Wednesday, March 24, 2010

hikmah makan makanan halal

tadi aku baca paper hari ahad aritu *maklum lah sibuk, xsempat nak bace paper.. hiks* tetibe terjumpe pulak artikel nih, dan terase mahu ter-kongsi dengan semua. so, silelah ambil masa, baca, dan hayati. *wahhh... bole jadi cikgu bahase neh* hehehe~~

hikmah2 makan makanan halal, antaranya adalah:

1. SUPAYA DOA DI MAKBULKAN ALLAH SWT.
 >> sabda Rasulullah s.a.w: "seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan mulutnya di suap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan di perkenankan permohonannya."
(hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

2. SELAMAT DARIPADA SEKSAAN API NERAKA
>> Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah s.a.w: "wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah SWT supaya DIA menjadikan doaku mustajab." Jawap baginda: "Wahai Saad, jagalah soal makanmu, mescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, doanya tidak akan di terima selama empat puluh hari. " sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba, maka meraka lebih layak baginya." ( hadis riwayat Ibnu Abbas)

3. AMAL IBADAT DITERIMA ALLAH.
>>  Sabda Rasulullah s.a.w: " barang siapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang di beli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya daripada sumber yang haram, ALLAH SWT tidak akan menerima solatnya." (hadis riwayat Muslim).

4. MEMBENTUK DARAH DAGING YANG BAIK DALAM BADAN
>>  Sabda Rasulullah s.a.w: " Ingatlah bahawa di dalam badan manusia ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, menjadi kewajipan dan tanggungjawap umat Islam hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengabil berat berkaitan pemakanan halal. hendaklah kita sentiasa memastikan setiap makanan yang diperoleh dan dimakan itu adalah halal mengikut syariat Allah SWT. sesungguhnya suruhan Allah SWT adalah untuk tujuan kebaikkan manusia.

di ambil dari Metro Ahad (21 Mac 2010), Ruangan: Pedoman.

kite kene ingat makanan halal bukan bermaksud, makanan itu bukan yang haram macam daging babi atau arak, kite juga kene pastikan duit yang kita gune untuk beli makanan itu dari sumber yang betul dan xde unsur ragu atau syubhah, dan cara untuk mendapatkan makanan tu betul. contoh, ade  2 orang pencuri ni mencuri seekor ayam, tapi sebelum mereka masak ayam tu, yang sorang kate "kite kene sembelih dulu ayam ni, kalau tak nanti haram, xboleh makan." tapi kite kene tengok jugak cara dorang dapatkan ayam tu sendiri dah HARAM. so, walaupun ayam tuh dari mata kasarnya halal tapi sebenarnya HARAM. hurmmm... faham x ape yang aku cube sampaikan??


notakakiku: renung2kan dan selamat beramal. (^_^)Y