Monday, April 23, 2012

Kuala Lumpur #3

harini di heret oleh teman se-ofis untuk teman beliau tengok movie Titanic 3D.  even dah tengok baaanyak kali sebab kesian, jadinya diikutkan sajelah kan.

by the way time movie yang panjang itu, kadang-kadang berair jugaklah mata chacha nih, bukan sebab terharu dengan cinta si Rose dengan Jack tapi disebabkan oleh kesilapan sesetengah pihak yang mengakibatkan kematian lebih dari separuh penumpang Titanic.

TANGGUNGJAWAB, satu perkataan yang yang bagi chacha bermaksud apa sahaja perkara yang berada di bawah tanggungan kita dan sekiranya berlaku apa-apa kepada perkara itu maka kita akan menanggung apa sahaja akibatnya, dan kadang-kala tanggungjawab itu sekiranya tidak dilakukan dengan jujur dan telus, akibatnya bukan sahaja pada diri sendiri tetapi jugak melibatkan orang-orang  lain disekitar kita.

contoh macam chacha kan, insyaAllah kalau rezeki dibahagian industri tugas chacha adalah di bahagian QC, jadi kualiti makanan yang dihasilkan pleh syarikat tempat chacha bekerja sudah menjadi tanggungjawab chacha. Kualiti ni termasuk lah jugak tahap keselamatan produk yang dihasilkan, jadinya jika chacha mengambil mudah akan tugas chacha sebagai seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan makanan, kemudian di takdirkan Tuhan satu batch produk dah tercemar dengan bahan kimia yang boleh memudaratkan ataupun pencemaran mikrobiologi yang boleh memudaratkan pengguna, kan ke dah menyusahkan ramai pihak. silap-silap boleh meragut nyawa. Nauzubillah~ mintak dijauhkan dari sikap lepas tangan begitu.

samalah kes nya bila tengok Titanic semalam, tak tahu kenapa tiba-tiba terlintas dalam kepala. kenapelah pemilik kapal persiaran sebesar itu tidak menyediakan bot keselamatan yang secukupnya? sebab takut dek jadi sempit? ohh, mereka juga terlalu mementingkan nama dan kepopularan, mau nampak hebat di mata dunia. jadi mereka mengabaikan keselamatan semua penumpang untuk memastikan nama mereka gah, hebat etc.etc.

haihh... entahlah, part paling sedih bila last-last tuh tengok seorang ibu yang tetap tenang bercerita pada anak-anak, even dia tahu yang mereka dah takde harapan untuk hidup. sepasang suami isteri yang tetap berpelukan sampai saat-saat akhir... rasa macam itulah kasih sayang yang paling indah sekali.

cukup-cukuplah, banyak lagi benda nak chacha cakap ehh tulis. tapi nanti panjang sangat pulak, ni pun dah rase panjang sangat dah. heheh. sekian. terima kasih sudi baca. =)