Wednesday, January 2, 2013

#Hidup 1

assalamualaikum. setelah hampir 8bulan ruangan ini diabaikan. terlintas dalam fikiran mahu biarkan sahaja semua di sini terkubur sepi. tapi rasanya tiada lagi ruangan lain yang boleh digunakan untuk melegakan segala keserabutan yang melanda diri ketika ini. jadi kembali ke kanvas putih ini lah nampak nya.

mahu curahkan semua rasa yang berbuku dalam hati berharap agar berasa sedikit lega.  mengurangkan kadar stress yang agak tinggi sehari dua ini.

okay dalam masa 8 bulan blog ini ditinggalkan sepi xpernah sekali aku jenguk dan mujur semua masih seperti dahulu. ohh ya, sekarang aku sudah bergraduat dan tidak lagi bergelar pelajar.  sudah beberapa bulan memasuki dunia 'orang dewasa' atau nama lainnya dunia pekerjaan.  benar kata Confucius, " Carilah kerja yang anda cinta dan anda tidak akan perlu bekerja untuk seumur hidup anda"


dan untuk mendapatkan suasana kerja yang begitu bagi yang terus berjumpa Alhamdulillah. bagi yang kurang bernasib baik seperti aku, makanya haruslah menahan hati untuk beberapa ketika sebelum mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih pada majikan kerana sudi menerima aku dan memberi tunjuk ajar walaupun cuma sekejap waktu. 

keputusan yang dibuat pada ketika ini mungkin dipengaruhi emosi secara jujurnya aku mengakui, tapi kalau bekerja dengan hati yang kurang ikhlas apa patut aku teruskan sahaja? aku rasa lebih baik aku mengundur diri bukan untuk mengelakkan hati semakin hitam akibat bersangka buruk sepanjang masa, dan rambut semakin tipis akibat terlalu kerap berfikiran negatif. heh.  

mungkin ini petanda doa ibunda dikampung makbul, inginkan anak tunggal nya ini berada dekat dengan beliau dan pada waktu begini sejujurnya aku tidak pernah kisah untuk bekerja sebagai apa pun asalkan pulangannya setimpal dengan kerja yang dilakukan dan juga berada hampir dengan keluarga. 

mungkin ada juga manusia yang akan mempersoalkan tentang kelulusan sekiranya jawatan yang disandang tidak sesuai dengan kelulusan yang ada, tapi bagi aku belajar itu tujuannya untuk menuntut ilmu, dan setelah bekerja apa sahaja pun boleh aku lakukan asalkan halal. 

doakan perjalanan mencari pekerjaan baru dimudahkan. Ameen, Ya Rabbal 'Alamin.