Sunday, November 14, 2010

aku dan bundle hubungannya erat sekali.

kamu... kamu... kamu... dan kamu... haaa... kamu lahhh... (tunjuk sambil angkat kening) ishh... nak lari kenape? nak tanya je. pernah pergi bundle tak? pernah shopping kat bundle? ke jenis yg allergy dengan barang2 bundle?

sesungguhnya rugilah bagi mereka yang allergy itu... sebab hunting baju di pasar2 bundle adalah sangat seronok tau. lepastu baju2 yang kita dapat biasanya rare sebab bundle biasanya barang import, baju-baju yang ada mostly tshirt adalah the one and only. ikut nasib dan kerajinan lah kalau nak jumpe yang cantik dan unik plus murah lagi.

kalau dekat kuala terengganu ni bundle adalah kebiasaan, dan sangat mudah nak jumpa kedai2 yang jual pakaian bundle, and kalau nak lagi murah every Friday ada pasar bundle berdekatan dengan rumah sewa chacha dan jadi tempat kami serumah pergi kalau2 nak shopping di hujung2 sem ini. yelah, baju murah-murah sangat. cantik pulak, sape tak nak kan. contoh macam last friday, chacha dan housemate pergi pasar bundle di teluk ketapang itu jalan punya jalan tiba-tiba dia nampak satu jaket corduroy macam ini:




tanya punya tanya, tawar punya tawar cuma RM12 saje. hah. kalau kat kedai biasa agak2 berape ye? chacha rasa mesti mahal kan. kan. kan. ehehehe.

chacha pulak jalan punya jalan nampak blouse comel pada mata saye lah kannn... >.<


untuk baju hitam ini tengok sekali terus macam terpikat. macam ehh2 comel nya baju ini tambah istimewa sebab ada tali kapal dekat lengan tuh. -____-''
cube teka berapa harganya..... murah sangat kalau nak compare dengan butik2 lah kan or shopping mall
cuma RM8 saje. teeeheee~~ 
berbaloi-baloi.


yang bercorak ala-ala retro ni lebih kurang sama dengan corak lantai rumah ni pulak cuma RM10
see, berbaloi kan dengan tak sampai RM20 boleh dapat 2 helai blouse. heheheh.


haa, sekarang apekah pendapat anda tentang bundle? seronok tau pergi hunting baju di kedai bundle ala2 adventure gitu. haha. okay lah. cukup panjang dah rasa menulis ni. sekarang nak pergi jemur kain + packing baju + setadi. ada paper jam 12 nanti dan malam ini pulang hometown!! yeay!!!

3 comments:

naziha said...

pina murahnyaa? nk url blog neh. nk sopping jugaa. hehe

Aleeya Fishess Maison said...

wah, murah2. :)

chacha said...

@jiha: saye bukan beli di online shop. tapi di kedai bundle... =))

@aleeya: kan2... sangat...