Tuesday, February 9, 2010

bahagia itu subjektif

korang2 setuju tak dengan statement di atas?? bagi aku kebahagiaan itu memang subjektif lain orang lain persepsi tentang apa yang di katakan bahagia. ada yang kata bile banyak duit itu bahagia, ada yang kata sederhana itu lebih bahagia. kadang-kadang kite tengok hidup seseorang tuh macam serabut je, misalnya certain family ada anak ramai, lepastu kerja pulak setakat biase2 je. kite tgk hidup dorang macam susah, tapi sebenarnya mereka xrase pun susah. bagi mereka bile dapat bersama dengan famili itu dah cukup, da itu kebahagiaan bagi dorang. tapi ada sesetengah pulak rasa yang bile ada duit barulah rase bahagia, dalam fikiran cume ada duit.. duit... dan duit... bagi org yang macam nih, duit adlah segalanya. tanpa duit hidup tuh tak kan ada makna. hurmm... mintak dijauhkan dari bertemu dengan orang yang macam nih.
dan bagi aku kebahagiaan xboleh di ukur dengan mata kasar, sebab bukan mata yang akan rasa bahagia, hati yang akan rase. kadang2 bile kite jalan2 jumpe pasangan suami-isteri or kekasih jalan berdua, mesti kite kate hepinye dorang,mesti dorang bahagia. sedangkan kita tak tahu pun apa yg ada dalam hati dorang. tak semestinya orang yang senyum itu bahagia dan orang yang muram itu tidak... kadang2 senyuman itu cume di wajah. dalam hati tuhan saja yang tahu.
kebahagiaan adalah bile melihat semua orang yg kite sayang gembira dan bahagia, itu adalah pendapat aku. macam ibu bapa, kebahagiaan mereka adalah apabila melihat semua anak-anak mereka berjaya dalam hidup dan mendapat kehidupan yang di idamkan.
walau ape pun, terpulang lah pada diri masing2 untuk menafsirkan apa itu kebahagiaan bagi diri mereka sendiri...
sampai di sini...
tooddles~~



notakakiku: idea untuk entry nih datang time aku stuck nak jawap test akaun smlm... haihh... tah pape tah kan...

No comments: