Sunday, January 31, 2010

kelebihan surah al-Kautsar

semasa berlari-lari berjalan-jalan ke blog jenjiran aku, tibe2!!! aku terjumpe satu entry yg aku rasa agak menarik untuk di kongsikan dengan sahabat2 di dunia blog ni. aduh sangat berbahasa ye aku pada hari ini... ok2... back to basic topic... entry kali ni cume sebagai ilmu tambahan untuk kita2 semua... eh2 lupe pulak entry ini di copy dengan berhemah dari blog SIS NORMI ALI

mempersembahkan....
 
kelebihan surah al-KAUTSAR
Maksud dari surah ini

1. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
2. Rasanya lebih manis daripada madu.
3. Warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T makbulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5. Jika membacanya 1,000x rezeki akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

1 comment:

hananorisa said...

interesting facts..
lepas ni nak amalkanlah..
peace~