Sunday, August 14, 2011

chit-chat bersama chacha? ^__^

okay, lepas masak untuk berbuka ni tibe2 datang pulak rasa nak menulis. jadi duduklah chacha di depan laptop menghadap belog ini lalu jejari pon mula lah menari mengikut rentak yang dialun dalam minda. aitceh ayat bahasa melayu kau tiptop. ^3^

dalam diam-diam semester depan adalah semester 7 chacha, itu bermakna setahun lagi tinggal untuk chacha menikmati hidup sebagai seorang pelajar.

tapi untuk menghadap 1 sem ni terasa adalah sangat lame okay, walaupun semester 7 tak mula lagi tapi dah terasa akan beban yang bakal dipikul dan cabaran yang menanti. haihh~~ orang kata tak baik mengeluh tapi kalau awak,awak dan awak semua berada di tempat chacha dan kawan2 kat sini barulah korang tahu apa yang menyebabkan kami semua mengeluh.

serius cakap, lepas chacha habis belajar kat sini, satu-satu nya yang akan dirindu dan diingat adalah sahabat-sahabat yang sentiasa berada di waktu susah dan senang. yang lain tu kadang-kadang rasa macam its not worth it pon nak di ingat dan di rindu. kalau lupa lagi bagus kot.

tapi ape-ape pon pengalaman yang kami semua dapat sepanjang 3 tahun berada di sini banyak melatih kami semua khususnya chacha dan coursemate untuk menjadi manusia-manusia yang tahan tekanan.  serius, tak tipu kalau korang nak jadi manusia-manusia yang tahan tekanan tahap dewa punya mehla masuk food tech kat sini. mesti akan jadi manusia yang berhati waja, tak tipu punye. hehehe.

hmm, bakal-bakal junior chacha di harap kamu bersedia lah mental dan fizikal sebelum masuk ke sini nanti sebab kamu semua bukan saja akan berdepan dengan stress disebabkan akademik tapi juga melibatkan perangai-perangai manusia lain yang berada disekililing kamu. ^__^

okay nak tulis tu aje, klah bai.

1 comment:

bukan photographer said...

ade setaun lagi dgn member2 tu..buat la kalendar aktiviti bersama sebelum abis setaun.da abis blaja nnt mmg susah la nak jumpe...