Saturday, June 11, 2011

wonderful life



sekarang in the mood menonton cerita Wonderful Life kat Maaduu.com. okay fine cerita tu cerita lama, chacha tau tapi chacha suke. ^__^ sebab ShinBi itu sangatlah comelnye.



time tengah tengok cerita tu terfikir, manusia ni tak pernah lari dari buat salah, buat silap. yelah, kita kan manusia we are not perfect. tapi lepas kita buat silap tu apa yang kita buat tu lebih penting, sama ada kita hadap silap kita tu dan cuba untuk teruskan hidup dengan belajar dari kesilapan dan berusaha supaya kita tak ulang semua silap kita tu atau kita boleh buat-buat tak nampak dengan silap kita dan teruskan hidup macam dulu tanpa ada usaha nak baiki atau dengan 1 kesilapan yang kita dah buat kita terus rasa kita ni tak guna, terus rasa macam tak nak hidup lagi.



terpulanglah pada diri masing-masing macam mana nak handle benda-benda macam ni semua kan, bila kita buat satu kesalahan janganlah rasa macam dunia dah berakhir, jangan pulak kata "takpelah, aku memang dah pernah buat salah dulu, apa salahnya aku buat salah lain pulak" atau fikir dah sekali buat salah memang dah tak de maaf bagimu senang kate.

macam contoh dalam cerita Wonderful Life tu lah, both of the main character have done wrong once in the early part of the drama yang menyebabkan mereka ada anak dan terpaksa berkahwin dalam usia yang muda. walaupun mereka kahwin dalam keadaan terpaksa, tambah lagi dengan kehadiran anak tapi mereka tak lari dari masalah yang terjadi dari kesilapan mereka, mereka teruskan hidup, berusaha untuk saling menyayangi dan berusaha untuk mencapai cita-cita masing-masing.

 jadi kepada mereka diluar sana tu yang pernah tersalah langkah atau tersilap pilihan, janganlah putus harapan, sebab dengan berharaplah kita akan dapat menepuh hari-hari yang akan datang dengan tabah. jangan lari dari Tuhan, sebab Dia sentiasa ada dengan kita. ^__^



notakakiku: idea yang datang semasa menonton, harap-harap korang fahamlah maksud yang chacha cuba sampaikan dalam entry ni. ^__^


p/s: kredit gambar google image.

3 comments:

gadis toinktoink said...

i pon da tgk this drama...
shin bi sgt comel...
tp sedih sbb dia sakit....

|-sw33t-dream-| said...

betul 2..klu kita dah buat silap tak bermaksud kita tak boleh teruskan life...

moral cerita ni: dah buat silap, teruskan je..follow the flow and insyaALLAH, semuanya akan okay... =) thanx for remind..

CeQ Ain said...

ek awk..cemne nk download cite ni ye