Wedding Countdown Ticker
Showing posts with label what heart feel. Show all posts
Showing posts with label what heart feel. Show all posts

Tuesday, July 21, 2015

The Fifth Monthly-versary

5 month already since the engagement. Alhamdulillah.

Time does flies kan sayang.

Rasa macam baru semalam i sibuk2 dekat rumah buat preparation for the e-day.

Dan sekarang dah sibuk2 lagi untuk our big day.

And soon I can call you mine. Insya Allah.

Rasa macam dekat sangat, tapi dalam masa yang sama rasa macam kenapa lama lagi. Kenapa ehh? Nervous but at the same time excited.

Saya harap saya boleh jadi yang terbaik untuk awak, yang boleh melengkapi kekurangan awak, yang akan terus berdiri disamping awak walau dalam keadaan apa sekali pun. Insya Allah. Dan saya harap awak juga begitu.

ILY my dear MAJ sooo much.

P/s: I hope u'll never find this site sayang. Sebab kalau u jumpa mmg i menyorok bawah selimut seminggu.

Sunday, June 21, 2015

Day #120

Happy 4th monthly-sary sayang!

Less than 90days now.

Nervous, excited all in one.

May Him ease our path from this world to the here after.

Pray for us! 

Friday, May 29, 2015

Hari Dia.

Hari ini hari istimewa awak sayang.
Ini tahun pertama saya ucap kan selamat ulang tahun kelahiran buat awak.
Dan berdoa ini akan jadi rutin tahunan saya sampailah saya menutup mata.
Semoga awak akan terus bahagia disamping orang-orang yang menyayangi awak dan mencintai awak sepenuh hati.
Semoga awak bertambah Iman dan dapat membimbing saya dan bakal zuriat kita untuk ke syurga DIA.
Sentiasa sihat dan gembira.
Terlalu banyak kalau nak di senaraikan doa saya untuk awak sayang.
Tapi, satu perkara yang pasti sikit masa lagi sebelum saya dan awak akan melangkah ke alam baru. Semoga kita akan tabah menghadapi semua dugaan dan cabaran bersama. ILYSM. ❤
love every second when i'm with you baby. 

Thursday, May 21, 2015

Happy third monthly-versary

Hey!

It has been 3 month sayang.
Terima kasih sebab sudi terima saya seadanya saya.

Saya yang serba kekurangan, (u know i am not a really good cook right sayang?)
So don't expect me to cook lavish dish without referring to google and taste good. 😂
But hey, yang penting rajin masak kan...
So no worries, Insya Allah you wont be hungry.

Perjalanan kita masih panjang dan saya tak mengharap yang manis manis sahaja, because I know kalau tak de gaduh gaduh tak thrill lah kan.

Cumanya saya harap semoga perjalanan kita seterusnya ini akan sentiasa di dalam rahmat dah kasih sayang DIA.

Thank you again sayang!

P/s: I berani tulis kat sini cause I know you wont read it. Btw, I love U. 😘

Wednesday, May 20, 2015

#100

Less than 100 days to go.

I am excited yet nervous,
Am i ready yet?

One thing for sure,
Semakin dekat tarikh itu,
Semakin sayang, semakin cinta, semakin rindu.

Hope you feel the same too my dear. *grins*

Monday, February 23, 2015

One step closer.

Alhamdulillah.
All went well.
For you, thank you for accepting me for who I am.
This is the first step for our journey to be together and I hope we will be together till Jannah.
May Allah ease everything for us.

Tuesday, February 3, 2015

Berdebar.

Zaman sekarang ni masa memang laju ehh? Rasa haritu baru masuk new year. Ni dah bulan Febuari ke? Ohhemmgee!

Relax la chacha take a deep breath! *Breath in. Breath out* okay... But still, ada banyak lagi benda tak selesai. I is pening!

Semoga dipermudah semua urusan. Aamiin.

Monday, April 23, 2012

Kuala Lumpur #3

harini di heret oleh teman se-ofis untuk teman beliau tengok movie Titanic 3D.  even dah tengok baaanyak kali sebab kesian, jadinya diikutkan sajelah kan.

by the way time movie yang panjang itu, kadang-kadang berair jugaklah mata chacha nih, bukan sebab terharu dengan cinta si Rose dengan Jack tapi disebabkan oleh kesilapan sesetengah pihak yang mengakibatkan kematian lebih dari separuh penumpang Titanic.

TANGGUNGJAWAB, satu perkataan yang yang bagi chacha bermaksud apa sahaja perkara yang berada di bawah tanggungan kita dan sekiranya berlaku apa-apa kepada perkara itu maka kita akan menanggung apa sahaja akibatnya, dan kadang-kala tanggungjawab itu sekiranya tidak dilakukan dengan jujur dan telus, akibatnya bukan sahaja pada diri sendiri tetapi jugak melibatkan orang-orang  lain disekitar kita.

contoh macam chacha kan, insyaAllah kalau rezeki dibahagian industri tugas chacha adalah di bahagian QC, jadi kualiti makanan yang dihasilkan pleh syarikat tempat chacha bekerja sudah menjadi tanggungjawab chacha. Kualiti ni termasuk lah jugak tahap keselamatan produk yang dihasilkan, jadinya jika chacha mengambil mudah akan tugas chacha sebagai seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan makanan, kemudian di takdirkan Tuhan satu batch produk dah tercemar dengan bahan kimia yang boleh memudaratkan ataupun pencemaran mikrobiologi yang boleh memudaratkan pengguna, kan ke dah menyusahkan ramai pihak. silap-silap boleh meragut nyawa. Nauzubillah~ mintak dijauhkan dari sikap lepas tangan begitu.

samalah kes nya bila tengok Titanic semalam, tak tahu kenapa tiba-tiba terlintas dalam kepala. kenapelah pemilik kapal persiaran sebesar itu tidak menyediakan bot keselamatan yang secukupnya? sebab takut dek jadi sempit? ohh, mereka juga terlalu mementingkan nama dan kepopularan, mau nampak hebat di mata dunia. jadi mereka mengabaikan keselamatan semua penumpang untuk memastikan nama mereka gah, hebat etc.etc.

haihh... entahlah, part paling sedih bila last-last tuh tengok seorang ibu yang tetap tenang bercerita pada anak-anak, even dia tahu yang mereka dah takde harapan untuk hidup. sepasang suami isteri yang tetap berpelukan sampai saat-saat akhir... rasa macam itulah kasih sayang yang paling indah sekali.

cukup-cukuplah, banyak lagi benda nak chacha cakap ehh tulis. tapi nanti panjang sangat pulak, ni pun dah rase panjang sangat dah. heheh. sekian. terima kasih sudi baca. =)

Saturday, October 15, 2011

plain nothing...

please ohh please my dear heart, don't be like this. not at this time. why is that my feeling is sooooooo mixed up? i can't stand it. is it because of him? i just don't know, what am i to him? a strangers? a friend? or just plain nothing?

if only i knew what is in his heart. GOD i hate this feeling.