Tajuk nak omputih kannnn.... Curi-curi update dari office. *sila jangan ikut tabiat nih* kenapa boleh update dari office? sebab dah tak de keje. Kenapa tak de keje? Sebab production dah tak jalan. Kenapa? Sebab esok last day keje before cuti Tahun baaru Cina!
I is happy! Esok balik kampung, Yeayy!!! TETAPI! ade tapi nye tuh.
Less than a week?! OhMaiALLAH!
Banyak lagi tak siap hoii.hoii. Tapi macam chill lah chacha *pujuk diri sendiri* sempat punya nak siapkan semua tuhhh.... sempat... sempat... sempat keeee? kena sempatkan jugak!
Semoga dipermudah semua urusan.
Till then. Toodles.
Monday, February 16, 2015
Tuesday, February 3, 2015
Berdebar.
Zaman sekarang ni masa memang laju ehh? Rasa haritu baru masuk new year. Ni dah bulan Febuari ke? Ohhemmgee!
Relax la chacha take a deep breath! *Breath in. Breath out* okay... But still, ada banyak lagi benda tak selesai. I is pening!
Semoga dipermudah semua urusan. Aamiin.
Thursday, January 29, 2015
Kembali.
Masih wujud lagi ruangan ini. Heh.
Mujur password masih di ingat.
Terasa macam mahu kembali menulis di sini.
Mungkin akan dilaksanakan.
Sebagai jurnal (bukan harian) kehidupan yang boleh diulang baca pada masa depan.
Mungkin.
Mujur password masih di ingat.
Terasa macam mahu kembali menulis di sini.
Mungkin akan dilaksanakan.
Sebagai jurnal (bukan harian) kehidupan yang boleh diulang baca pada masa depan.
Mungkin.
Monday, February 25, 2013
ini tidak boleh di biarkan!
hooo~~ tajuk kemaen lagi kan. haha. sebenarnya bukan ape. sekarang ni kan saya tengah menganggur jadi aktiviti memang tak ada. duduk rumah, buat kerja rumah, makan online. itulah dok ulang hari2. lepas dekat sebulan duduk dekat rumah, terasa badan makin berat. mane kan tidak dah makan cukup kan, (lebih dari cukup sebenarnya. keh3~~) lepas tu bila ada event cari baju yang lama2 pon macam, ehh... dulu rasa okay je, ni kenapa macam sempit pulak ni? -.-'' lagi nak tanya kan. *sigh
lepastu bila tengok cermin emm... okay... perasan lah yang badan makin melebar, kalau meninggi tak ape lah jugak, ni melebar. sobss~
bila terasa baju semua makin mengetat tetiba terasa, ni anak dara lagi nih. badan dah cenggini, ade ke yang berkenan nanti? kalau dah kahwin tu tak pelah jugak kan. jadi tetiba terasa azam membara... (aiceh, ayat kan) kena jugak usaha turunkan berat badan, kena, WAJIB! sebab nak elak penyakit pun ye jugak sebab sejarah family memang ada darah tinggi dan kencing manis. jadi nak usaha untuk tidak mewarisi penyakit itu. Insya Allah.
usha punya usha, gugel punya gugel jumpalah satu diet yang macam menarik, mudah dan tak berkos tinggi. hehe. Diet Atkins. sebab nak beli produk2 semua tu manelah nak mampu kan. maklumlah kita kan penanam anggur berjaya. hoho.
jadi berazam untuk mendapatkan berat ideal sebelum raya nanti! Bismillah, doakan semoga saya berjaya!
nak tau pasal diet atkins? tekan SINI. kalau gugel sendiri pun boleh, sebab banyak je website yang cerita pasal atkins diet nih. hihi.

Wednesday, January 2, 2013
#Hidup 1
assalamualaikum. setelah hampir 8bulan ruangan ini diabaikan. terlintas dalam fikiran mahu biarkan sahaja semua di sini terkubur sepi. tapi rasanya tiada lagi ruangan lain yang boleh digunakan untuk melegakan segala keserabutan yang melanda diri ketika ini. jadi kembali ke kanvas putih ini lah nampak nya.
mahu curahkan semua rasa yang berbuku dalam hati berharap agar berasa sedikit lega. mengurangkan kadar stress yang agak tinggi sehari dua ini.
okay dalam masa 8 bulan blog ini ditinggalkan sepi xpernah sekali aku jenguk dan mujur semua masih seperti dahulu. ohh ya, sekarang aku sudah bergraduat dan tidak lagi bergelar pelajar. sudah beberapa bulan memasuki dunia 'orang dewasa' atau nama lainnya dunia pekerjaan. benar kata Confucius, " Carilah kerja yang anda cinta dan anda tidak akan perlu bekerja untuk seumur hidup anda"

dan untuk mendapatkan suasana kerja yang begitu bagi yang terus berjumpa Alhamdulillah. bagi yang kurang bernasib baik seperti aku, makanya haruslah menahan hati untuk beberapa ketika sebelum mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih pada majikan kerana sudi menerima aku dan memberi tunjuk ajar walaupun cuma sekejap waktu.
keputusan yang dibuat pada ketika ini mungkin dipengaruhi emosi secara jujurnya aku mengakui, tapi kalau bekerja dengan hati yang kurang ikhlas apa patut aku teruskan sahaja? aku rasa lebih baik aku mengundur diri bukan untuk mengelakkan hati semakin hitam akibat bersangka buruk sepanjang masa, dan rambut semakin tipis akibat terlalu kerap berfikiran negatif. heh.
mungkin ini petanda doa ibunda dikampung makbul, inginkan anak tunggal nya ini berada dekat dengan beliau dan pada waktu begini sejujurnya aku tidak pernah kisah untuk bekerja sebagai apa pun asalkan pulangannya setimpal dengan kerja yang dilakukan dan juga berada hampir dengan keluarga.
mungkin ada juga manusia yang akan mempersoalkan tentang kelulusan sekiranya jawatan yang disandang tidak sesuai dengan kelulusan yang ada, tapi bagi aku belajar itu tujuannya untuk menuntut ilmu, dan setelah bekerja apa sahaja pun boleh aku lakukan asalkan halal.
doakan perjalanan mencari pekerjaan baru dimudahkan. Ameen, Ya Rabbal 'Alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)