Tuesday, May 31, 2011

problem=life



betol ke tak ape yang chacha tulis kat atas tu? masalah=hidup. hidup kalau tak de masalah bukan hiduplah namanye kan. ade ke orang yang tak pernah bermasalah dengan hidupnya? rasa-rasanya mesti dia tipu kalau dia kata dia tak pernah bermasalah. (haihhh... banyaknya perkataan masalah)



macam chacha lah, sekarang ni ada masalah, masalah nak selesaikan projek tahun akhir (tu kire masalah ke?) haihh, bajet tiba-tiba je lari... harga ikan naik la pulak. dari rm6 jadi rm8 sekilogram. tsk2~~ T___T
duit pon ala2 nyawa2 ikan je nih... wuuu~~ sabar jelah kan, nak buat cemane. itulah dugaan kami-kami yang tengah berusaha nak selesaikan projek tahun akhir ni.



bila ditimpa masalah, ape yang kamu semua buat? duduk diam-diam fikir cemane nak selesaikan ke? pegi tepi pantai jerit-jerit ke? ke cemane? meh la cite sikit kat chacha.

pada pendapat chacha la kan, besar atau kecil masalah itu semua bergantung pada macam mana kita tengok dia. sebab kadang-kadang kita rasa masalah kita tu besar, tapi bila kita cerita dengan orang diorang cakap, "laaa, itu je masalah kau? aku ingat ape la tadi." kan?



macam kitorang budak final year kat sini, kawan-kawan sangat penting. seriously, SUPER DUPER PENTING. sebab, kami cuma ada antara kami je kat sini, maklumla semua pun merantau. jadi kalau ada kawan-kawan yang bermasalah kami akan cuba tolong. jangan pulak dah tahu dia ada masalah buat tak tau je. takot-takot nanti overstressed lepastu tambah pulak setan dok bisik-bisik benda yang bukan-bukan haaa... dah jadi benda lain.



tapi kan ade satu lagi masalah kami kat sini selain dari nak selesaikan FYP, nak cari tempat untuk praktikal/intership/latihan industri. kamu semua ada tak info kat mana student food technology macam kami ni boleh pergi? marilah share, janganlah malu-malu. ^__^



last sekali nak mintak maaf dekat semua sebab dah lama sangat mengabaikan blog ni. -.-''
mianhe~~ time-time bermasalah macam ni baru nak cari mr.blog. mintak maaf ye mr.blog yeh, lepas ni insya'allah akan cuba untuk selalu update. sekian saja. tata.



notakakiku: entry banyak gambar sebab nak bagi panjang. ngeh3~~
notakakiku2: kredit gambar semua pada GOOGLE

No comments: