Thursday, August 11, 2011

tahu-tak tahu-tak sepatutnya tahu

dear belog, maaf sebab terlalu lama membiarkan dirimu tanpa belaian kasih dan sayang dari chacha, bukan sebab tiada masa atau tiada cerita cuma keinginan untuk menulis tu yang tiada. =.=''

memang ada sangat bayank perkara yang berlaku, sangat banyak benda yang nak diceritakan pada blog ini tapi agak mustahil. yelah bukan semua benda kita boleh luah secara terbuka macam ni kan. takut nanti membawa mudarat pada diri sendiri dan jugak orang lain, jadi sebaiknya simpan saja lah dalam hati.



chacha nak tanya sikit korang-korang semua, pernah tak korang semua terdengar or sengaja dengar perkara yang tak sepatutnya korang dengar? kire macam rahsia kerajaan ke FBI ke CIA ke? hoho~~ hiperbola sikit... =p



contoh macam chacha dan kawan-kawan kat sini lah kan, kami bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat dari golongan pelajar sampailah pekerja. jadi kadang-kadang tu terdengar la jugak cerita-cerita disebalik tabir, pasal orang tu lah, orang ini lah, dan bila dalam keadaan macam ni bahawasanya kata-kata orang lama yang berbunyi "JANGAN NILAI SESEORANG BERDASARKAN LUARAN" atau lebih biase dengar "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER" adalah sesungguhnya sangat-sangat-sangat-sangatlah betol.

biasalah kita manusia ni sangat mudah nak judge orang walaupun kita tak kenal orang tu sape. betol kan? sama jugak macam chacha, itu adalah kelemahan diri chacha sendiri.



okay back pada cerita di atas, sekarang ni bila dah tahu yang orang ni sebenarnya begini, orang tu sebenarnya begitu. jadi rasa hormat yang chacha ada pada mereka sedikit sebanyak terguris jugak. jadi macam tak best pulak bila jumpa mereka-mereka ini. kadang-kadang rasa menyesal bila dapat tahu benda-benda yang tak sepatutnya kita tahu. haihh.



cukupla cerita pasal tahu, tak tahu, tak sepatutnya tahu ni. sekarang nak cerita pasal fyp pulak. akhirnya setelah lebih kurang 3bulan berusaha akhirnya dapat jugak chacha cari formulasi paling elok untuk produk chacha. alhamdulillah, jadi lepas ni boleh la proceed untuk stage yang seterusnya. doakan perjalanan chacha dimudahkan ye.



cukuplah kot untuk hari ini. selamat berpuasa untuk semua muslim chacha ucapkan dan kalau ada salah silap chacha tolonglah maafkan yeh. sekian. wassalam.

No comments: