Wednesday, April 18, 2012

Kuala Lumpur #1

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t, ehem orang kata kalau nak masuk rumah dah lame kosong kena bagi salam dulu. selawat dulu, hembus kiri kanan sikit. kalau blog yang dah lame kosong cemane pulak gayenye? tak kiralah nak buat gaya apa pun, kuak lentang ke, kupu-kupu ke atau pun gaya bebas. yang penting sekarang keinginan nak menulis tuh dah kembali, cumanya idea-idea masih kekurangan.

okaylah, untuk kali ini nak cerita sikit pasal hidup dekat KL nih. Sekarang nih Chacha dah jadi warga KL kau, bukak-bukak pintu rumah nampak KLCC same KL Tower. Baru feeling KL ye dok. haha.

hidup jadi perantau nih memang mencabar. naseb baek jugaklah intern sekali dengan sorang classmate. kalau tak, tak taulah cemane agaknye nak survive kat metropolitan nih. First thing first, rumah dah ada, (of course lah kan tak kan nak berkhemah pulak) nak cari jalan dari rumah ke tempat kerja, secara otomatis jadi peramah kat tempat baru. ringan je mulut nak bertanya orang bila tak tahu arah tujuan, dan Alhamdulillah setakat nih jumpa dengan orang yang baik2 saja.

lepastu pon jadi hati kering jugak, pergi mana-mana main redah je and not to forget, Google map jadi teman setia. haha.before pegi mana gugel dulu. tengok lrt mane paling dekat. stesen ape yang ada. lepastu agak2 tak sure tahan orang tepi jalan tanya. buat muka yakin walhal tak tau ape-ape.  dari ampang ke subang pon main aci redah aje pegi, dahla sorang-sorang. nasib baik semua selamat. =)

hidup kat sini seronok sebab sangat dekat dengan shopping mall, movies, bookstore(ini terpaling best sekali!). Tak best sebab semua orang pon sibuk, rumah kat sini dah macam hotel, setakat tempat mandi tidur aje. setakat ini saje untuk kali ini. Okbai. ^___^



p/s: Kuala Lumpur, sebelum ni cuma tengok gambar dengar cerita. sekarang bila dah bermastautin kat sini baru tahu apa rupanya, manusia yang ada didalam, kisah-kisah yang terpendam.  Kadang-kadang terasa Kuala Lumpur indah pada zahirnya, sedangkan manusia yang berada didalam tak semuanya indah. Pelbagai cerita dan kisah.