Monday, November 8, 2010

okay, mereka marah.

haihh~~ setelah sekian lama akhirnya gunung berapi telah meletus!! kebabom!!! dan kami semua terkena muntahan lahar dan debu panasnya. agak perit agak pedih, tapi harus bagaimana kan. kesalahan berpunca dari diri sendiri haruslah bersedia menerima kesannya.

muntahan lahar yang diharap akan dapat membawa kehidupan baru yang lebih baik, yang lebih subur. supaya apa yang telah berlalu di jadikan pengajaran dan iktibar. dan dikambus dalam dan kejap di dasar. tidak perlu di gali tidak perlu di ungkit anggap saja sebagai sejarah yang hitam ehh tidaklah begitu hitam, kelabu mungkin. haha.

di saat ini semua pun harus ehh bukan WAJIB berubah. titik. semoga semua akan berjalan lancar selepas ini. amin~~

No comments: