Saturday, June 18, 2011

bila hati sudah tertutup

Ibrahim Adham berkata, ada 10 tanda hati yang mati:

1. mengaku kenal ALLAH S.W.T, tetapi tidak menunaikan hak-NYA.
2. mengaku cinta kepada RASULULLAH S.A.W, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya.
4. memakan nikmat ALLAH, tetapi tidak mensyukuri pemberian-NYA.
5. mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. mengaku adanya nikmat Syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. mengaku adanya Seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. menghantar dan menguburkan jenazah saudara, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

ciri manusia yang hatinya sudah mati antaranya adalah:
~ kurang berinteraksi dengan kebaikan.
~ kurang kasih sayang kepada orang lain.
~ tidak menolong orang.
~suka kemungkaran.
~menurut hawa nafsu.
~lalai dengan kebajikan
~suka berbuat maksiat.

ada 3 perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati:

a) SOLAT
- meninggalkan solat membuatkan jiwa kalut dan gelisah. terjerumus dalam perbuatan keji dan hina, terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan.

b) SEDEKAH
- meninggalkan sedekah beerti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan. mengambil berat mengenai perhubungan sosial tanda bukti keimanan kita.

c)  ZIKIR
- tidak mengingati ALLAH dengan memperbanyakkan zikir boleh menyebabkan hati keras membatu sehingga tidak bileh menerima nasihat dan ajaran agama. zikir akan memberi ketenangan hati. orang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan tidak mahu berbuat mungkar.


petikan rencana oleh:
Ibrahim Abdullah
Berita Harian,
Sabtu 8 Januari 2011


notakakiku:
ini adalah petikan  dari Segmen Ilmu,
novel Sutera Bidadari,
karya Ramlee Awang Murshid.

2 comments:

terry bogart said...

ibrahim ali pulak cakp apa?..hehe

wahida said...

bermuhasabah diri seketika...

salam kenal...