Tuesday, February 14, 2012

CEMBURU in my point of view.

assalamualaikum pembuka bicara, kepada saudara dan juga saudari... ehemm~ sesekali berbunga bicara tak salah kan. hihi~~

setelah sekian lama bersawang blog ni, akhirnya jumpa jugak kerajinan nak mengupdate.



okay, topik harini adalah CEMBURU, JEALOUSY dan yang sewaktu dengan nya lah kan... orang kata cemburu itu tandanya sayang. ok, fine chacha pun setuju dengan statement itu. chacha tak kata pun salah kan, yang salah adalah bila, pasangan itu cemburu tak kena pada tempat.



contoh, macam bila dekat rumah ada tetamu, keadaan agak sibuk haruslah telefon di abaikan kan. (ke korang masih lagi dok gantung handpone kat leher?) jadi segala call dan mesej mestilah tak dapat di layan.  lepas tu kan tiba-tiba pasangan korang boleh pulak cakap yang kita ni lebihkan kawan-kawan abaikan dia. errr~ patut ke tak patut?

bagi pendapat chacha, ini pendapat chacha je tau. lain orang lain cara pemikiran. bagi pendapat chacha lah kan, kita kenalah faham pasangan kita.  tak kan lah sepanjang masa dia nak layan kita je kan, dia pun ada life dia, macam kita ada life kita jugak. chacha pun tak berapa gemar kalau 24 jam dok berkepit dengan handphone rimas rasanya. lepas tu kalau mesej pun balik-balik tanya benda yang sama. " Tengah buat ape tu?" atau " Dah makan?" ataupun "Rindu I tak?" kan kan kan... jangan tipu tau dosa...

dah la mesej 24 jam, lepas tu gayut pulak malam-malam sampai 2-3 jam. kadang-kadang chacha kagum dengan pasangan yang macam tu sebab banyak gila idea diorang sembang lame-lame. kalau chacha mesti banyak senyap dari bercakap.  -.-''

okay, dah lari tajuk. *sigh*  kembali kepada cerita cemburu tadi, bagi chacha lah kan selagi belum sah jadi suami atau isteri tak perlu lah kita nak kawal pasangan tu macam suami atau isteri kita.  macam tak patut pulak, belum kawen da nak cemburu-cemburu pasal perkara kecik, dengan kawan-kawan pun nak cemburu. cuba bayangkan kalau dah kawen nanti. haishh~~ mesti lagi la itu tak boleh, ini tak boleh.



cemburu bila bertempat dan sesekali memangla rasa macam, "ehh, dia cemburu lah, dia sayang aku. bestnye, sweetnye." tapi bila sikit-sikit cemburu lepastu cemburu dengan perkara yang tak sepatutnya macam bila hang out dengan kawan-kawan, mesti rasa "ehh, kau pahal nak cemburu dengan kawan-kawan aku?" lama-lama jadi menyampah, jadi abang-abang dan kakak-kakak kat luar sana tok sah la nak jeles-jeles sangat sat gi si dia menyampah, kena tinggai baru hangpa tau.



kesimpulannya, pada mereka yang sedang asyik masyuk berpasangan kat luar tu, lebih-lebih lagi yang asyik nak cemburu je, kahwinlah cepat-cepat. senang, hari-hari menghadap depan mata. tak payah nak bazir tenaga nak cemburu-cemburu. hehe.

panjang pulak cerita hari ini, jadinya cukup sampai di sini. tata.titi.tutu. ^___^