Saturday, October 23, 2010

ehh.. bukit ape tuh?

kredit gambar: google




sape2 yang duduk area kuala terengganu or orang terengganu mesti kenal kan.. kan.. dengan sign nih. hehehe. kalau tak kenal... ishhh... tak patut... tak patut... kene buang negeri la jawab nye. haha.  cepat sape tau ini kat mane?? sape dapat bagi tau chacha bagi upah doposen. haaa... cepat2....


kredit gambar: google



ini adalah situasi yang chacha hadapi pagi tadi. menghabiskan cuti hujung minggu dengan kawan sekelas dan jugak serumah. sangat seronok. walaupun bukit itu tidak tinggi tetapi agak mencabar bagi yang 'sangat rajin' bersenam seperti diriku ini. haha. semput wohh. sangat salute sama orang2 yang mampu berlari naik dan turun bukit ni berkali2. kalau chacha naik kali kedua tuh rase nye dah merangkak dah kot. lepastu turun pulak dah berguling macam Himawari adik SinChan tu haa =.='' maklumlah stamina chacha kan saaaaangat tinggi. muahaha. kalau nak tahu (pada sape yang tak tahu la kan) track jogging kat bukit ini. semua curam macam nih

~

 ~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~
 
~

~

kredit gambar: google

pheww~~ letih mak tau. haha. last week naek setelah sekian lama tak naek, sampai2 atas, kawan2 semua tegur, muka pucat. menunjukkan chacha sangat tidak fit. =.='' haihhh. bile ntah nak rajin jogging. tapi hari ini dah tak. muke merah saja. haha. sudah ada improvement sudah. suka2. =) walaupun ada la berhenti amek nafas dalam 5 ke 6 kali. haha. *blushing*




kredit gambar google
 ini pulak view yang dapat di lihat kalau dah sampai puncak. boleh laa nak tengok area yang dekat situ. Masjid Kristal pun boleh nampak jugak dari atas ni. cantik dari jauh. shiny-shiny. hehe. lepastu rasa fresh sangat kat atas tuh. kalau boleh nak jadikan acara mingguan. seronok tahu. walaupun penat. lepas dah puas berehat kat atas, camwhoring sume. bersiap untuk turun. tapi di sebabkan track yang curam once dah start berlari tak boleh berhenti. haha. time nak turun ni lah masing2 menunjuk konon2 macam fit sebab boleh berlari turun. haha. walhal masa naik rasa macam nak putus nafas. lepas dah sampai bawah, dekat taman rekreasi depan bukit tuh ada aerobik maka kami pun menjoinkan dirilah seronok, menari2 bagai, buat step sendiri. haha. kesian mak cik instructor kat depan tuh. =p 

lepas tuh ramai2 pergi makan roti canai sama teh tarik. baru bakar kalori dah tambah balik. haha. mesti korang cakap macam tu kan2... haa... mengaku je... tak baik tipu tau. =p

lepas tu kami pun pulang lah ke rumah. itu saja untuk hari ini. sekian. terima kasih. =))


natakakiku: bukit yang di maksudkan adalah Bukit Besar, Kuala Terengganu.

3 comments:

LiFe KaMi said...

memang best buat aktiviti macam tu dgn kawan2..
dah lama betul kami tak panjat bukit..:)

tHe anIMateD bIJaN said...

lahhh baru nak jawabkan nukit besar. mana taw kot2 dapat hadiah. haha~

chacha said...

@life kami: kan2... sangat seronok. release tension kate orang.


@the animated bijan: haha. lps nih bole tuntut 20sen dari saye. =p