Thursday, December 31, 2009

selamat tinggal 2009

hari ini 31 disember 2009, bersamaan malam 15 muharam 1431 dan secara rasminya aku dah pun genap 22 tahun mengikut kalendar hijrah. kebetulan, thn nih unur aku genap pada tahun baru, dan secara jujur nya aku x pernah berazam pada tahun baru, sebab aku nih jenis org yg go with the flow... aku kadang2 teringin jugak nak berazam macam org lain. tapi takut x tercapai... dan tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit untuk aku.

yang manis bile dapat menghabiskan masa bergembira bersama sahabat2 yang sentiasa berada di sisi aku walaupun dalam susah dan senang, kepada NIK, JIJAH, TIQA, ALAN, ZATI dan semua yang berada di samping aku (walaupun yg aku xsebut kat sini okeh) terima kasih banyak2 atas perhatian dan kasih sayang korang kt aku, terima kasih atas kesudian korg mendengar rungutan, aduan, rengekan, rapuan dan segala2 bila aku ade masalah. aku sayang semua kawan2 aku sangat2. aku x tawu macam mane hidup aku kalau korg semua xde. manis bila mengenang saat2 bahagia aku bersama dgn 'dye' berdua bersama macam2 yang kami dah lalui, walaupun hubungan kami baru menjangkau 2 tahun tapi mungkin 2 tahun tuh belum cukup untuk membuat kan kami saling memahami antara satu sama lain.

yang pahit, aku rase xperlulah aku sebutkan kat sini (sbnrnye xtahu nk tulis ape). mungkinpada sesiape yang ade membace entry2 aku sebelum nih tahu kot. mungkin tahun nih tahun terakhir aku bersama 'dye' mungkin aku bukan yang terbaik untuk 'dye' dan 'dye' bukan yang terbaek untuk aku. dan aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan 'dye'. selain dari tuh, keputusan exam yg jatuh menjunam turut la menjadi kenangan pahit kott... tapi yang berlalu biarlah pergi. biarkan semalam berlalu menjadi sejarah dan pengajaran untuk kita.

dan semoga dengan ketibaan tahun baru esok, akan membawa semangat baru dan sinar baru dalam hidup aku dan semua sahabat aku. aku cuma berharap tahun baru akan membawa lebih kebahagiaan dalam hidup semua org yg au sayang. amiiin~~

p/s: hopefully akan dapat bf baru... teettt... (sile geleng kepale sekarang... hohoh~)