Sunday, December 25, 2011
Friday, December 23, 2011
semoga kau diberi hidayah wahai pencuri!
okay, nak cerita sikit. cemane nak mule ehh....
Bismillah... pagi tadi, cam biasa online... then naek satu notification kat fesbuk, dari group untuk course. bagi tahu salah seorang coursemate jadi mangsa pecah rumah. satu rumah kehilangan barang berharga. dan yang paling utama untuk student final year macam kitorg ini agak-agak apa?
LAPTOP! thats right, pandai kamu semua meneka. lagi-lagi bila kami kena hantar final draft thesis untuk di evaluate pada NEXT WEEK, betul NEXT WEEK iaitu pada 29 DIS 2011.
dan bila LAPTOP dan PENDRIVE hilang apa maksudnya? semua writing dan data analisis projek sepanjang setahun lepas turut HILANG. thats the worse part.
bila baca je berita tu mengucap panjang chacha, terbayang macam mana lah rasa kawan tu, kite ni yg setakat menulis lepas tu laptop hang pun dah berdebar lagi kan yang hilang terus. nak membantu untuk menulis thesis memang tak boleh lah kan. tapi membantu dari sudut lain Insya'Allah. jadi kami merancang ingin mengumpul sedikit sumbangan dari semua classmate, semoga dengan sumbangan yang tak seberapa itu dapat membantu mengurangkan beban yang di pikul.
untuk yana, ALLAH sangat sayangkan awak. sebab tu DIA uji awak. semoga awak tabah yeh. kami akan cuba membantu selagi kami mampu. tabahlah menempuh segala ujian yang di beri oleh-NYA. Insya'ALLAH akan ada yang lebih baik untuk awak di masa akan datang.
dan untuk pencuri yang telah berjaya mencuri di rumah kawan chacha tu, tahniah chacha ucapkan. semoga hidup anda dilimpahi keberkatan dan keredhaan ALLAH. dan semoga hidayah tuhan akan sampai kepada anda.
betul kata kawan-kawan sebelum ni, dugaan final year lain rasanya. memang berat. walau apa pun doakan kami semua dapat mengahadapi semuanya dengan baik. sikit je lagi.
Tuesday, December 20, 2011
busy,busy,busy
okay, sape kate lepas final presentation semua dah lapang? sape? meh sini nak tunjuk sikit… adalah sesungguhnya tidak benar yeh kawan-kawan. sebab kami pelajar food tech tahun 4 semester 7 di UMT ini adalah sangat sibuk, sehingga kadang-kala rasa macam tak cukop oksigen. okay tipu. tapi yang part busy tu tak tipu.
sebab after presentation final haritu chacha dah naik pangkat jadi Marketing Manager pulak. sibuk dengan Product Launching untuk subjek Product Development. sekarang ni, ye literally sekarang ni, sepatutnya tengah buat video iklan produk untuk presentation esok. tapi sebab pagi lagi otak chacha yang bertanggungjawap bahagian kreativiti belum fully awake, jadi marilah kita berfoya-foya sebentar. ngeh3~~
and one more thing, sebenarnya this post is untuk try Windows Live Writer yang baru di install. ^^
sekian terima kasih. babaii~~
Thursday, December 15, 2011
what.heart.felt
detik-detik akhir
Sunday, October 30, 2011
saya dah jatuh cinta lagi dan lagi dan lagi dan lagi. (berapa banyak lagi daa...)
okay, sebenarnya chacha pun baru je jumpe dengan nama MINDY ni beberapa hari lepas, after tengok make-up tutorial dari si cantik Michelle Phan. (tengok je mampu, nak tiru belum lagi. XD)
ada one of her latest tutorial tu guna backgroud music yang bile dengar sekali terus macam ehh, sedapnya lagu ni. sweetnya lirik dia, and luckily si cantik itu ada letak song credit at the end of her video. ape lagi, misi mencari pun bermula. cari punya cari baru tau siapa sebenarnya si MINDY GLEDHILL sorang pemuzik indie yang bersuara lembut dan manis serta berbakat besar....
seriusly, memang terus jatuh hati dengan suara dan lagu-lagu dia. semua manis macam gula-gula. sesuai untuk mereka-mereka yang sedang berbunga-bunga hatinya. aitcehhh ayat kau, berirama gitu....
chacha memang wajibkan lah dengar lagu-lagu beliau ni. okay, chacha tau korang semua xdelah rajin sangat macam chacha nak mengugel ke hape kannn.... its okay... chacha bagi link siap-siap korang tinggal klik dan dengar je. okay. ^^

