Friday, December 23, 2011

semoga kau diberi hidayah wahai pencuri!

AMARAN, INI ENTRY EMOTIONAL!



okay, nak cerita sikit. cemane nak mule ehh....

Bismillah... pagi tadi, cam biasa online... then naek satu notification kat fesbuk, dari group untuk course. bagi tahu salah seorang coursemate jadi mangsa pecah rumah.  satu rumah kehilangan barang berharga. dan yang paling utama untuk student final year macam kitorg ini agak-agak apa?




LAPTOP! thats right, pandai kamu semua meneka. lagi-lagi bila kami kena hantar final draft thesis untuk di evaluate pada NEXT WEEK, betul NEXT WEEK iaitu pada 29 DIS 2011.




dan bila LAPTOP dan PENDRIVE hilang apa maksudnya?  semua writing dan data analisis projek sepanjang setahun lepas turut HILANG.  thats the worse part.




bila baca je berita tu mengucap panjang chacha, terbayang macam mana lah rasa kawan tu, kite ni yg setakat menulis lepas tu laptop hang pun dah berdebar lagi kan yang hilang terus.  nak membantu untuk menulis thesis memang tak boleh lah kan. tapi membantu dari sudut lain Insya'Allah.  jadi kami merancang ingin mengumpul sedikit sumbangan dari semua classmate, semoga dengan sumbangan yang tak seberapa itu dapat membantu mengurangkan beban yang di pikul.


untuk yana, ALLAH sangat sayangkan awak. sebab tu DIA uji awak. semoga awak tabah yeh. kami akan cuba membantu selagi kami mampu.  tabahlah menempuh segala ujian yang di beri oleh-NYA. Insya'ALLAH akan ada yang lebih baik untuk awak di masa akan datang.






dan untuk pencuri yang telah berjaya mencuri di rumah kawan chacha tu, tahniah chacha ucapkan.  semoga hidup anda dilimpahi keberkatan dan keredhaan ALLAH.  dan semoga hidayah tuhan akan sampai kepada anda.


betul kata kawan-kawan sebelum ni, dugaan final year lain rasanya. memang berat.  walau apa pun doakan kami semua dapat mengahadapi semuanya dengan baik. sikit je lagi.

3 comments:

syafiq_lomotech said...

selalunya benda macam ni akan kene ada support dari member + lect kene faham.

then sila selalu buat backup lagi2 macam dokumen. bukan susah. kau email fail2 tu ke email kau sendiri. tu paling mudah.

tapi dah kene.... tak boleh buat apa.

cik.chacha said...

ehh, tak terfikir pulak nak email kat email sendiri. thank you for your idea. ^^

bukan photographer said...

memang sedih la kalau laptop hilang..tapi da qada dan qadar..kita xtau bila benda2 mcmni akan terjadi..maka, sentiasa la berwaspada.. :)