatan!)

tunggu punya tunggu punya tunggu tak jugak sampai, walhal parking keta depan tu jaa, tak sampai pun 50m. so, kami pun menuju lah ke kereta, RUPA-RUPANYA kereta tak mau hidup. sudahh... cemane pulak nih, si awek tu dah call ayah dia, tengok-tengok bateri memang mati sudah, nak cas 'jumper' pulak tak de, lepas tu ayah dia suruh tolak kereta tuh, jadi kami apa lagi ramai-ramai lah pakat tolak lah kerta si awek ni. dengan berbaju kurung dan ayu-ayu gitu. tak mau hidup jugak, cemane nih?

ayah si awek ni kate nak datang, dalam masa kami nak menunggu si ayah ni datang tibe-tibe ada seorang mamat ni dok pandang dari jauh, jadi kami pun panggil lah abang tuh. dia pun datang dan tanye kenapa, cakaplah kereta tak hidup sume2, lalu abang tu pun bawak lah kereta dia datang dan teruslah mengeluarkan mulut buaya a.k.a jumper dan mulakanlah proses mengecas bateri kereta si awek nih.  berikut adalah kroologi peristiwa petang tadi.

aktiviti tolak menolak sedang berlaku disini. =p






kereta si awek vs kereta abang penyelamat






proses mengepit jumper ke bateri kereta




abang botak hero kami. hoho. =)

setelah beberapa lama kereta si awek ni pun berjaya lah hidup dan kami boleh pulang kerumah dengan selamat.  THE END.


notakakiku: selepas ini sila pastikan semua suis lampu kereta mati sebelum keluar dari kereta jika tak mahu kejadian sama berlaku pada  kamu kamu semua. =p

No comments: